Saturday, November 29, 2008

PPSMI ERA KEMATIAN BAHASA MELAYU

PPSMI era kematian bahasa Melayu
Oleh Salbiah Ani
PENGAJARAN dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan mengakibatkan bahasa Melayu mati di negara yang mendaulatkannya sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara meskipun ia dilindungi oleh pelbagai akta dalam Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, demi masa depan bahasa Melayu yang sudah digunakan sejak 1972 hingga 2002 di sekolah rendah sehingga ke universiti pada semua peringkat, ia perlu diselamatkan segera. “Bila semua mata pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris, maka ia adalah saat kematian pada bahasa Melayu dan pemimpin perlu tengok bahaya daripada dasar PPSMI. Pemimpin Melayu perlu ingat perkara ini kerana bukan pelajar saja yang teraniaya.
“Justeru PLM menyokong keputusan Pena agar PPSMI dirujuk kepada Sultan dan cadangan Yayasan Karyawan agar isu itu dibawa pada Perhimpunan Agung Umno Mac 2009, malahan pada Majlis Raja-raja Melayu,” katanya ketika menghubungi Sastera. Beliau yakin bahawa langkah terbabit perlu kerana hampir semua pemimpin Melayu tidak peduli pada kematian bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi sedangkan penggunaannya sudah terbukti tidak menyekat sesetengah kursus di universiti awam mendapat pengiktirafan antarabangsa. “Saya masih ingat lagi Ijazah Pergigian di Universiti Malaya (UM) mendapat pengiktirafan badan antarabangsa di United Kingdom pada zaman UM diterajui Prof Datuk Dr Hashim Yaacob dan ini adalah pengiktirafan kepada bahasa Melayu juga,” katanya.



Kementerian Pelajaran diingatkan agar tidak tenggelam dalam hasil ‘kajian’ ala pembesar lewat cerita Maharaja dengan Baju Baru yang memberi kata-kata muluk bagi menyedapkan hati pemimpin sehingga sanggup membiarkan orang atasan mereka berbogel di khalayak ramai. Apa juga keputusan UPSR 2008, hakikatnya dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris digunakan untuk PPSMI oleh sesetengah guru khususnya di sekolah kawasan pinggir dan luar bandar kerana mereka sendiri tidak mampu mengajar dalam bahasa Inggeris. PLM berharap pemimpin peka dengan kematian bahasa Melayu kerana hakikatnya bahasa terbabit sudah digunakan sejak 30 tahun lalu dan ia seiring dengan usaha penciptaan istilah baru dalam pelbagai bidang ilmu yang diamanahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).



Malah, penciptaan istilah baru ini perlu ditingkatkan lagi dan jika tidak digunakan dalam pengajaran, maka tiada keperluan untuk badan berkanun terbabit untuk mencipta dan menerbitkan buku sains dan teknologi dalam bahasa Melayu seperti ditangani DBP dan Penerbit Universiti “Untuk benar-benar memperkasakan bahasa Melayu, kita perlu guna bahasa ini dalam semua bidang ilmu. Rujuk kepada teras satu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di institut pengajian tinggi dalam usaha membina negara bangsa iaitu bangsa Malaysia dan negara Malaysia. “Ia mesti berteraskan bahasa kebangsaan sebagai jati diri negara dan tiada bahasa lain yang boleh mengambil alih teras kepada bangsa di Malaysia. PLM tidak menolak pembelajaran bahasa asing dan berasa kesal serta sedih dengan sikap pemimpin Melayu berdolak-dalik,” tegasnya. PLM kesal banyak pemimpin Melayu yang tidak bersedia memenuhi permintaan majoriti berhubung perkara ini demi menyelamatkan kedudukan politik peribadi dan bukan bangsa demi bangsa mahupun bahasa Melayu. “Ini bukan soal emosi. Ini soal jati diri, teras dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam konteks lebih luas. PPSMI akan mengakibatkan bahasa itu terus digunakan di IPT dan ini mengakibatkan bahas Melayu akan terpinggir,” katanya.


Pandangan Tun Dr Mahathir berhubung PPSMI selepas Wacana Dilema Melayu Sabtu lalu, disifatkan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia, Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), Prof Dr Awang Sariyan, sebagai hujah yang tergelincir daripada hakikat. “Ketika Tun Mahathir membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat bagi menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik di kalangan pelajar Melayu disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu,” katanya yang mengulas perkara itu melalui kiriman e-mel kepada Sastera.


Prof Awang mengingatkan Tun Mahathir bahawa negara sebenarnya sudah melahirkan ribuan sarjana berwibawa dalam bidang sains dan teknologi selain bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu. “Adakah Tun Mahathir bermaksud Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan sejak merdeka adalah dasar negara yang silap? Jika benar, adakah kesilapan itu patut diatasi dengan keputusan bersifat ad hoc?” soalnya. Prof Awang berkata, bahasa Inggeris asalnya hanya bahasa vernakular, bukan diturunkan dari langit sedia sempurna dan sebelum menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin serta Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang mahupun ekonomi. “Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap semula sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi.



Amat malang apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi. “Kita sekadar berpuas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan oleh Tun Mahathir mengenai kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris,” ujarnya.
dipetik dari bharian 29/11/08


Friday, November 28, 2008

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI



Aku rasa tak mau menuleh hari ni.Nak rehat2 saja.Lagi pun cuaca mendung macam hari ni,syok kalau boleh baring2.Releks2 boleh membawa kearah kestabilan rohani dan jasmani turut menjadi berperanan .Peranan jasmani banyak terpengaroh dengan rohani.Kerana rohanilah berporak peranda masyarakat kita.Mereka kehilangan arah kerana sebab utamanya ialah tinggal agama.Agama perlu jadi driber untuk bimbingan yang sempurna.Bini yang comel tak menjamin keharmonian rumahtangga.Tapi bini yang pandai memasak,menggamit suami ke sudut dapor pada bila2 masa.Kalau makan sedap macam mana pun,dirumahlah yang lebih sedap.Tapi jarang orang la ni cari suri yang pandai memasak.Bini2 pun jarang mencari peluang memasak yang enak2 untuk menambat suami di rumah. Asyik2 nak ajak suami makan di luar.Pepatah China menyebut : tawan suami melalui makanan.

Cukup sekian hari ni,kerana memang hari ni hari untuk mendampingi diri pada Allah.Jumaat penghulu segala hari.Ada saat2 tertentu yang cukup baik untuk berdoa.Mungkin saudara leenooh boleh tulis tajuk ini kerana you lebih ariff dalam bidang agama.Insyaallah saudara leenooh saya tunggu nak membaca.Blognya : www.leewantam.blogspot.com



Wassalam.

Thursday, November 27, 2008

POLITIKING BANYAK SANGAT-SANGAT

POLITIKING BANYAK SANGAT


Cakap2 politik jenoh sangat dalam masyarakat kita.Aku pun tuleh banyak juga kisah perkotoran berpolitik ni.Rasa macam dah meluat nak tuleh tapi jejari ku dok rasa gatai2 juga nak mengetik.Cuba nak lari masok lorong2 aman tenteram terjadi juga gelecehan masok ke lorong yang jijik tu.Melalui media-massa pun cerita2 tu yang dihidang kepada kita.Jadi macam berharamjadah saja sokmonya.Aku pun bila mula berharamjadah ,jejari2 mula meniti2 di keyboard cukup rancak macam membuat dashing dalam perlumbaan 100 meter.Boleh memecah rekod below 9 seconds.Rekod penuh haramjadah.Kita tau semua itu adalah tipudaya,semua itu adalah propaganda , semua itu adalah putar belit,semua itu adalah kelentongan.Auta di serata segenap seginya,menerajang ke segenap jurusan 16 penjuru mata-angin.Phiuh,phiuh berpuing2 pusing ligat menerajang masok ke setiap lubang telinga.Semuanya membodohkan insan2 setempat yang tak cuba nak mencerdikkan kepala hotak.


Susah nak didik orang jadi cerdik.Ia perlu ada give and take.Macam kawan ku Pak Non tuleh dalam blognya bahawa cara mengaji dulu tak sama dengan ngaji la ni . Dulu cikgu kita macam bapak kita.La ni no way.Cikgu dulu pun anggap anak murid macam anak sendiri.La ni pun no way.Hilang berkat.Dasar pun dah tak berkat , kerana orang yang buat dasar tak buat kontek dengan Allah.Semua guna perasaan dan andai2an yang cuma ada di kepala hotak.Berapa banyak yang cuba bermunajat kepada Allah memohon restu dari segala kerja buat kita.Masing2 menerajang,menerjah,membadek dan memberasakan apa saja yang lalu di minda yang tak kostan.Semua itu dijadikan ukuran tali tape mengikut sukatan yang memang terhad.Tanpa nusroh dari Allah kerja buat kita dah tentu tak sempurna.PimpinanNya adalah penting dalam setiap apa saja kerja buat.Jadi bermula dengan tak di pimpin,mudahlah kita tergeleceh.Mudahlah gagalnya.Mudahlah dapat ruginya.Mudahlah syaitan memesongkan kemurnian hidup.Mudahlah kita tertipu.Mudahlah kita rugi.Bangkrup lah kita sejak di dunia lagi.Muflislah kita di akhirat……nauzubillah.


Wednesday, November 26, 2008

KERDAS ? ADA KUALITINYA

KERDAS BUSUKNYA ADA KUALITI

Di tempat aku ,kami panggil genuak.Buah genuak.Kalau sebut kerdas,banyak yang tak tau.Baunya cukup busuk selepas dimakan.selepas berkencing dan berberak.Tapi rasanya cukup enak kalau betul2 sambal belacannya grade A.Dengan asam limau kerat-lintang.Mertua lalu pun tak tegoq.Di musim dia berpucuk,pucuknya lagi lemak bila dibuat ulam.Makanan macam ni ialah kegemaran budak2 dari ulu yang suka.Orang ulu sik macam aku.Orang2 bandar tak meminati.Kerana buat busuk mulut dan busuk bilik air.Kalau tak corak air banyak2,bilik air akan bau berdengung.Dan lepas makan kena rantah beras supaya hilang bau di mulut.Tak sapa suka bertegoq sapa dengan kita.


Kelmarin bini aku bawa balik buah genuak cambah.Kawan dia beri.Whooo ! aku memang suka .Aku balon punya balon sampai malam tu sukar nak tidoq.Bila buah cukup tua , seredaknya cukup pekat.Orang kata ia bersagu pekat,tak digalak makan orang berbatu karang .Sesetengah orang akan payah nak berkencing.Tapi ubatnya cukup mudah.Makan ubi kayu mentah2.Selain tu dia membuat angin berkentutan.dan baunya juga boleh pengsan.Kena lari tidoq2 di dapoq dekat tong gas.Jauh dari bini.Puas aku sapu minyak angin.Serangan bertalu2 macam Bush dan peperangan telok dulu di Irak.


Orang2 tua tempat aku dulu2 suka sangat genuak,petai dan jering.Tiga dalam satu.Ketiga2nya memberi bau yang seakan sama.Ikut depa boleh mengelak dari kencing manis.Lahuma dan Jeha dulu pun suka sangat petai ,jering dan genuak.Pasai tu gigitan lintah dan pacat tak memudharatkan mereka.Lintah dan pacat pula boleh mengelak dari darah tinggi.Gigitannya membuat larian darah memecut-mecut.Darah mengalir laju.Tak ada blockage pada arteries.Tak kena buat by-pass . Sebenarnya pharmasi ada di sekeliling srengenge.Kutip lah,makanlah,semua jadi ubat.Kena tau juga memilih,kerana ada juga yang berbisa.Kekadang racunnya boleh jadi mampuih.Ada orang mati kerana termakan kulat beracun.Kulat yang aku paling suka ialah kulat mata kerbau.Boleh makan mentah2.Di dalamnya ada cecair yang sejok dan segar.Boleh menghilangkan panas dalam badan .La ni dah pupus.Tak jumpa dah di srengenge.


Di Thailand , orang pattani guna genuak buat pelincin muka.Dari buah jering dan petai pun boleh juga.Dari janin pun buat penyeri muka.Ini kumpulan barat.Janin juga depa buat gincu.Had pompuan dok sapu kat bibir.Nak heran apa,air taik pun boleh dirawat baik pulih.Di India taik lembu buat kayu api dan gas masak.Taik manusia juga boleh buat gas masak.Semua tu benda2 busuk macam genuak juga.Jadi nak heran apa kalau manusia tu perangainya busuk.Jangan busuk perangai sudahlah.Busuk ketiak boleh tahan lagi.Phoo,phoo tersumbat lubang hidong.
Kalau nak rasa resepi orang dulu,cuba rebus isi genuak dan makan cicah nyior parut digauli dengan manisan tebu.Baru la tau dunia tingginya bagaimana,dan luasnya lagu mana.Belum try belum tahu.Sudah try nak try lagi.

Tuesday, November 25, 2008

RIOH TAK TENTU PASAI

RIOH TAK TENTU PASAI


Ish,ish,ish apa nak jadi ni.Macam ayam,bertelor sebiji rioh sekampong.Itu cerita ayam kampong dulu2.Lani ayam yang dibela dalam penoh stress.Di kurung seumur hidupDepa tak rioh dah.Depa takdak kebebasan,tidak ada demokrasi .Pasai tu orang yang makan ayam stress turut sama stress .Dulu lain ,sekarang lain.Setiap sudut rioh tak tentu pasai.Ada bermacam2 grandmother stories.Ada cerita tentang broken promises.Semuanya hanya just a waste of time.Wasted for nothing.Nasib jangan jadi malang macam atarturk.Dalam post aku dulu ada aku tuleh pasai atarturk.


Rioh pasai bela babi tak habis2.Yang dok bercakar tu sesama melayu.Sejak babi di Melaka,lepas tu pindah ke Selangor dan tak semena2 pindah pula ke Kedah.Di srengenge tempat aku babi berkeliaran tiap malam.Tak payah dok bela.Nak makan mai tembak,selori pun boleh angkut.Kami pun suka kalau ada orang nak mai tembak.Mudah kami tanam getah,ubi dan keladi.Babi najis berat dan yang berat lagi ialah dosa syirik.Babi tak masok neraka,yang masok neraka hanya manusia dan jin.


Nak tuleh nama jalan di Pulau Pinang dalam berbagai bahasa pun turut bercakaran.Pada aku nak tuleh tu baguih,sekurang2nya aku boleh belajar sehari satu bahasa.Learn a word a day.Dulu ada disiar melalui radio.Aku belajar banyak juga.Lani boleh kecek orang putih.Kan bagus kalau pandai ambil kesempatan.Jangan saja nama jalan perlu ditulis dalam pelbagai bahasa,tapi aku juga suka kalau Al-quran dan Hadis2 di terjemahkan dalam pelbagai bahasa.Tak semua orang faham arab.Kita pandai tajwid,pandai taranum tapi maknanya akullihal.Kita kena paham ,manusia ni berbagai.Bahasanya juga berbagai.Aduh bangkang tang,tang.Bila nak guna bahasa inggeris dalam sains dan matematik habeh sokong ,ceroi.Tak mentadun langsung.Janganlah jadi melayu haprak.


Pasai yoga juga dah sampai ke peringkat Sultan.Ngapa tak maklum pada Sultan .Diperharamkam kemudian ditarik balik.Buat senaman saja,jangan dok ucap mentara2 tu.Kalau betoi nak sihat jaga sembahyang 5 waktu dengan penuh tertib dan penuh dengan tokmakninahnya , insyaallah badan dan roh akan sihat.Tapi kita sembahyang tergesa2 ,nak cepat habis.Kekadang tak tentu nak tokmakninahnya.Jaga dari awai,betul berwuduknya,bersih badan ,pakaian dan hati.Jaga bacaan2nya dengan penuh kyusuk.Semolek2nya paham apa yang dibaca.Tapi angan2 kita melancong sampai ke langit ketujuh bila sembahyang.Ingat serba-serbi.


Tadi aku terbaca dalam blog Kadir Jasin tentang ham halal.Ham ialah daging babi.Babi lagi.Kalau buat ham halal dari daging lembu atau kambing,akan rioh lagi.Mana nak boleh bezakan .Hot dog pun aku tak makan.Sausages pun aku tak makan.Kalau dibuat dari daging lembu sekalipun.Kita ada banyak lagi pilihan makanan,ngapa dok cari jenis2 yang kita belum pasti.Ikan bakar cicah air belacan pun sedap tak terkira.Tinggalkan makanan yang curiga.Pikiaq baik2 kerana yang kita makan akan jadi daging dan darah.Kalau berpunca dari yang haram dah pasti kena dibakar dengan api neraka…..nauzubillah.

Monday, November 24, 2008

TULEH APA NI..?

TULEH APA NI ?


Sambil2 makan bini ku selalu tanya tuleh apa hari ni . Aku kata tak tau apa yang ku tuleh.Macam2 ada.Macam astro.Aku pun tak tau apa isinya pada tajuk ni dan ini.Kena baca kembali baru tau apa dia isinya. Kadang2 tu tak dak isinya.Tuleh merapu saja.Ikut dan saja.Maklumlah kerja sendiri.tak dak sapa yang paksa,tak dak sapa yang upah.Nak makan cari rezeki sendiri.Pasai apa orang nak kacau bloggers.Kalau tak tuleh orang tak tau hasrat hati kita,isi hati kita,apa impian kita.Kekadang yang kita tuleh itu memberi berita terbaru pada si pembaca.Kekadang orang sakit hati.Kena atas hidung sendiri.Padan muka baru.Kalau tidak sapa nak berani tegoq beradap.Sekurang2nya boleh perbaiki diri sendiri.Boleh sapu batang hidong yang tercalar.


Tadi aku membaca tulisan Mufti Asri , mufti dari negeri yang kecik dari daerah ku.Dia tuleh pasai orang mudah berzina dari berkahwin.Betoi tok mufti,kat Perlis tu orang semua tau.Senang sangat ,pi saja lintas sempadan.Nak kawin pun senang di sana.Lintas sempadan dan kawin.Bawa balik surat nikah kepejabat agama.Kemudian bayar denda.Pasai apa nak susah2.Tak tau lah pak mufti oi.Hang pun nak kena berenti jadi mufti.Aku ingat pasai tok mufti kata,aku makan gaji bukan untuk mengampu.Memang kerja mengampu aku pun tak suka.Kekadang kerja ampu-mengampu boleh jijak kepala kawan2 yang tak berdosa.


Banyak ketua2 suka diampu.Baru pungkoq depa kembang-kempis.Kalau tidak lepiar daging punggong,nak ketut pun tak sedap.Kalau tak pandai ampu rosak habeh.Pasai tu kena tau cara.Pasai tu tok mufti tak mau mengampu.Nak ampu apa ? Allah dok ada.Ampu Allah saja dah cukup.Dia yang menentukan segala2nya.Waima hang bos besaq atau bos kecik hangpa tak boleh buat apa2 kalau Allah tak izin.Don’t talk big.SHIT.Politik kita pun banyak rosak ekoran dari ampu mengampu.Tak silap hari bulan habeh punah..Rosak terbekanglai.Tersungkur.tak dak misai nak tongkat dagu.Orang yang suka ampu dan yang nak diampu,kedua2nya lemah.Bukan jantan,bukan betina , bukan pondan.Depa ni tak dak harga diri.Busuk .


Busuk bukan sebarang busuk.Busuk belacan ada harga.Mahai dari sekerap busuk.Busuk belancan orang telan makan kedarah.Biar pun dah sengau lubang hidong , jumpa belacan telan juga.

Sunday, November 23, 2008

ADUHAI-ADUHAI : MALANGNYA NASIB MU ( BAHAGIAN 11 )

ADUHAI MALANGNYA NASIB MU…(BAHAGIAN 11 )


Hanya nabi2 yang maksum , wali2Nya juga terpilihara dari segala yang mungkar.Manusia biasa macam aku semuanya tak dapat lari dari membuat kesalahan.Kita semua ada membaut salah,tapi payah nak mengaku.Nak tegak juga benang yang basah.Tambah lagi satu dosa,berbohong.Begitulah beraninya manusia akhir zaman ni.Dilihat,orang politiklah yang banyak terlibat.Setiap hari hang tuduh aku,aku tuduh hang.Seterusnya aku menafi dan hang pun menafi.Jadi sapa yang benar dan sapa yang salah.Masing2 pakat kelentong.Rakyat jadi pemerhati juga turut menerima saham.Kerana ada yang menyokong dan membangkang.Seekor kerbau membawa lumpur,habis semua terpalit.Jadi bangsat.Ketua bangsat,pengikut pun bangsat.Jarang ambil pedoman dari Al-quran dan Hadis.Yang dok beria2 nak cari pedoman pun turut menggelencong.Terperok di perdu dosa.Cakap tak serupa bikin.Kalau ekor bergelumang tahi,janganlah kokok berderai2.Mai kita ambil pedoman dari sejarah dulu2.

Ataturk dalam sejarahnya banyak membuat dosa.Dalam bahagian 1 dulu,aku dah catat beberapa siksa yang dia kena tanggung semasa masih lagi bernyawa. Jom kita lihat apakah dosa yang dia lakukan.


Dosa Mustafa KAmal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Mintak Allah jauhi kita dari menjadi munafik.Pintak Allah cintakan diri kita semua.Pohon restuNya mencurahkan Taufik dan HidayahNya.Jauhilah kita dari syaitan jenis manusia dan jenis jin.Berikan pada kita rohani dan jasmani yang unggul……ameeen.

Saturday, November 22, 2008

GENYEH SANA-SINI

GENYEH

Tiap pagi bila bangun dari tidoq,lepas sembahyang subuh,jangan terus baca berita suratkhabar atau dengar berita dari tv.Benak hati kita dibuatnya.Biasakan baca dulu Al-quran.Dengar berita terkini boleh menghaprakkan rohani dan jasmani.Tiada ada yang mendidik kea rah jalan yang lurus.Sejak pagi alam telah dibelomuih oleh kuman dan virus.Habeh rosak makhlok yang menumpang hidup di bumi.Lebih baik berita2 tak diheboh dan dihebah langsung.Manusia boleh hidup lebih aman dan sempurna tanpa berita2 yang berkitaran diantara peribadi2 yang bergenyeh satu sama lain.Tak dak lain yang baik.Tak dak yang nak cari jalan memakmorkan rakyat2.Pasai rakyat kurang dapat perhatian.Di lantik sebagai pemimpin.Sapa yang depa pimpin? Dok pimpin sama2 depa.Dok genyeh sama depa.Nampak macam orang Melayu ni berpenyakit.Macam2 penyakit mazmumah.Petik dari blog kickdefella : no one dies a virgin , life screws us all.

Ada ura2 nak rombak cabinet.Baru sangat ,8 bulan.Tak payah.Ganti saja yang letak jawatan.Lain2 tu biaq pi.VC Universiti Malaya pun baru 2 tahun dah ditukar.Katanya tak layak.Dulu sapa yang lantik ? Orang yang lantik dia tu yang tak layak.Macam2 cerita yang membuat kita nak tanya,nak soal,nak tau apa kerja depa sebenarnya.Bukan kita boleh buat main2 dengan duit Negara.Kerja caca-murba sapa pun boleh buat.Rakyat nak tengok kerja yang efficient.Bukan saja ngaji nak dapat 4-flat.Kerja pun kena bagi 4-flat.

Kita tak mau kerja jenis budak2.Habeh terbengkalai.Duit habeh,masa rugi,tenaga wasaja.Lepas tu bungkus tikar.Jenis haprak.Apa guna bergenyeh sesama sendiri.Yang betul ,cakap betul.Yang salah tok sah dok menegakkan benang yang basah.hangpa nak lari kemana ? Allah tau everything.Even He knows what is nothingness……Allahuakbar.

Friday, November 21, 2008

HISTORY REPEATS ITSELF

SEJARAH KERAP MENDUA KALIKAN…history repeats itself


Dulu cukup heboh bahawa Melayu mudah lupa.Yang betoinya semua manusia ni jenis pelupa.Pasai tu Allah berikan nama insan .Maksudnya pelupa.Mana tidaknya.Dulu kita semua di zaman zuriat telah sumpah mengakui Keesaan Allah .Tapi cuba tengok dah berapa ramai dah berpaling tadah.Dah lupa diri.Dah jadi tak berguna.Sesuailah dengan nama manusia.Manu ertinya orang.Sia ertinya tak berguna.Jadi kita adalah orang tak berguna ( kecuali bertaqwa ).Orang putih beri nama ‘human being’.Human ertinya orang.Being maksudnya ‘gitu-gitu’.Tak cukup syarat.Human being ialah orang tak cukup syarat.Orang tiga suku.

Yang paling tak cukup syarat di zaman kita lani ialah ‘Bush the father and his son Bush Junior’.Kedua beranak ni lah yang jadi punca kemusnahan dunia dalam segenap segi.Tercetus Perang Telok pada 1990/1991 memporakperanda dunia Islam .Selepas September eleven mereka gandakan nafsu serakah mereka.Cap Negara Islam tu ganas.Akhirnya Saddam dibunuh.Osama di kejar,tapi tak jumpa.Ciptaan depa unutk mengelabukan mata dunia.Sebuah silapmata yang haprak .Semua Negara Islam pening lalat.Turut mengambil tindakan terhadap rakyat sendiri.Kesucian Islam tercemar gara2 nak bersetuju dengan yahudi.Depa bukan yahudi kitabi.Kitab depa dah tak otentik.Dah diubah sesuai ikut selera depa.Kita pun dulu nak ikut perangai yahudi ni.Nak tafsir Al-quran semula.Apa punya bangang.Sepatah arab pun tak paham,nak tafsir semula.

Sekarang dah mula nampak kemurkaan Allah.Aku nak cerita yang berlaku di amerika.Perang Telok dulu tu dah banyak menyiksa askar2 amerika.Seperempat dari 697,000 askarnya mengidap penyakit yang kronik.Dulu mereka terdedah dengan berbagai bahan toksid,pesticides dan dadah.

An extensive federal report released Monday concludes that roughly one in four of the 697,000 U.S. veterans of the 1990-91 Gulf War suffer from Gulf War illness.


Di sini ialah repot sebenar mengenai reality Perang telok 90/91.

The report, titled "Gulf War Illness and the Health of Gulf War Veterans," was officially presented Monday to Secretary of Veterans Affairs, James Peak. Noting that overall funding for research into Gulf War illness has declined dramatically since 2001, it calls for a "renewed federal research commitment" to "identify effective treatments for Gulf War illness and address other priority Gulf War health issues." According to the report, Gulf War illness is a "complex of multiple concurrent symptoms" that "typically includes persistent memory and concentration problems, chronic headaches, widespread pain, gastrointestinal problems, and other chronic abnormalities. "The illness is identified as the consequence of multiple "biological alterations" affecting the brain and nervous system.While it is sometimes difficult to issue a specific diagnosis of the disease, it is, according to the report, no longer difficult to identify a cause. The report identifies two Gulf War "neurotoxic" exposures that "are causally associated with Gulf War illness." The first is the ingestion of pyridostigmine bromide (PB) pills, given to protect troops from effects of nerve agents. The second is exposure to dangerous pesticides used during the conflict.


SIAPA BERANI BERMAIN API,TERIMALAH AKIBATNYA.
BAGAIMANA ? MALAYSIA BOLEH ? JANGAN CAKAP BESAR , SEBESAR HABOK PUN ALLAH TAK PANDANG.

Thursday, November 20, 2008

TUDUNG HADHARI

TUDUNG HADHARI

Makin hari makin kelam kelibut.Makin tak senonoh.Makin tua dunia ni makin hilangnya keadilan manusia memerintah alam ni.Sebagai khalifah Allah kita membelakangkan perintahNya.Kita ketepikan suruhanNya dan memasyhurkan laranganNya.Tak gerun melakukan kerja buat yang bernoda dosa.Justice must be done,and it must be seen done.Di mana letaknya taraf khalifah ,tiada ada ciri2 yang patut ada.Bila jadi ketua tok sah dok berbangga dengan lagak.Berlagak saja padahal jiwa khalifah kosong dalam diri.Semua itu menambahkan ego dalam diri.Jadi sombong bukan saja pada sesama manusia,tapi sombong pada Allah.

Jarang manusia melihat ‘pukulan’ Allah.Tak Nampak balasan Allah di dunia .Segala yang ngeri di lihat sebagai bencana alam.Bertalu-talu datangnya selepas satu,satu.Padahal semua adalah ekoran dari dosa atas tangan2 manusia..Manusia yang mengheret bencana2 itu berlari2 datang.Kerana tak sedar dengan dosa2,manusia tak rasa perit.Tak rasa sakit , tak rasa bersalah.Masih boleh dok syok2 .Bergomoi dengan segala sifat kesyaitanan , dari makan minum dan berseronok-suka sepanjang masa.Tipu-daya bergelomang dari setiap inci alam.Masih juga mereka tipu diri mereka sendiri.Mereka menjadi immuned dengan segala bala yang didatangi Allah .Menipu dari makan-minum . Menipu dari segenap aspek kehidupan . Menipu diri dengan pakai2an yang terdedah.Yang pompuan juga menipu diri dan bangga berjambul rambut beralaskan tudung hadhari mereka.

Ingatlah banyak lagi mimpi2 ngeri yang akan muncul.Ekonomi ngeri.Iklim ngeri.Penyakit ngeri.Selagi kita tak buat check-up diri,sanggupkah nak menemui akhirat yang terlalu ngeri….nauzubillah.

Jangan pandai gamit murka Allah.Jangan berlagak sombong di bumi Allah.Jangan terlalu asyik dengan kecantikan dunia.Jangan goblok mengumpul harta.Kita sedang mengembara ke satu alam yang abadan-abada. Apakah bekalan ke sana yang sebenarnya ? Cuba buat check-up .
Genyehlah mata kiri , genyehlah mata kanan .Tengok lah sekeliling.Tengoklah di depan.Tengoklah di belakang . Periksa semuanya.Periksa juboq,bersih tak kita basuh .Periksa zakar , pernah tak meinianya dia .Pernah bawa pi Haadnyai ? Masa masih ada.Boleh lagi bertaubat . Jangan tunggu lama2.

Wednesday, November 19, 2008

KEMANA LA HAI PERGINYA

KEMANA LA HAI PERGINYA


Lepas satu,satu.Pi-mai,pi-mai.Non-stop.Isu pertama belum reda,mai pula isu kedua,ketiga,keempat.Tersumbat dalam telinga.Gatai telinga kiri.Gatai telinga kanan.Colek dengan jari kelingking. Rasa syok tak terkira bila gerudi lubang telinga.Mata pejam celek,pejam celek.Hidong kembang-kempis.Rasa geli geleman menyedapkan rasa.

Orang pun rioh-rendah beri ulasan .Ulasan demi ulasan.Macam2 yang timbul.Asal satu jadi sepuluh.Asal sepuluh melipat ganda.Jadi banyak .Jadi berbagai.Bising seluruh kampong.Bising seluruh negeri.Bising satu negara.Habeh dok heboh2 , lepas tu hilang entah ke mana.Tak dengar khabar langsung.Berkubur la agaknya.Yang dok ghairah berkata pun tak cakap lagi.Bermimpi2an pun tak dak.

Bila Rais kata orang melayu jangan jadi macam ayam dalam sangkar,aku boleh tafsir berbagai2.Boleh samakan dengan katak dibawah tempurung.Katak rioh-rendah musim hujan turun.Kita pun bila ada satu2 isu jadi macam katak juga.Masing2 rioh.Dulu rioh pasai malaria.Klimaks nya buat effigy nyamok tirok,panggil menteri resmi.Lepas tu bakar,tepok tangan dan nyanyi lagu tirok ,maka tammatlah demam malaria.Dulu pun nyamok aedes dah terima akibat yang sama.Tapi aedes masih membiak.Bukan senang nak berperang dengan tentera Allah.Aedes dan tirok tak berhasil dibasmikan.

Baru2 ni semasa pilihanraya PP44,Mach 8 , gamat juga kita.Dengan isu saifool.Dengan isu juboq .Dengan isu sumpah.Dengan isu Bala.Dengan isu Imam Jurami ( semasa angkat sumpah juboq saifool ) disamping isu-isu kempen yang lain termasuk cerita2 altantuya..Dah lapan bulan habeh senyap sepi.Tak timbul-timbul , cuma kes altantuya belum habeh bicara .Dengar kata kes ni akan dibawa ke mahkamah antarabangsa oleh kerajaan Monggolia..Kemana la perginya saifool ?.Apa hal dengan sumpahnya dengan juboqnya .Aku gelak terbahak2 bila orang bercakap pasai saifool dah mengandong.Pelik punya cerita.Mampuih aku nak percaya ..Dah termakankah dengan sumpah.Bala pun dah balik atau belum.Kata pi luar negeri.Dapat duit banyak,boleh melancong.Tok imam pun bagaimana ceritanya.Dah dipecat dari ameno dan dipecat jawatan imamnya…..semua hilang lenyap.Tak dak berita.Tumpas lampus .

Cakap2 tentang isu2 dulu tu tak ada keputusan.Sampai la aku dok tunggu..Depa cuma buat heboh masa pilihanraya.Kemana la hai perginya saifool,altantuya dah tentu dah mati.Bala tak nampak hidong walaupun di sianghari.Tok Imam sumpah mana pi nya.Dok kerja kat mana kerana kata nak di pecat.Kalau tak jadi imam , dah tentu jadi makmum.

Aku blogger tak kemana.Tetap di srengenge.Kerja nak tuleh saja.Ngapa tak jadi blogger ? You just write and write and be dumbed.Tak payah guna air lioq.Cuma bergedik-gedik dengan jejari. Bloggers berada dalam kelompok ‘menyetujui’,’mencadang’,’membangkang’,dan ‘menegur’.Ciri2 manusia ideal.

Good luck,bloggers.Regards from srengenge.

Tuesday, November 18, 2008

TABOq AIR LIOq

TABOq AIR LIOq

Sapa kata cakap tu mudah ? Tak semua orang boleh bercakap walaupun boleh berkata2.Yang payah cakap cuma orang bisu.Tak bisu pun bukan senang nak bercakap.Lebih lagi banyak orang yang jadi pendengar.Ketar kepala lutut jadinya.Apa nak cakap semua tak jadi.Habeh terlupa .Hilang akal.Dagu menggetar.Habeh berpeluh ,lembab kedua biji teloq.

Sebenarnya dok tabor air lioq ni ,kerja cikgu2.Modai cikgu menabur air lioq.Kalau tak pandai taboq air lioq,kerja cikgu jadi sukar.Dulu 30 tahun aku kerja taboq air lioq.Kerja cikgu dulu tak dibantu oleh alat2 canggih macam lani.Semua kena buat sendiri.Dulu over-head projector pun belum ada di sekolah2.Nak operate pun tak dak cikgu yang pandai.Paling senang guna air lioq,lepas tu guna kapor.Conteng2 di papan hitam ( selepas tu baru ada pula papan hijau.) Lani guna whiteboard pula .Nasib baik Allah maha pemurah.Tak pernah kering air lioq kami cikgu2.Dan berkat Illahi, apabila cikgu bercakap,seribu telinga yang mendengar.Kami cikgu2 bersyukur kerana murid2 cukup obedient.Thanks a lot.Ada cikgu kencing berdiri,habeh anak murid kencing berlari.

Cikgu dulu kurang berak,kerana gaji kecik.Sebelum Jepun mai,12 ringgit sebulan.Aku mula kerja elaun cuma 45 ringgit sebulan.Bila jadi gurubesar baru boleh berak banyak sikit.Gaji naik sikit.Guru2 rakyat dulu buat sekolah sendiri.Hebat sungguh depa.Cakap2 depa lah yang boleh memikat beribu2 telinga.La ni cakap pak menteri pun orang tak dengar.Malah membebet mulut saja.Dah hilang daulat.Allah mengangkat mertabat seseorang dari keikhlasan diri.La ni tak ikhlas kerana nawaitu nya fulus.

Orang masih luahkan bahawa cakap memang mudah.Talk is cheap.Kerana banyak talking,talking,talking, kerja tak jadi.We talk a lot.Not only at kedai kopi , in parliament but through the internet.A lot of chit-chat.Dalam salah satu cakap yang ku tertarik ialah cakap pak menteri Rais.Dia cakap orang melayu jangan jadi macam ayam dalam sangkar.Dia dulu juga cikgu macam aku.Guna air lioq .Lepas tu masok politik.guna lagi air lioq.Dia cakap kita macam ayam dalam sangkar.Ayam dulu bebas,ayam la ni stress.Tak bebas.Macam cikgu2 la ni.Banyak yang stress dengan kerja.Cikgu lani tak guna air lioq.Banyak kerja2 sampingan.

Nasihat aku : kalau air lioq diguna dengan bijak , boleh hilang stress.
Aku tak nyesal jadi cikgu,walaupun dulu minat jadi soldadu.Cikgu dan soldadu boleh membahgia rakyat.Soldadu beri keamanan,cikgu beri pengetahuan.Salahguna politik memporak-perandakan rakyat.Habeh jahanam,rosak dan punah.

LEARN WHAT TEACHERS SAY…………..kami dari golongan ‘teachers of yesteryears’……cuba layari ………..http://www.kirkbyites.net/


Monday, November 17, 2008

ADUHAI-ADUHAI : MALANGNYA NASIB MU ( BAHAGIAN 1 )

ADUHAI MALANGNYA NASIB MU

KAMAL ATARTUK……yang banyak orang tak tau

Tak sapa pun berkenan nak namakan anak2 mereka sebagai firaun,abu lahab,abu jahal dan juga sebagai kamal Ataturk.Nama2 terkutuk memang tak menjadi pilihan.Di dunia lagi dapat tengok jijiknya peribadi2 tersebut. Osama yang baru saya muncul pun ada pilihan untuk menamai nama anak yang baru lahir.Terutamanya yang lahir di hari dia memenangi pilihanraya di USA.Firaun,Abu Lahab dan Abu jahal banyak di firman Allah dalam Al-quran.Kamal Atartuk masih banyak yang tak tau.Tak diperkenalkan negatibnya atartuk terhadap agama Islam.Tak banyak yang tau hari2 terakhir dia.Tak tau macam mana jasadnya selapas mati.Jom kita baca apa yang sebenarnya berlaku pada atartuk.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyak kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Itulah kejinya kalau cuba nak tunjuk hebat.Baiklah kita memperhambakan diri pada Allah.Who are we after all ? Di Negara kita ada tak yang jenis ini.Bertaubatlah sebelum maut.
Kata ulamak : Setiap zaman ada juga jenis abu lahab,abu jahal.Ada juga firaunnya dan juga ada jenis ataturknya.Kecuali nabi , kerana Muhammad adalah nabi terakhir.

"

Sunday, November 16, 2008

SELEPAS BERSARA AKU MULA "MENGEMIS"

AKU PENGEMIS TUA

Aku masih terkenang ibu dan ayah ku.Keduanya dah lama kembali.Mereka cukup berminat dengan anak yatim.Dua orang depa ambil bela.Dah tua belaka,dan salah sorang telah juga meninggal.Di zaman penjajah dulu belum ada lagi rumah anak yatim.Sapa yang minat,ambillah bela sendiri2.Rupanya anak2 ku juga mempunyai minat yang sama.Yang abangnya membela seorang anak yang orang tinggal dekat semak.Anak terbuang.Dan yang kakaknya memelihara 2 orang anak yatim perempuan , dah besar panjang.Sekarang ni ribuan anak yatim di tempatkan di rumah2 khas untuk anak yatim.Dan aku pun terlibat secara langsung sebagai AJK rumah anak yatim.Mak Wan juga turut terlibat untuk memanfaatkan masa.Malam2 dia ajar Al-quran.Itulah saja tugas kami di masa tua ni.Aku harap Allah berikan kami dalam berbakinya umur berkhidmat sebagai sukarelawan di rumah amak yatim.Aku tak malu mengemis minta bantuan untuk anak2 yatim.

Rumah Gemilang kami namai .Mempunyai 82 orang penghuni . Semua belajar di sekolah berdekatan.Dari darjah satu sampai ketingkatan 6.Makan/pakai semua tangungan RG (Rumah Gemilang).Terpaksa kami gajikan 2 orang tukang masak.Seorang jaga.Seorang driber.Empat orang warden.Dan seorang kerani.Hitong panjang terpaksa belanja RM 500 sehari.RM 15,000.00 sebulan.

Jadi aku kali ni nak mengemis kalau2 ada insan2 yang bersedia nak derma kat RG.Bantuan dalam bentuk apa pun kami sedia menerima.Ada orang setakat ni derma pakaian.Ada beri beras dan keperluan2 dapor.Ada beri duit.Malah dimusim buah2an kami di supply dengan berbagai jenis buah2an.Guru2 sekolah ada yang datang memberi tuition secara percuma.Dan berbagainya . Secara yang termampu….yang penting ikhlas …….alhamdullilah.

Semuanya saudara2 boleh salor ke alamat di bawah : Moga direstui Allah.
Terima kasih daun keladi.

Rumah Gemilang,
(Rumah Anak Yatim dan Miskin Daerah Sik),
Kampong Banggol Derdap,
08200 Sik,
Kedah Darulaman.

Telefon / Fax : 04-4693763 ………Ketua Warden : Kak Long

Salam dari ku Si Pengemis Tua.
Sebenarnya tak dak comfort zone dalam dunia ni.
Kita kena bersusah-payah mencari comfort zone di akhirat…..allahuakbar.

Saturday, November 15, 2008

LUBOK KOREK DUIT

LUBOK KOREK DUIT

Ini ‘korek’.Bukan ‘correct,correct,correct’ dalam video Linggam tu.Bunyinya sama.Maknanya berlainan.Dan ceritanya juga tak sama.Ini pasai duit.Bukan pasai naik pangkat .Zaman pemilihan ni ,zaman kumpoi duit.Orang la tak kira duit tu haram ke halai ke.Semuanya di sapu.Tak takut peringatan Allah.Politik wang tu sama dengan rasuah,yang sangat dimurkai Allah.Rasuah boleh rosak segalanya.Kepimpinan akan rosak.Etika akan rosak.Rakyat akan rosak.Agama akan cedera.dan last sekali negara akan hancur.Setuju sangat dengan Tun M , supaya pengamal rasuah dibubuh ISA.Tapi aku tak setuju dengan ISA.Jadi tok sah lah.

Media tulislah apa saja tentang politik wang ni.Tun M pun dok canang tentang bahayanya.Banyak lagi yang dok hurai tentang bahayanya.Ku Li , gurkha ameno terkilan kerana ada bahagian2 minta sampai RM 2 juta .Mufti2 pun buat teguran yang sama.Tapi setakat ni memang tak memberi kesan.Macam tak apa2 pun.Tak sensitif langsung , mungkin kesedaran agama dah hilang .BPR pun tak bersungguh ,Pak Lah pun cakap saja .Agama tak memberi makna langsung.Boleh rogol.Boleh raba2.Boleh buka aurat.Boleh buat ikut suka hati.Boleh mampuih.Tak komited dan tak dak dedikasi . Semua nak glamour dan berlagak saja. Macam hero @ heroin bollywood..Living in the wood ,like Robin Hood.Robin Hood lebih baik , kerana tolong orang susah.Orang Utan lebih baik , kerana binatang kesayangan.

Bila politik wang diamalkan,akhirnya kepala perompak akan jadi kepala negeri.Kerana politik wang bermakna :” kalau bagi salah , kalau tak bagi kalah “. Budaya yang hidup nanti ialah budaya negative.Sundal politik wang ialah lubok korek duit.Duit dijanjikan kepada ahli2nya,maka berenanglah segala perompak dan lanun . Awat mazhab hadhari tak cuba sekat gejala ni.Kokoknya berderai2 , ekor berlumuran taik .Kesan makan duit rasuah bukan saja berdosa implikasinya banyak .Dengungan kentutan berirama tinggi boleh memekakkan lagi telinga,hancingan kencingnya boleh dapat jangkitan gila babi, dan hanyiran berakan boleh membocorkan lagi lapisan ozone.

Insaflah sebelum terlambat.Bangsa akan mampuih.Negara akan tergadai.Duit yang dikorek habis menjadi dosa.Nerakalah kesudahannya………..nauzubillah.
Wahai ameno , masih derhakakah ?

Friday, November 14, 2008

BERSULTAN DI MATA , BERAJA DI HATI

BERSULTAN DI MATA,BERAJA DI HATI

Aku dok perhati seolah2 pemimpin kita tak mampu bina generasi akan datang.Semakin sehari semakin berkecamok.Bukan anak2 muda yang kecamok,tapi diantara pemimpin juga kecamok.Depa masing2 ego,selalu bawa keluaq pendapat sendiri2 .Jarang bersandarkan agama.Mengenepikan agama.Buang di penjuru dapor.Macam mana ketam nak ajar anak berjalan betoi.Perasuah tak boleh membasmi rasuah.Penipu juga tak boleh memberi amanah.Pencinta dunia tak juga boleh membimbing ke akhirat.Haloba tak membantu untuk berkanoah.Syok2 sendiri mustahil nak dapat comfort di zone akhirat.

Cuba kita nilai tengok pemimpin2 kita.Berapa orang yang boleh diharapkan.Nak tiarap tu banyak.Banyak yang hanyut dan hilang identity.Banyak yang ada rekod buruk.Pernah berasuah. Pernah ada rekod makhkamah.Pernah ada skandal itu dan ini.Pernah bersumpah.Ada masalah rumahtangga. Berkunjung keluar negara berpuluh kali,tapi mengaku tak pandai berbahasa inggeris.Aneh sekali ,pass universiti tapi tak boleh bercakap omputih.Rakyat turut menjadi bangsat.Di bangsat oleh pemimpin sendiri.Masing2 bangsat dan membangsat.Masing2 geng.

Kalau anjing ia menyalak sebelum menjilat buntutnya.Allah tak sayang kita jilat buntut dulu lepas tu baru salak.Salaklah apa saja,orang tak pakai.Yang dikata habeh hanyut.Yang mendengar pekak.Tak macam kata2 cikgu : Bila cikgu bercakap,seribu telinga yang mendengar.Bila cikgu berjalan,dua ribu mata yang melihat.Tapi sekali cikgu kencing berdiri,beribu murid kencing berlari.Kalau cikgu berbohong , semua murid jadi pencuri.La ni dah jarang cikgu2 masok politik.Dulu kekawan ku banyak dapat jadi menteri,MB,exco dan wakil rakyat bercambah2.Gaya depa memandu rakyat berbeza.Ada seorang dua yang buat hal,semua kerana ameno.

Bolehkah mazhab hadhari menyusun semula keberkecamokkan ? Ulamak2nya tak menyalak , tapi jilat juga . Banyak lulusan Al-Azhar.Lani balik azhar masok ameno.Yang pi buat medic dan enjineering di luar negeri balik masuk bulan.Itu semua kerja Allah.Kunn-fa-ya-kun.


Apabila allah menyayangi seseorang itu .. maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya untuk melakukan perkara kebajikan .. manakala orang yang Allah tidak sayang .. maka Allah akan menunjukkan jalan maksiat kepadanya .. nau'uzubillah ..Kehidupan kita sebagai orang islam yang beriman .. memerlukan rahmat dari Allah memastikan segala amalan yang kita lakukan ditulis sebagai pahala disisi Allah s.w.t .. Insya'allah .. :::


Sesapa nak menderma ke Rumah Gemilang ( rumah anak2 yatim & miskin) sila hubungi alamat di bawah.


RUMAH GEMILANG,
ADIK,
(Rumah Asuhan dan Didikan Anak Yatim dan Miskin Daerah Sik)
Kampong Banggol Derdap,
Sik,
Kedah Darulaman.
Telefon : 04-4693763
Fax : 04-4693763
(Sila rujuk : Warden Asrama…Kak Long )

Thursday, November 13, 2008

FROM PENNY TO PENNY

FROM PENNY TO PENNY

Kalau dalam bahasa kita maknanya : kais pagi makan pagi.Itulah hakikatnya pada banyak lagi rakyat kita.Aku cukup tau,lebih tau dari JKKK kampong ku.Dan aku lebih maklum bila terlibat dengan ADIK ( Asuhan dan Didikan Anak2 Yatim dan Miskin ).Semua anak2 yang kami pelihara datangnya dari keluarga dhoif.Aku cukup termaklum tentang susah-payah mereka dan keluarga.Banyak lagi yang perlu kami pelihara.Ikut bancian lebih dari 3 ribu orang , tapi yang kami mampu cuma 82 orang.Ada yang pernah tercicir tak bersekolah.Itu pun tiada JKKK yang tahu.Apa kerja JKKK buat aku tak tau.Zaman pemilihan ameno ni depa sibok.Hulu ke hilir mencari umpan.Dan politik wang menjadi tarikan.Bukan aku kata,tapi Tun M mantan ketua mereka kata.Ku Li seorang gurkha ameno juga kata begitu.Ada bahagian minta sampai 2 juta untuk memberi sokongan tanding presiden ameno.Dan aku juga dapat berita,entah betoi atau tidak,calon ketua bahagian tempat ku habeh sampai 500,000.00 ringgit.Eis,Eis kalau beri kat kami,berapa banyak lagi anak2 yatim dan miskin dapat kami bela.Pahala cukup besar kalau depa tau ganjaran di akhirat.Tapi depa ligan dunia.Tak payah dikejar,ligan pun jangan,kerana tiada sebarang kerana.Buat kerja biar ada berkerana yang baik2.Biarlah kerananya memberi kebajikan di akhirat.Bukan kerananya terhumban ke api neraka……..nauzubillah.

Duit haram pun aku terima,untuk nak buat jamban , tempat berkencing dan berberak.Itulah caranya Tok Guru ku ajar.

Duit yang nak berasuah tu sila hulur sebagai derma ke Rumah Gemilang.Masa hiduplah nak buat amal , bila mati nanti tak dak can dah.Carilah seberapa banyak bekal untuk akhirat.

Kepada yang bermurah hati ku dahului dengan ‘TERIMA KASIH ‘.

Kami guna gemilang lebih awai dari pi em.

RUMAH GEMILANG,
ADIK,
(Rumah Asuhan dan Didikan Anak Yatim dan Miskin Daerah Sik)
Kampong Banggol Derdap,
Sik,
Kedah Darulaman.
Telefon : 04-4693763
Fax : 04-4693763
(Sila rujuk : Warden Asrama…Kak Long )

Wednesday, November 12, 2008

CHECKING POINT AHEAD

NEGARAKU

Masa aku bersekolah dulu ,ialah zaman negara dijajah oleh omputih.Dulu pun omputih jamu susu di sekolah2.Aku tak suka susu depa.Sebab aku di kampong minum susu lembu dan kerbau.Lebih sedap dari susu omputih.Lebih segar dari omputih punya.Susu aku makan bersama pulut.Dalam kopi pun kami bubuh susu.

Kami buat teh sendiri.Teh kami buat dari daun kopi.Orang la ni dah tak tau nak buat teh dari daun kopi.Kopi pun depa tak tau buat.Orang la beli kopi yang dicampur dengan berbagai bahan.Ada jagung.Ada kacang hijau.Ada tempurung.Ada dicampor arang kayu.Sebab tu kita jadi bodoh.Orang dulu cerdik2 .Boleh lawan british tuntut kemerdekaan.Orang la nak jaga kemerdekaan pun tak pandai.

50 tahun merdeka,Negara masih lagi terkebelakang.Dulu boleh menang Piala Thomas senang2 saja.Lani tercorot.Bolasepak ,kita raja padang.Jepun dan Korea pun takut kat Malaya.Lani macam jaguh kampong saja.Leceh betoi.Semuanya kerana pemimpin tak pandai.Terlalu cintakan pangkat,cinta duit,cinta rasuah.Cuba tengok apa dok jadi dengan proses pemilihan calon ameno.Kelam-kabut jadinya.Rosak maruah,rosak jati-diri,malu dah tak dak.Semua jadi bejadah.Rasuah berlaku terang2an.Tak tau haram-halal.Bejadah sungguh.

Hina tak hina kita ni , pada tahun sudah seorang pelajar Malaysia di Taiwan mempermainkan lagu Negaraku.Semua marah2 termasuk ameno.Nak dengar lagu tu ,cuba klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=M-z2XOPeUWY . Tapi pada 9/11/08 bila BERSIH membuat perhimpunan,PDRM pula gasak dan pukoi dan mengganasi peserta sedang menyanyi Negaraku.Cuba renung sekejap,apa relevennya.Sekali ni ameno tak marah lagi.Sepatutnya berdiri tegak dulu menghormati lagu kebangsan.Lepas tu pukoilah ,biar semua mampuih.Apa nak kisahkan,kerana Allah juga memerhati kita di waktu itu,kini dan selamanya.

Menanti keadilan di padang masyhar.Di masa tu baru kenai sapa kita.Habeh kecut.Teloq pun kecut.Kita kenai semua menteri.Kita kenai semua exco.Depa pun kenai kita juga.Depa kenai kita dulu miskin melarat.Depa kenai kerana pernah menipu kita.Baru nak mintak balik ke dunia sekejap.Nak buat kebajikan.Nak bertaubat.Mana boleh,NO WAY.

PLEASE CHECK YOUR MATE.

DARI KELANTAN KE OBAMA

SECEBIS RESPONSE TOK GURU NIK A.AZIZ KE OBAMA

Tok Guru juga hantaq congratulationnya kat Obama.Aku ambik sebahagian dari isi suratnya untuk dibaca bersama.Cara Tok Guru berdakwah cukup berhemah.Pasai tu aku setuju dia melengkapkan teori RAHMAN.Aku tak nampak orang lain yang sesuai.Kita dah tak dak pemimpin.Kita kemarau pemimpin.Yang nak kebas tu berlori jumlahnya.Tok sah cakapla bila dah gila pangkat dan duit.Semuanya auta saja.Lebih senang aku tak percaya.Semua suka buat haru.

Di bawah ni ,cebisan response tok Guru kat Obama:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani mengurniakan keberanian dan jalan yang benar dalam menampalkan semula ayat-ayat suci kitab Injil yang telah dikoyak.

"Nabi Isa a.s tidak sama sekali seorang yang ganas atau menjadi pengkhianat terhadap umat manusia," katanya.

Kata beliau tanpa mengira perbezaan politik, warna kulit dan kepercayaan, mana-mana pemimpin Islam atau Kristian harus menyokong sepenuhnya usaha-usaha ke arah perdamaian mempertahankan kebebasan dan mengekalkan keamanan sejagat.

"Marilah kita sama-sama mempereratkan hubungan dua hala dalam proses saling hormat-menghormati demi faedah dan kepentingan bersama.

"Tahniah sekali lagi. Semoga Allah melimpahkan segala belas ehsan dan kasih sayang kepada kita," katanya.

Tuesday, November 11, 2008

NGAPA BIAR TANGAN KANAN BASUH TAIK ?

TANGAN KIRI BERFUNGSI BASUH BERAK,NGAPA BIAR TANGAN KANAN ?


Binatang,manusia dan jin semua berak.Semua kentut.Semua kencing.Kalau salah satu tak jalan tugas,boleh mampuih.Tak berak boleh mampuih.Tak kentut boleh mampuih.Tak kencing pun boleh mampuih.Pasai apa aku suka sangat bercerita pasai berak,kentut dan kencing ? Orang tak pandang begitu nikmat bila boleh berberak,berkencing dan berkentut.Bila depa rasa baru depa tau wah nikmat bila boleh berberak,berkentut dan berkencing.Kalau kena pi rawat di hospital untuk nak berak,sekarang ni menelan belanja sampai lima ribu ringgit.Kalau pi hospital kerajaan kena queue sampai berbulan.Kena tanggung sakit juga berbulan..Hospital swasta pi hari ni,buat hari ni..Cuba pikiaq kalau sekali nak berak kena berbelanja sebanyak itu , bangkrup . Pi kencing di tandas awam,kena bayar 3 kupang pun dah merungut.Nasib baik kentut masih free.Boleh melepas di mana saja.Kentut curi,tau2 keluar baunya.Hang tuduh aku,aku tuduh hang.Kalau busuk,kepala jadi pening,jalan melelong.Hebat dari left-hook Muhammad Ali masa bertinju dulu.Dia punya jab-jab-jab juga macam stinge-like-a-bee.


Sekarang ni berbagai2 tuduh menuduh . Ada yang dituduh rasuah.Ada yang dituduh meliwat.Ada yang dituduh pembunuhan,seperti kes Altantuya.Ada yang tuduh juboq sendiri kena tutuh.Di kalangan suami-isteri pun sering tuduh menuduh.Bukan bersangkut dengan makan dan minum,tapi pasai ’kontrak sosial’nya.Curut hang tak besar, apom hang tak berselera.Semua jadi hina-dina.Tak pandai mengeksploit surga dunia. Kerana kurang mengaji.Tak mengaji fekah.Ilmu fekah mengajar segalanya.Yang pandai cuma nak kawin. Tak reti nak selongkar semak-samun dalam belukar.Tak reti nak makan buah lemba dalam belukar.Buahnya manis dan memaniskan apa yang diminum selepas memakannya.Ustaz2 kena ajar betul2 pasai fekah ni.Jangan jadi macam ulamak dalam ameno,tak pandai nak amal-maaruf dan nahi mungkar.Ngapa biar tangan kanan basuh taik,bila tangan kiri masih berfungsi ?

Doakan semua supaya mudah berberak,berkentut dan berkencing.Rasailah nikmatnya.Bukankah begitu besarnya anugerah Allah ? Carilah rahmat,carilah nikmat,carilah.Jangan cari kemurkaan Allah.Dalam hidup kita diduga dan diuji.Carilah ilmu supaya lulus segala dugaan dan ujian.Kita mati seketika saja,selepas itu dibangkitkan dalam kubur.Kita hidup Abadan-abada…..Dimana ? Surga…alhamdulillah….Neraka…..nauzubillah.

Allahuakbar.

DRACULA : HANTU DAN NAJIS

DRACULA

Semakin hari semakin hudoh.Tak molek langsung.Tak naik steam .Memang nampak tersergam hudoh macam hantu.Macam srengenge juga,tersergam hudoh macam hantu.Mana ada hantu yang cantik.Yang jadi hantu semua hudoh2.Menakutkan budak2.Kadangkala dia menjelma jadi pompuan cantik dan seksi.Itu pun waktu tengah malam.Sesapa yang tak sedar diri,terperangkaplah.Orang bodoh buat kerja bodoh.Memang orang bodoh mudah terperangkap.Bukan saja dengan hantu,tapi juga orang yang dok suka sangat la ni.Suka berasuah.Rasuah pun hantu juga.Hantu nak perjatuh orang.Cepat nak pangkat.Terlalu cinta pada dunia.Buta akhirat.Ini juga golongan orang bodoh2.Bodoh tak boleh di ajar.Kalau dia kata dia cerdik,cerdik dia tu tak boleh tumpang.Orang yang menumpang dia juga orang bodoh.Macam jendalu tumpang pokok.Akhirnya pokok tu kena tebang,pasai penuh dengan jendalu.Mampuih sekali dengan dia.Padan muka.

Pengamal rasuah pun macam tu la. Habeh mampuih kerana siksaan Allah amat pedih.Siksa dunia tak lah pahit,tapi di sana nanti cukup perit.Pasai apa jadi bodoh mengundang bala yang cukup pahit.Sebenarnya berani mereka itu bukan saja pasai bodoh.Pasai sebenarnya Allah dah tutup matahati mereka.Hati dah gelap kerana dosa2 kering.Zulumat mendakap erat di hulu hati.Payah nak terima nur Illahi.Benda suci tak akan hinggap di tempat yang kotor.Yang hinggap cuma lalat2 dosa.Semua tau lalat suka yang bernajis dan busuk.Yang dok kerumun depa tu ibarat lalat2.Banyak lalat2 beri tau kat aku.Depa dapat banyak.Zaman pemilihan ameno ni bising berdengung depa terbang sana sini mencari rezeki.Aku nasihat depa boleh ambik,tapi jangan makan.Beri kat aku.Aku nak buat jamban di Rumah Anak Yatim.Lepas tu mai kerumun di jamban itu.Kalau ambik buat makan ,jadi daging darah.Susah nanti kena bakar oleh api neraka.

Lani dok dengar lebih dari 900 aduan di buat.Aduan politik wang.Rasuah la tu.Buat tak tau pula.Ulamak2 ameno dok buat apa ? Berilah ajaran sikit. Ni dok membisu.Ada ilmu pun dok simpan dalam poket.Nak habuan sama kot? Aku ni ilmu pun kurang.Pondok tak mengaji.Jauh sekali nak masok Al Azhar.Mengaji sekolah orang putih belum merdeka dulu , tak dak chan nak jadi ustaz.Tapi Alhamdulillah aku kenai haram dan halal.Aku kenai dunia dan akhirat.Aku kenai dosa dan pahala.Aku kenai nak pilih pemimpin.Aku kenai TG Nik A.Aziz……..insyallah ( God Willing ) dia akan melengkapkan teori RAHMAN. …..Kalaulah jadi…..tersungkor najid.

Monday, November 10, 2008

THE X-FILES

X-FILES

Masa kecik2 dulu lagi aku tak berminat dengan kerja2 ganas . Aku juga tak suka baca cerita2 yang ada sangkutan dengannya.Aku mula mengekori cerita jenis ini bila Altantuya dibunuh .Semua dah maklum dia di tembak kemudian di bom.Sampai satu ketika aku langsung tak baca.Bahkan meluat nak baca ceritanya bila dibicara di mahkamah. Aku tinggal terus .Malas nak baca , walaupun ada satu slot dalam blog aku.Cerita2 RPK tentang big mem dan altantuya juga tak memikat hatiku.Kerana kerja bunuh membunub kerja leceh.Jadi berasa leceh nak membacanya.Lebih baik baca tentang desiran angin.Baca tentang sepak terajang ombak di pantai . Dan siulan beburung bercinta di reranting adalah lebih enak dari segala kekejaman sesama manusia.

Awat manusia ni kejam ? Berpuing2 seninangpokang berlegar di kepalaku.Membuat otak mendidih-didih.Menambahkan beban dan menaikkan darah marah.Nasib baik tak dak darah tinggi.Kecelaruan manusia mencelarukan fe’el2 dan ekoran itu menjadi alam ini tak sedap dihuni.Alam ini bukan lagi tempat berseronok-suka dengan anak-bini dan kawan-polan.Alam dah jadi medan tempor sesama manusia.Alam bukan lagi tempat beribadat mencari bekal akhirat.Alam dah mula dinerakakan oleh tangan2 jahat manusia .Tangan durjana.Tangan haram bejadah.

Tiba2 Altantuya berlegar semula di kepalaku.Aku terbaca bahawa kerajaan Mongolia akan membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa.Wah akan membuka seluruh jendela keganasan ke mata dunia.Mungkin sekali lagi dunia mengecap kita sebagai negara pengganas.Kita bertikam sejak zaman hang tuah dan hang jebat.Kalau itulah tempat mulanya.Kemudian kita bermusuh lepas satu,satu.Kita pernah bermusuh dengan Singapura.Kita pernah bermusuh dengan Indonesia.Apakah kali ni kita akan bermusuh pula dengan Monggolia ? Dan negara2 yang bersimpati dengan Monggolia mula pula bermusuh dengan kita. Mungkin negara yang menjual dan membuat ‘deal’ projek kapal selam dan sukhoi juga akan terlibat.Kalau itulah kemungkinan Altantuya ada kaitan dengan kapal selam dan sukhoi.Dalam pembicaraan nanti adakah Azilah dan Sirul azhar perlu juga menutup muka.Itu semua adalah kemungkinan.Apakah Najib,Raja Petra Kamaruddin,Balasubramaniam dan segala surat2 sumpah akan dipanggil menjadi saksi ? Biar Allah menentukan semuanya,kerana Dialah yang mengetahui di atas segalanya.

Akhirnya apa akan jadi ? Perlukah Malaysia mencari seorang “Obama” ala Malaysia untuk ‘time for change’ ?......aku Cuma menaroh harapan pada TG Nik A.Aziz…..hanya dia yang boleh melengkapkan teori RAHMAN.

Sunday, November 9, 2008

BERMACAM2 KERENAH,BERMACAM2 KECELARUAN DAN KETAKSENONOHAN

MACAM2 KERENAH ,MACAM2 BERCELARU....KETAKSENONOHAN

Kita manusia cukup luarbiasa.Kita tak kenal diri sendiri.Lebih2 lagi diri orang lain.Kita lupa apa kita buat di masa lalu.Kita lupa nak buat apa yang perlu kita buat.dan kita buat benda2 yang tak kena.Kita cukup pelek.Kita berani buat dosa.Kita kenal dosa,tapi kita buat dek saja.Cukup pelek.Tak dak yang pelek dalam dunia selain manusia.Kita benda pelek,kerana ada otak tapi tak pandai guna otak.Kita pandai kekadang guna kepala hotak,tapi tak kena kaedah,segala kerja buat jadi serba tak kena.Pelek sungguh.Aku sendiri berasa cukup pelek.Bukan saja rasa pelek boleh berberak,berkencing dan berkentut.Tapi berkemut2 juga aku rasa pelek.Jadi aku dan semuanya adalah bahan yang cukup pelek.Bertambah pelek lagi bila ada jantan dan betina.Banyaknya jantan dan betina.Lelaki dan perempuan cukup sikit dalam dunia ni.Habeh rosak dengan bermacam2 kerenah dan bermacam2 kecelaruan.Dan tak kesenonohan.

Manusia dulu anggap basikal ialah satu benda pelek.Bertayar dua boleh bergerak dan tak tumbang.Sama jugalah manusia ada kaki dua.Kalau empat macam binatang lembu mungkin boleh berjalan lebih mudah.Semuanya pelek kalau dipikiaq2.Itulah kehebatan Allah berupaya membuat benda2 pelek.

Yang lebih pelek lagi ialah manusia boleh masuk neraka.Walhal surga Allah cukup luas.Neraka penuh sesak dengan manusia.Bertindih,bertindan.Tak dak benda yang lazat2.Semuanya menyiksakan . Berbusuk ni tak ambil kisah. Nak makan pun cukup siksa.Kayu zakom.Berduri menikam mulut,kerongkong dan perut.Masa tu baru kenal diri bahawa kita ni pelek.

Dalam pemilihan kepimpinan ameno sekarang pun cukup pelek.Cuba pikaq tengok apa yang peleknya.Kalau aku cerita yang pelek2nya , aku kena tuleh panjang lagi.Jadi aku biar sesapa yang membaca post aku ni boleh buat lis benda2 yang pelek dalam ameno.Cuba kita panjangkan dalam komen2.Biarkan komen tu berjela2 panjangnya….insyaallah.

Boleh mencuba,pelek kan ?

KALAU OBAMA ITU BAPAKNYA MELAYU

Aku jadi tertarik bila membaca sajak KALAU OBAMA ITU BAPAKNYA MELAYU ciptaan Fudzail melalui blognya http://1426.blogspot.com .Aku rasa baiknya supaya dapat kongsi membaca.Mungkin ketegangan urat2 dalam badan dapat semboh.Mungkin perjalanan darah boleh melalui liku2nya dengan lebih selesa.Mungkin angin2 tersumat boleh tersembur menuju arusnya.Mungkin lepas itu boleh berkentutan mengikut ketentuannya.Mungkin serba mungkin.Kerana kemungkinan itu akan ada di mana2 saja.Di bawah tilam.Di celah kelambu.Di tepi katil.Dan mungkin tersorot di celah teloq.Ia baru mungkin dan belum tentu lagi.Waspadalah dengan serba kemungkinan.

OK inilah sajak Fudzail dari UAE.

KALAU OBAMA ITU BAPAKNYA MELAYU


kalau obama itu bapaknya melayu
bapaknya orang kepala batas
maknya orang afrika dari kansas
pernah belajar di madrasah kota baru
berbapa tiri jawa kelang
adakah fatwa dari jakim
apakah dia melayu hadhari
atau sekadar lelaki asia sawo matang
bertaraf bumiputera untuk masuk UiTM
tetapi telah murtad
dari ketuanan melayu
dan boleh dihukum gantung
demi semangat hang tuah
kalau obama itu bapaknya melayubapaknya orang kepala batas
bersumpah sebagai melayu glokal
bersumpah tidak kenal altantuya
apakah dia boleh masuk ameno
menjadi menteri besar pahang
sebelum menang tidak bertanding
sebagai presiden ameno
dan menjadi perdana menteri
tanpa politik wang
tanpa komisyen kapal selam
tanpa komisyen jet pejuang
dan tanpa jadi balaci
pada tokey-tokey judi
mengatur perundangan negeri
kalau obama itu bapaknya melayubapaknya orang kepala batas
fasih obama bercakap melayu
lebih fasih dari mahathir
tetapi pergi ke gereja setiap ahad
melaung-laungkan reformasi
mahu mengubah suasana
dengan meritokrasi dan keadilan
apakah beliau menjadi rakan RPK
bercuti panjang di kemunting
demi keselamatan negarasebelum dianggap terorisuntuk dihantar ke guantanamo bay
kalau obama itu bapaknya melayubapaknya orang kepala batas
kemudian obama jadi presiden amerika
apakah umat melayu bersatu menjerit
ameno paling gempita berteriak
inilah produk ketuanan melayu
yang mengisi sebuah mimpi
bukan mustahil lagi
anak pendatang boleh menghuni
rumah putih yang suci
walau istana seri perdana
tertutup untuk bukan melayu
dan melayu murtad!

Fudzail
Dubai, UAE

ps : sorry Fudzail , aku ambil tanpa kebenaran.

Saturday, November 8, 2008

BERKEMUTANLAH KEJUTANNYA

MINGGU KEJUTAN BERKEMUT2AN

Khianat dan tamak membikin kentutan tak sama.Berleret-leret keciciran prêt-pet-pet.Lubang jadi tak lawas.Gitulah kita lihat kepelbagaian insiden yang berlaku.Kekadang rasa juga tak menentu.Padahal seperti yang semua tau,semua itu ketentuan Allah.Orang cerdek pandai cukup bimbang berkhianat dan bertamak.Tak payah tunggu lama,balasan Allah akan tiba bila sampai masanya.Pabila sampai ketikanya.Qadar dan Qado’ Allah .Jadi tak payah kita bimbang ,tak payah kita susah-hati,kerana semuanya ada masanyaMasa itu tepat.Seperti tepatnya perjalanan bulan dan matahari dan seluruh bintang dan seluruh cakerawala.Hayat ada masanya.Hidup mati ada masanya.Balasan akan tiba bila sampai masanya.Kekadang masanya tiba lebih awal.Kalau tidak masanya akan ditentukan diakhirat.Tak boleh lari juga.Jangan rasa selesa wahai yang berjaya mengkhianat dan bertamak-tamak.

Dalam larian hidup minggu ini ada kejutan2 yang boleh kita ambil iktibar.Obama membuat kejutan ke setiap penjuru alam.Kita perlu ingat Amerika tetap juga Amerika.Aku tak mengharapkan sangat,tapi itulah kita kena juga tunggu ketentuan Allah.

Raja Putera juga turut membuat kejutan.RPK dibebaskan dari tahanan ISA.Mahkamah kata tahanannya di bawah Isa itu illegal.Kini masih ada 65 lagi tahanan.Apakah tahanan mereka itu legal ? Obama kata ‘the time for change is here’.Hanya masa menentukan bilakah ‘time’nya dan dimanakah ‘change’nya.

Kuman dan virus dalam umno juga cukup ketara.Rasuah politik melarat ke segenap cawangan dan bahagian.Rasuah tetap rasuah.Dosa juga tetap dosa.Nabi saw juga telah memberi pesanan.Tapi depa tak takut.Tunggulah masanya ,ketentuan akan datang.Why take time to change ?

Razak Baginda dibebaskan . Sapa pula yang membunuh Altantuya ? Tak dak sapa boleh hidup lega.Lepas ni RPK akan kerosek lagi.Bakal pi em dan big mem tak boleh selesa walaupun dah dapat undi terbanyak dan tak dak sapa yang boleh challengenya.Ketentuan Allah akan membongkar segala rahsia yang selama ini terselindung.

Kes liwat Anwar pula kekal di mahkamah sesyen.Sijil yang ditandatangani Gani Patail jadi tak sah.Itulah ketentuan Allah.Kerana beliau juga sedang disiasat BPR.

VC Universiti Malaya ditamatkan kontraknya.Rafiah berkata kesan pimpinannya akan dapat dilihat dalam masa 2 tahun lagi.Nasi dah setengah masak , biarlah ia masak.Baru tau nasi itu hangit atau tidak.Tapi itulah kentetuan Allah.

Abby dan Norman Hakim turut membuat kejutan di lokasi penggambaran filem.Yang real bertambah real.Rumahtangga boleh berkecai kalau kurang sabar.Pokok pangkalnya semua di tangan Allah.Manusia akan mengutip hasilnya dari sifat kegelojohan dan sifat kemurnian rohnya.

Semuanya menunggu masa.

Friday, November 7, 2008

RM 10.6 JUTA BAYAR 6 HAKIM.

RM 10.6 JUTA BAYAR 6 HAKIM

Aku baru balik makan kenduri baca Yassin di umah Ismail.Banyak kekawan baru aku kenal.Ada dari Kelantan , ada dari Terangganu kite . Semua kekawan Ismail di tempat kerja nya IKM. Yang lain2 tu jiran2nya. Selepas makan aku dijamu dengan tapai specially ordered dari Kelantan. Aku balon terbahak-bahak. Memang aku gemar sangat makan tapai.

Banyak kami berbual lepas makan.Macam2 topik.Dari yang kecil2,sederhana dan besar2. Yang besar2 tu modalnya pun besar.Berjuta2 banyaknya.Yaitu bayaran gratuity 10.6 juta ringgit pada 6 orang hakim.Orang kerdil macam kami duit itu cukup besar.Kalau kami hidup balik dengan duit tu pun tak akan habis.Kami pun tak termimpi nak memperolehinya.Haram habok tak dapat.Biar pun bekerja dan berpelohkan darah.

Bila pikiaq pasai kes Salleh Abas aku teringat pada Almarhum Datuk Mufti Ishak Baharom.Dia juga diberhentikan tugasnya kerana mendakwa kes pertandingan ratu cantik.Tak dak sesapa kah yang ada autoroti untuk juga memperjuangkan bayaran kepada Almarhum.Dia juga ada maruah diri.Dan kita juga perlu mempertahankan harga dirinya.Dan harga kedaulatan hukum agama.Harap ada orang berwibawa cuba mencari jalan mempertahankan maruah diri Almarhom.

Aku cukup bimbang kalau2 kita didakwa Allah di Masyhar kerana memeperlekehkan jiwa insan yang mendukung cita2 memertabatkan hukum Allah .

Alfatihah….untuk Datuk Ishak Baharom.

99 NAMA ALLAH

99 NAMA ALLAH DAN HURAIANNYA

Hadis :Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga."(Muslim)

Huraian :Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Quran adalah sebagai berikut:

"Sesungguhnya orang-orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya." (al-Anfal.:2)

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya."(al-Ahzaab:41).

"...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzaab:35).

Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam golongan orang-orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.

Thursday, November 6, 2008

OBAMA FROM JAKARTA

Jakarta celebrates the Menteng Kid’s victory
The Jakarta Post , Jakarta Thu, 11/06/2008 7:56 AM

Jakarta shared the anxiety and the joy of the U.S presidential election won by new Indonesian darling Barack Hussein Obama on Wednesday.
It was a special day for students of Obama’s former school SDN Menteng 01, Central Jakarta, who gathered at the school’s hall to watch the final results pour in. Several pictures of Obama during his school years there were prominently displayed.
A 15-minute silence has been held here every day since Monday to allow the students to pray for Obama’s victory.
“Every day we have something different to pray for, but since Monday we have prayed for him,” said principal Kuwadiyanto.
Obama, or Barry as he was affectionately called during his time in Indonesia, enrolled in the school — then named SD Besuki — as a third-grader in 1968. He previously attended the Fransiskus Asisi Catholic School, also in Central Jakarta.
Obama’s historic election as the next U.S. president was a dream come true for his supporters in Indonesia.
“I think it’s good motivation for the children to study hard and set their dreams high,” Kuwadiyanto said.
Israella Dharmawan, Barry’s former teacher at Fransiskus Asisi and an avid follower of the U.S. election, said she was proud and touched by Barry’s win.
“I hope to see him become a good president and keep his campaign promises,” she said, adding he was good, cheerful and easygoing as a young boy.
“I remember he once wrote two stories titled ‘My mother, my idol’ and ‘I want to be a president’,” she said.
Obama’s former classmates at SDN Menteng 01 also recalled the times they spent at Café Pisa, Menteng, with the now U.S. president-elect.
Obama moved to Indonesia at the age of six with his mother Ann Dunham and his Indonesian stepfather Lolo Soetoro. He lived in Jakarta from 1967 to 1971.
In the rest of the capital, Jakartans cheered the election of Anak Menteng (the Menteng Kid) as America’s first black president.
“Though I am not an American, I am very happy to hear that a child who studied in Menteng will be the next U.S. president,” Sugiyono, a taxi driver, said after hearing radio reports of Obama’s win.
The U.S. Embassy and USINDO organized a U.S. Election Day event at the InterContinental Hotel’s Grand Ballroom. Most of the guests were non-Americans.
“It’s no longer a U.S. election,” one guest said. “It looks like an international election. People all over the world are eagerly awaiting the outcome of the election.”

Wednesday, November 5, 2008

BILA LEMBIK , TERKULAI-KULAI LAH IANYA

RAKYAT TERINIANYA , TAMAKNYA YANG BERKUASA

Aku mulai celoteh ku dengan permohonan Allah melindongi ku dari syaitan yang di rejam.Allah bukan saja memanjangkan umur Tun Mahathir tapi umurku juga turut meningkat, sekaligus dapat tengok apa2 yang terjadi dan ditentukanNya.Sebelum merdeka dah aku dapat rasainya.Sebagai anak sekolah dapat ku rasai kemudahan yang penjajah berikan padaku.Aku boleh menguasai bahasa penjajah.Aku dapat rasai kemudahan biasiswa.Aku dapat rasai tunjuk-ajar dari guru2 lepasan universiti di India.Juga guru2 lulusan latihan Kirkby dan Brinsfordlodge.Guru2 normal-trained dan SITC dan TUOS sama2 turut dedicated dan kommited.Sehingga aku juga teringin nak jadi cikgu.Ibuku yang nak sangat2 aku jadi cikgu.Allah makbul doanya.Dan aku berpeluang menjadi guru di tiga buah sekolah aliran Inggeris.

Di masa mengisi kemerdekaan aku turut mengajar di sekolah aliran kebangsaan.Ada kelainan sikit.Politik kita yang kurang masak mengerohkan alam pendidikan.Ubah sana ,ubah sini.Kekadang macam tikus membaiki labu.Kekadang yang tak perlu diubah pun di kerosek juga.Punah jadinya.Guru2 jadi mangsa,dan anak murid juga jadi mangsa.Yang paling menyayatkan hati ialah tulisan jawi termusnah.Dalam masa yang hamper,bilangan buta jawi meningkat,sekaligus buta Al-quran.Dua kaligusnya suratkhabar jawi utusan melayu,turut layu dan terus berkubur.Sapa yang bertanggung jawab ? Tak dak sapa nak mengaku.

Bila Bahasa Melayu dinobatkan bahasa rasmi seluruh rakyat gegak-gempita syoknya.Semua matapelajaran diterjemah ke bahasa melayu.Boleh buka Universiti Kebangsaan.Beribu2 anak Melayu boleh jadi enjineer,doktor dan sebagainya dengan mengaji dalam bahasa melayu.Akhir ni matematik dan sains pula diajar dalam bahasa inggeris.Momentum anak2 melayu sekali lagi layu.Kecundang di tengah jalan.Hanya yang krim berjaya.Yang average nampak sukar.

Kerana terlalu kerap mengubah dasar,duit pun habis,masa pun langsai melulu,yang jadi giunepigs budak2 sekolah.Guru2 menerima tekanan.Tak dah chan nak jadi kommited dan dedicated.Mengapa tidak kita semaikan benih2 Kirkby/Brindsford/Sitc/Mwtc ? Sejauh mana nak lihat rakyat terinianya.Yang berkuasa pula jangan terlalu tamakkan kuasa dan harta dan pangkat.Biarlah yang pandai tentang pendidikan membuat perubahan.Jangan ikut tiupan politik.Tak semua orang politik tau selok-belok pendidikanBiar tamakkan berbini empat tak pa.Kerana yang berbini empat tu kerana menunai tuntutan nafsu, mereka akan alami mati pucuk.Terkulai-kulai dan lembiklah jasadnya.



DOSA DIPERJODOHKAN & RASUAH DIPINANG

DOSA DIPERJODOHKAN , RASUAH DIPINANG

Akhir2 ini orang dah tak gentar dengan rasuah.Depa tak takut akan dosa.Dan ada yang cuba nak duga undang2 Allah.Tak ambik hairan langsung.Macam tak akan mati.Dan macam tak dak hari akhirat.Gitulah gelagat kekita-kitaan yang ujud dalam alam Malaysia kini.Alam yang lain pun lebih terok lagi.Dan kita pun menuju keterokan itu.

Di kekinian ini umno sedang ghairah membuat pemilihan pemimpin..Secara terang2an mereka mengujudkan institusi rasuah.Di sana-sini bercakap pasai duit dan habuan2 yang lain.Dari peringkat cawangan hingga ke kebangsaan.Dan mereka juga mendedahkan rasuah politik ni.Kalau kawasan utara ni di masa lampau ada yang dibawa melancung ke Phuket . Di sana ,sambil melancung boleh juga melacur.Bukankah Phuket terkenal dengan maksiat lacur ? Boleh buat 2 dosa besar.Yang buat tu mereka tak takut.Lebih baik bertaubat sebelum sampai ke masyhar .

Ikut Tun M , perwakilan boleh dapat RM 20 ribu hingga RM 50 ribu. Sudah tentu kita percaya kerana Tun bekas ketua depa.Dan Ku Li pula mendedahkan bahawa sesetengah bahagian meminta dari RM 1 juta hngga ke RM 2 juta.Kita juga percaya Ku Li,kerana dah berapa kali dok bertanding,tak pernah menang.Dia baru dapat satu percalonan.Kalau nak menang dah tentu ratusan juta yang perlu habis.Kalau ada duit banyak tu,lebih baik cari pahala cara yang Allah perkenan.Ngapa habis duit buat dosa.Itu kerja bodoh namanya.Tok sah lah berjodoh dengan dosa dan janganlah cuba nak pinangkan rasuah.

Pak Lah bertekad sangat nak memerangi rasuah.Tapi pi mai , pa mai ,dok tang tu juga.Beban tanggungjawabnya di akhirat cukup berat.Lepas ni Najid pula akan gendong bewak hidup.

Monday, November 3, 2008

FIVE FOODS TO LOWER CHOLESTEROL

5 FOODS TO LOWER CHOLESTEROL

1. APPLES: A study was conducted in Finland to determine whether or not eating apples can lower cholesterol. The results of this study determined that eating three apples a day for three months can help you drop your cholesterol level by twenty points. This is a result of apple's high amount of pectin, which is a source of dietary fiber that will draw LDL out of your system. Also, quercetin, an antioxidant, helps to inhibit the amount of LDL in the bloodstream. As autumn is a time for apples, be sure to take advantage of all of the tasty varieties that the season offers.


2. SPINACH: Spinach, along with other green leafy vegetables, contains a carotenoid known as lutein. Lutein has been associated with the prevented buildup of cholesterol in the blood. With a little help from one or two helpings of fresh spinach, you'll be on your way to low cholesterol levels in no time!


3. OATS: There are few things as satisfying as a warm bowl of oatmeal in the morning. Whole grain oats, like whole wheat, are a high-fiber grain. While whole wheat is helpful in lowering cholesterol, oats contain more soluble fiber and therefore are more likely to reduce the levels of LDL cholesterol in your system. When eating foods containing oats, however, be sure to always eat whole grain oats, because the oats found in processed foods like granola bars often don't contain soluble fiber.


4. HOMEMADE ORANGE MARMALADE: Who would guess that this delicious fruity spread would also be good for lowering LDL cholesterol? Orange marmalade includes orange rind - which contains compounds known as polymethoxylated flavones (PMFs). PMFs are found in the pigment of orange peel and are responsible for cholesterol-lowering actions, yet don't reduce the level of good cholesterol. You can use orange rind in your cooking, as well.


5. GREEN TEA: Green tea is beneficial for many conditions and ailments, and high levels of LDL cholesterol is no exception. Drink one cup of green tea daily and you may find that your high LDL cholesterol levels will say their final farewell.Lowering your cholesterol starts with the foods you eat - and the foods you choose not to eat.

Be sure to eat plenty of fruits, vegetables, and whole grains. Eating the right foods can help you on the way to a long, healthy life. As always, talk to your physician before beginning a new health regime.

NOSTALGIA : RANJAU SEPANJANG JALAN

NOVEL RSJ TERNGIANG-NGIANG

Dah dekat 50 tahun RSJ di pasaran,dan baru2 ini dicetak semula sebagai novel nostalgia.Dulu beribu2 membacanya kerana ia teks wajib sastera.Banyak juga yang bolos masuk universiti kerana membacanya.Juga depa memahaminya.Dan depa lulus universiti,dan bila jadi pegawai2 besar depa boleh menghayati begitu susahnya orang susah.Begitu miskinnya orang miskin.Depa jadi pegawai yang perihatin.Didikan RSJ menyuburkan bumi yang baru merdeka.Bung2 besar tidaklah sombong.Tidak penting diri.Tak amalkan rasuah.Semuanya kerana RSJ memahatkan rasa rendah diri.Memujuk untuk bertanggungjawab.Membimbing kesejahteraan penduduk.Depa taklah kelam-kabut.Mereka tak ego.Mereka nak berkhidmat untuk bangsa,agama dan Negara.

Begitulah berkesannya didikan sastera.Memupuk minda dan budaya supaya berperihatin.Watak utama Lahuma dan Jeha mewakili penduduk miskin di Negara yang baru merdeka.Dari titik peluh mereka,terhasil makanan utama pada semua rakyat.Yang sesama miskin makannya.Yang berada dan kaya juga makannya.Dan mereka sedar yang mereka makan bukan nasi,tapi mereka makan peluh Lahuma dan Jeha.Sedarlah semua mereka bahawa jangan besar diri kerana suapan harian mereka ialah hasil dari peluh pak tani yang miskin.Tanpa mereka seluruh massa tak dapat merasai kekenyangan.Justeru mereka boleh berak,kencing dan kentut .Percikan peluh pak tani membikin masyarakat banyak kekenyangan.Berbelahak puas dan perut sendat dengan nasi berlauk serba mak-nenek.Ada keli,haruan,sepat.Dan yang paling sedap ialah belut .Mereka hargai makanan rakyat.Mereka hargai jasa rakyat.Mereka hargai titik peluh rakyat.Mereka hargai lambang Lahuma .Mereka hargai watak Jeha .Mereka simpati dengan anak2 Lahuma/Jeha.

Tiba2 Lahuma sakit busung.Semua pikiaq nak selamatkan Luhama .Tiba2 Lahuma mati.Tak boleh diselamatkan,kerana ajal.Tiba2 Jeha jadi gila.Semua pikiaq nak sembohkan Jeha .Jeha diselamatkan di Tanjung Rambutan .Tiba2 semua anak2 Jeha jadi anak yatim.Tiba2 mereka makin susah.Tiba2 suasana keluarga kucar-kacir.Tiba2 negara yang baru merdeka turut merasa masaalah2 yang akan menimpa mereka.Mereka pikiaq nak menyelamatkan anak2 yatim .Mereka tak pikiaq nak bina banglo besar.Mereka tak pikiaq nak tukar Mercedes baru.Mereka tak pikiaq nak adakan temasya2 yang besar2.Mereka tak goblok.Mereka tak haprak.Perkataan haprak pun mereka tak mau sebut.Perkataan busuk biar jangan keluar kat mulut.Cukup sejahtera.Cukup aman.Cukup segala seri2 hidup.Tidak ada kecelakaan.Semua senang berkentut,berberak dan berkencing.

Kini RSJ terngiang2 di celuping telinga.Hingar bingar berpuing2 bergelimpangan kesetiap penjuru ,ke setiap carok,kesetiap becah,ke setiap arah 8 mata-angin.Ke seluruh dunia srengenge.Dengungnya dibawa lari angin ke sana-sini ,ke merata. Desas-desusnya berkecamok pecah berderai-derai…….RSJ sini…….RSJ sana,kemudian terus ke sini.Alam gelap zulumat .Tiada berbintang,tiada kerdipan.Yang ada cuma busuk dan hanyir.Hanyir taik,busuk taik.Hilang entah segala kewangian.Rosak habis segala keharuman.Lubang hidung jadi kembung-kempis.Lubang ajaib hilang fungsinya berkemut-kemut.Yang lazat terhalang dan hilang.Yang ada racun di serata-rata penjuru.Berak jadi racun.Kencing jadi racun.Kentut pun jadi racun.

Thank you Pak Shahnon…you did it……but now there are more SHIT. Biarkan mereka terjun bersama ‘luncai’ demo …..let it be.
Moga sihat bersama Chu Wan.

Banggol Derdap jadi sepi.Sidik dah mati.Jusoh dah mati.Jenab dah mati.Hindon pu dah tiada lagi.Yang lain2 pun semua dah pergi.Yang masih dok tongkat langit cuma Haji Hamad.Aku pun tak berani gerenti.Bila2 jam boleh pi.Srengenge tetap terseregam hudoh macam hantu.Tetap gagah.Tetap perkasa.Sekali-sekala bunyi sahutan gagak di rimba.Rimau kumbang dan rimau akar jarang ku temui.Mereka semua merindui Lahuma.Begitu juga Jeha,janda beranak tujuh.Semuanya dah jadi mullah.Mullah Lahuma.Mullah Jeha.Mullah anak2 mereka.

Tinggallah sepi sesepi-sepinya.Angin tidak lagi membawa hembusannya.Bunyi percikan air pun hilang entah ke mana.Hening dan dingin.

Sunday, November 2, 2008

PASAI APA TAK MAU JADI HAMBA ALLAH ???

AL-QURAN : TEMPAT TERTINGGI……..pasai apa tak mau jadi hamba Allah


Zaman aku kecik2 dulu ustaz cukup marah walaupun meletakkan pensel di atas Al-quran.Di rumah , Pak dan mak pula meletakkan Al-quran di atas alang.Di lantai jauh sekali nak letak Al-quran.Bila nak membaca ada rehalnya ataupun bantal khas sebagai alas .Begitu sekali hormatnya masyarakat dulu meletak taraf Al-quran.Sekarang ni Al-quran bukan saja nak dihormati,tapi memperleceh tu ada.Walaupun dah banyak cerdik-pandai agama.Kita tak sensitive langsung.Seolah2 Allah tu tak ada.Kita ketepi segala suruhanNya.Seolah2 kita lebih pintar dari Allah.Tahap mana kita letak Al-quran dalam hidup terkini ? Dah banyak pandai membaca.Dah banyak pandai bertajwid.Dah banyak pandai bertaranum.Dah banyak2 siri2 agama di TV.Apakah sudah kita laksanakan seperti kehendak Al-quran?

Selepas merdeka lebih dari 50 tahun Al-quran masih tak dapat diketengahkan.Lord Reid terletak lebih tinggi dari Al-quran.Pensel pun pernah aku dimarahi kerana letak atas Al-quran.Apakah kita tak marah hukum Al-quran lebih rendah dari undang2 Lord Reid ? Tahap mana kita memperhambakan diri pada Allah ?Tak takutkah pada syirik ? Dah lebih dari 50 tahun kita bercerai dengan british , kita bercerai talak tiga.Dan orang yang kita buat agreement bercerai dulu pun semua dah mati dan ada yang mampuih.Tapi kita dok heret juga undang2nya.Ada berapa ekor orang putih yang tinggal di sini ? Yang banyak cuma orang Melayu.Cina,India dan suku2 kita di Sabah dan Serawak.Kalau nak ikut kesesuaian,lebih baik guna undang2 negeri China kerana ramainya warga Cina dan mereka pula ramai yang jutawan2 dan kaya2.Mengapa guna orang putih ? Tak sesuai dengan orang Melayu.Tak sesuai untuk orang Cina.Tak sesuai untuk orang India ,lebih2 lagi depa lebih gelap dari segi warna kulit.Tak ‘mentedong’ langsung.

Komunis,sosialis,kapitalis,materialis dan segala isme2 yang lain semuanya dah menegakkan negara dengan idealogi masing2.Komunis dengan undang2 komunis. Sosialis dengan undang2 sosialisnya.Dan sebagainya.Apakah kita orang Islam dok tertegak membisu.Tak mau mengamalkan undang2 Allah ? ….jangan jadi bodoh….jangan jadi haprak.

Agama rasmi negara itu Islam , sesuailah sangat Al-quran ditempatkan yang tertinggi.Bukankah Al-quran tu untuk semua manusia.Al-quran dari Allah , dan manusia pula makhluk Allah.


Allah telah menurunkan Al-quran sebagai petunjuk dan untuk dipatuhi segala hukum yang telah dinyatakan di-dalam-Nya .. bukan hanya untuk dibaca ..untuk bertajwid saja…atau bertaranum saja…. tetapi untuk diamalkan di-dalam kehidupan……ni dok syok bertajwid dan bertaranum saja.Macam orang dok nyanyi Hindustan,apa makna pun tak tau….haprak sungguh. . ..Segala hukum telah dinyatakan oleh Allah ..cukup jelas dan terang , sebaliknya kita telah menggunakan hukum yang lain .. Allahu rabbi .. dengan menyatakan hukum Allah tidak sesuai untuk digunapakai di zaman moden .. hukum lama .. dan bermacam-2 lagi alasan .. bertaubatlah selagi Allah memberi peluang .. :::astaqfirullah.


TOLONGLAH PIKIAQ SEJENAK…….it is better a nobody now but a somebody hereafter.

WALLAHUA’LAM

REZEKI LANGIT BERCAMBAH LAGI

REZEKI LANGIT,REZEKI BUMI

Dalam post aku yang lalu dah ada ku sentuh tentang kedua jenis rekezi ini.Rezeki bumi juga bermula dari langit.Kalau tidak bumi akan jadi bola batu.Sumber utamanya ialah hujan dan cahaya matahari.Orang mengaji sains dah maklum semuanya.Tanpa keduanya tak ada kehidupun di bumi ini.Tidak ada kekayaan dan manusia juga tak akan dihantar Allah ke bumi.Dalam Al-quran menyebutkan hanya manusia yang hidup di bumi.Manusia tak dak di planet2 lain.Tok sah dok kaji manusia di planet lain. Sia-sia saja.Habis duit saja.Bukan kah Al-quran tu lebih bijak dari manusia ? Di dalamnya semua ada.Kaji al-quran.There are many things you can find.Everything.Kena pandai bahasa Al-quran.Kalau tak mau Al-quran,mau cari ikut kepala hotak,berjumpalah shit.

Rezeki bumi pun belum habis kita gali . Masih banyak yang belum diterokai.Masih banyak lagi yang tak dikitar semula.Sumber air yang meliputi tiga suku bumi belum dapat diubah ke kuasa tenaga yang hebat.Ia adalah bahan bakar yang murah.Kawan ku kata macammana air boleh membakar.Mengapa tidak kerana air ialah komponen haidrogen dan oksigen. Kita boleh ekstrak kedua2nya sebagai bahan bakar.Boleh guna untuk industeri ,boleh guna untuk otomobil kita.Kita dah Berjaya membuat turbine,mengubahnya menjadi tenaga letrik

Mengapa dok kalut,minyak mahal,ataupun stok minyak hanya mengcukupi sehingga tahun 2020 saja.Bila tiba masanya dunia akan berebut air laut pula.Berperang di sana sini.Di masa itu Allah akan hentikan makanan laut.Kerana peperangan , hidupan laut akan pupus.Manusia kurang berterimakasih. Bala akan menimpa manusia , kerana haloba .

Di langit lebih banyak lagi rezekinya.Bermacam2 gas dan bermacam2 batu,meteor dan sinaran2 yang kita boleh kaji untuk mendapatkanya dan mungkin boleh dijadikan berbagai2 bahan yang membantu kehidupan manusia.Batu dari meteor boleh diekstrak uriniam untuk membuat tenaga nukliar .Selalunya orang takut nukliar kerana yang mereka tau hanya untuk buat bom.Walhal ada banyak kegunaannya untuk kita.Dan memberi banyak kesenangan pada seluruh alam.

Tapi bila manusia jadi senang dan kaya,mereka lebih mudah lupakan Allah.Seluruh dunia jadi pasik….nauzubillah.Hanya golongan miskin yang patuh .Orang kaya yang bertakwa adalah lebih baik.Ingatilah Allah siang dan malam.Semuga berjaya dunia dan akhirat.Ingat Allah masa senang dan masa susah.Kesenangan dan kesusahan semuanya dariNya.Bersyukurlah dan bersabarlah.Insyaallah selamat di akhirat….wallahua’lam.