Wednesday, November 19, 2008

KEMANA LA HAI PERGINYA

KEMANA LA HAI PERGINYA


Lepas satu,satu.Pi-mai,pi-mai.Non-stop.Isu pertama belum reda,mai pula isu kedua,ketiga,keempat.Tersumbat dalam telinga.Gatai telinga kiri.Gatai telinga kanan.Colek dengan jari kelingking. Rasa syok tak terkira bila gerudi lubang telinga.Mata pejam celek,pejam celek.Hidong kembang-kempis.Rasa geli geleman menyedapkan rasa.

Orang pun rioh-rendah beri ulasan .Ulasan demi ulasan.Macam2 yang timbul.Asal satu jadi sepuluh.Asal sepuluh melipat ganda.Jadi banyak .Jadi berbagai.Bising seluruh kampong.Bising seluruh negeri.Bising satu negara.Habeh dok heboh2 , lepas tu hilang entah ke mana.Tak dengar khabar langsung.Berkubur la agaknya.Yang dok ghairah berkata pun tak cakap lagi.Bermimpi2an pun tak dak.

Bila Rais kata orang melayu jangan jadi macam ayam dalam sangkar,aku boleh tafsir berbagai2.Boleh samakan dengan katak dibawah tempurung.Katak rioh-rendah musim hujan turun.Kita pun bila ada satu2 isu jadi macam katak juga.Masing2 rioh.Dulu rioh pasai malaria.Klimaks nya buat effigy nyamok tirok,panggil menteri resmi.Lepas tu bakar,tepok tangan dan nyanyi lagu tirok ,maka tammatlah demam malaria.Dulu pun nyamok aedes dah terima akibat yang sama.Tapi aedes masih membiak.Bukan senang nak berperang dengan tentera Allah.Aedes dan tirok tak berhasil dibasmikan.

Baru2 ni semasa pilihanraya PP44,Mach 8 , gamat juga kita.Dengan isu saifool.Dengan isu juboq .Dengan isu sumpah.Dengan isu Bala.Dengan isu Imam Jurami ( semasa angkat sumpah juboq saifool ) disamping isu-isu kempen yang lain termasuk cerita2 altantuya..Dah lapan bulan habeh senyap sepi.Tak timbul-timbul , cuma kes altantuya belum habeh bicara .Dengar kata kes ni akan dibawa ke mahkamah antarabangsa oleh kerajaan Monggolia..Kemana la perginya saifool ?.Apa hal dengan sumpahnya dengan juboqnya .Aku gelak terbahak2 bila orang bercakap pasai saifool dah mengandong.Pelik punya cerita.Mampuih aku nak percaya ..Dah termakankah dengan sumpah.Bala pun dah balik atau belum.Kata pi luar negeri.Dapat duit banyak,boleh melancong.Tok imam pun bagaimana ceritanya.Dah dipecat dari ameno dan dipecat jawatan imamnya…..semua hilang lenyap.Tak dak berita.Tumpas lampus .

Cakap2 tentang isu2 dulu tu tak ada keputusan.Sampai la aku dok tunggu..Depa cuma buat heboh masa pilihanraya.Kemana la hai perginya saifool,altantuya dah tentu dah mati.Bala tak nampak hidong walaupun di sianghari.Tok Imam sumpah mana pi nya.Dok kerja kat mana kerana kata nak di pecat.Kalau tak jadi imam , dah tentu jadi makmum.

Aku blogger tak kemana.Tetap di srengenge.Kerja nak tuleh saja.Ngapa tak jadi blogger ? You just write and write and be dumbed.Tak payah guna air lioq.Cuma bergedik-gedik dengan jejari. Bloggers berada dalam kelompok ‘menyetujui’,’mencadang’,’membangkang’,dan ‘menegur’.Ciri2 manusia ideal.

Good luck,bloggers.Regards from srengenge.

2 comments:

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Pak Cha n Mak Wan, semoga semuanya sihat walafiat dan dapat terus berkhidmat dengan anak-anak yatim.

Bila saya baca yang Pak Cha tulis, penat juga otak memikir...........,

Tapi kata orang kita boleh bohong siapa sahaja tetapi tidak boleh bohong diri sendiri.

Dalam hal ini wallahu aa'lam, saya masih pening, cuma mampu bertdoa agar negara kita menjadi aman dan makmur serta dipimpin oleh orang yang dikasihi Allah supaya kita dapat sama-sama menumpang berkatnya.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

waalaikomsalam,

Terima kasih di atas doa saudara.Baru dapat dirasai hidup ni cukup singkat.Kena cari jalan memanfaatkan sisa2 umur yang masih ada.
Kita tak dak kuasa,
Kita cakap orang tak pakai,
Cuma boleh tuleh kerana benci.
Iman kita nipis dan lemah.

wassalam.