Sunday, November 23, 2008

ADUHAI-ADUHAI : MALANGNYA NASIB MU ( BAHAGIAN 11 )

ADUHAI MALANGNYA NASIB MU…(BAHAGIAN 11 )


Hanya nabi2 yang maksum , wali2Nya juga terpilihara dari segala yang mungkar.Manusia biasa macam aku semuanya tak dapat lari dari membuat kesalahan.Kita semua ada membaut salah,tapi payah nak mengaku.Nak tegak juga benang yang basah.Tambah lagi satu dosa,berbohong.Begitulah beraninya manusia akhir zaman ni.Dilihat,orang politiklah yang banyak terlibat.Setiap hari hang tuduh aku,aku tuduh hang.Seterusnya aku menafi dan hang pun menafi.Jadi sapa yang benar dan sapa yang salah.Masing2 pakat kelentong.Rakyat jadi pemerhati juga turut menerima saham.Kerana ada yang menyokong dan membangkang.Seekor kerbau membawa lumpur,habis semua terpalit.Jadi bangsat.Ketua bangsat,pengikut pun bangsat.Jarang ambil pedoman dari Al-quran dan Hadis.Yang dok beria2 nak cari pedoman pun turut menggelencong.Terperok di perdu dosa.Cakap tak serupa bikin.Kalau ekor bergelumang tahi,janganlah kokok berderai2.Mai kita ambil pedoman dari sejarah dulu2.

Ataturk dalam sejarahnya banyak membuat dosa.Dalam bahagian 1 dulu,aku dah catat beberapa siksa yang dia kena tanggung semasa masih lagi bernyawa. Jom kita lihat apakah dosa yang dia lakukan.


Dosa Mustafa KAmal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Mintak Allah jauhi kita dari menjadi munafik.Pintak Allah cintakan diri kita semua.Pohon restuNya mencurahkan Taufik dan HidayahNya.Jauhilah kita dari syaitan jenis manusia dan jenis jin.Berikan pada kita rohani dan jasmani yang unggul……ameeen.

2 comments:

Leenoh said...

Sampai lani pun puak Kamal Ataturk dok jadi tembok penghalang perkembangan Islam. Tapi depa dok kata depa Islam jugak.

Lani Michael.Jackson pula memeluk Islam, tukar nama kepada Mikaeel Jackson, begitulah beritanya, ejaan nama dia saya tidak berapa pasti. Apa pun kita bersyukur kerana umat Islam tambah lagi seorang, bukan calang-calang orang pulak tu. Dalam hal ini kita kena usaha dan doa, insya Allah suatu hari berjaya.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Depa ni haprak sungguh.Geng atartuk.

Hidayah dari Allah tak dapat manusia nak pikiaq.Hari ni M.Jackson.Mungkin esok Bush pula.

Aku doakan semoga Allah curahkan taufik dan hidayahNya ke seluruh alam.

Nak masuk neraka senang,nak masuk surga susah.

wassalam.