Saturday, November 15, 2008

LUBOK KOREK DUIT

LUBOK KOREK DUIT

Ini ‘korek’.Bukan ‘correct,correct,correct’ dalam video Linggam tu.Bunyinya sama.Maknanya berlainan.Dan ceritanya juga tak sama.Ini pasai duit.Bukan pasai naik pangkat .Zaman pemilihan ni ,zaman kumpoi duit.Orang la tak kira duit tu haram ke halai ke.Semuanya di sapu.Tak takut peringatan Allah.Politik wang tu sama dengan rasuah,yang sangat dimurkai Allah.Rasuah boleh rosak segalanya.Kepimpinan akan rosak.Etika akan rosak.Rakyat akan rosak.Agama akan cedera.dan last sekali negara akan hancur.Setuju sangat dengan Tun M , supaya pengamal rasuah dibubuh ISA.Tapi aku tak setuju dengan ISA.Jadi tok sah lah.

Media tulislah apa saja tentang politik wang ni.Tun M pun dok canang tentang bahayanya.Banyak lagi yang dok hurai tentang bahayanya.Ku Li , gurkha ameno terkilan kerana ada bahagian2 minta sampai RM 2 juta .Mufti2 pun buat teguran yang sama.Tapi setakat ni memang tak memberi kesan.Macam tak apa2 pun.Tak sensitif langsung , mungkin kesedaran agama dah hilang .BPR pun tak bersungguh ,Pak Lah pun cakap saja .Agama tak memberi makna langsung.Boleh rogol.Boleh raba2.Boleh buka aurat.Boleh buat ikut suka hati.Boleh mampuih.Tak komited dan tak dak dedikasi . Semua nak glamour dan berlagak saja. Macam hero @ heroin bollywood..Living in the wood ,like Robin Hood.Robin Hood lebih baik , kerana tolong orang susah.Orang Utan lebih baik , kerana binatang kesayangan.

Bila politik wang diamalkan,akhirnya kepala perompak akan jadi kepala negeri.Kerana politik wang bermakna :” kalau bagi salah , kalau tak bagi kalah “. Budaya yang hidup nanti ialah budaya negative.Sundal politik wang ialah lubok korek duit.Duit dijanjikan kepada ahli2nya,maka berenanglah segala perompak dan lanun . Awat mazhab hadhari tak cuba sekat gejala ni.Kokoknya berderai2 , ekor berlumuran taik .Kesan makan duit rasuah bukan saja berdosa implikasinya banyak .Dengungan kentutan berirama tinggi boleh memekakkan lagi telinga,hancingan kencingnya boleh dapat jangkitan gila babi, dan hanyiran berakan boleh membocorkan lagi lapisan ozone.

Insaflah sebelum terlambat.Bangsa akan mampuih.Negara akan tergadai.Duit yang dikorek habis menjadi dosa.Nerakalah kesudahannya………..nauzubillah.
Wahai ameno , masih derhakakah ?

No comments: