Tuesday, November 18, 2008

TABOq AIR LIOq

TABOq AIR LIOq

Sapa kata cakap tu mudah ? Tak semua orang boleh bercakap walaupun boleh berkata2.Yang payah cakap cuma orang bisu.Tak bisu pun bukan senang nak bercakap.Lebih lagi banyak orang yang jadi pendengar.Ketar kepala lutut jadinya.Apa nak cakap semua tak jadi.Habeh terlupa .Hilang akal.Dagu menggetar.Habeh berpeluh ,lembab kedua biji teloq.

Sebenarnya dok tabor air lioq ni ,kerja cikgu2.Modai cikgu menabur air lioq.Kalau tak pandai taboq air lioq,kerja cikgu jadi sukar.Dulu 30 tahun aku kerja taboq air lioq.Kerja cikgu dulu tak dibantu oleh alat2 canggih macam lani.Semua kena buat sendiri.Dulu over-head projector pun belum ada di sekolah2.Nak operate pun tak dak cikgu yang pandai.Paling senang guna air lioq,lepas tu guna kapor.Conteng2 di papan hitam ( selepas tu baru ada pula papan hijau.) Lani guna whiteboard pula .Nasib baik Allah maha pemurah.Tak pernah kering air lioq kami cikgu2.Dan berkat Illahi, apabila cikgu bercakap,seribu telinga yang mendengar.Kami cikgu2 bersyukur kerana murid2 cukup obedient.Thanks a lot.Ada cikgu kencing berdiri,habeh anak murid kencing berlari.

Cikgu dulu kurang berak,kerana gaji kecik.Sebelum Jepun mai,12 ringgit sebulan.Aku mula kerja elaun cuma 45 ringgit sebulan.Bila jadi gurubesar baru boleh berak banyak sikit.Gaji naik sikit.Guru2 rakyat dulu buat sekolah sendiri.Hebat sungguh depa.Cakap2 depa lah yang boleh memikat beribu2 telinga.La ni cakap pak menteri pun orang tak dengar.Malah membebet mulut saja.Dah hilang daulat.Allah mengangkat mertabat seseorang dari keikhlasan diri.La ni tak ikhlas kerana nawaitu nya fulus.

Orang masih luahkan bahawa cakap memang mudah.Talk is cheap.Kerana banyak talking,talking,talking, kerja tak jadi.We talk a lot.Not only at kedai kopi , in parliament but through the internet.A lot of chit-chat.Dalam salah satu cakap yang ku tertarik ialah cakap pak menteri Rais.Dia cakap orang melayu jangan jadi macam ayam dalam sangkar.Dia dulu juga cikgu macam aku.Guna air lioq .Lepas tu masok politik.guna lagi air lioq.Dia cakap kita macam ayam dalam sangkar.Ayam dulu bebas,ayam la ni stress.Tak bebas.Macam cikgu2 la ni.Banyak yang stress dengan kerja.Cikgu lani tak guna air lioq.Banyak kerja2 sampingan.

Nasihat aku : kalau air lioq diguna dengan bijak , boleh hilang stress.
Aku tak nyesal jadi cikgu,walaupun dulu minat jadi soldadu.Cikgu dan soldadu boleh membahgia rakyat.Soldadu beri keamanan,cikgu beri pengetahuan.Salahguna politik memporak-perandakan rakyat.Habeh jahanam,rosak dan punah.

LEARN WHAT TEACHERS SAY…………..kami dari golongan ‘teachers of yesteryears’……cuba layari ………..http://www.kirkbyites.net/


No comments: