POLITIKING BANYAK SANGAT
Cakap2 politik jenoh sangat dalam masyarakat kita.Aku pun tuleh banyak juga kisah perkotoran berpolitik ni.Rasa macam dah meluat nak tuleh tapi jejari ku dok rasa gatai2 juga nak mengetik.Cuba nak lari masok lorong2 aman tenteram terjadi juga gelecehan masok ke lorong yang jijik tu.Melalui media-massa pun cerita2 tu yang dihidang kepada kita.Jadi macam berharamjadah saja sokmonya.Aku pun bila mula berharamjadah ,jejari2 mula meniti2 di keyboard cukup rancak macam membuat dashing dalam perlumbaan 100 meter.Boleh memecah rekod below 9 seconds.Rekod penuh haramjadah.Kita tau semua itu adalah tipudaya,semua itu adalah propaganda , semua itu adalah putar belit,semua itu adalah kelentongan.Auta di serata segenap seginya,menerajang ke segenap jurusan 16 penjuru mata-angin.Phiuh,phiuh berpuing2 pusing ligat menerajang masok ke setiap lubang telinga.Semuanya membodohkan insan2 setempat yang tak cuba nak mencerdikkan kepala hotak.
Susah nak didik orang jadi cerdik.Ia perlu ada give and take.Macam kawan ku Pak Non tuleh dalam blognya bahawa cara mengaji dulu tak sama dengan ngaji la ni . Dulu cikgu kita macam bapak kita.La ni no way.Cikgu dulu pun anggap anak murid macam anak sendiri.La ni pun no way.Hilang berkat.Dasar pun dah tak berkat , kerana orang yang buat dasar tak buat kontek dengan Allah.Semua guna perasaan dan andai2an yang cuma ada di kepala hotak.Berapa banyak yang cuba bermunajat kepada Allah memohon restu dari segala kerja buat kita.Masing2 menerajang,menerjah,membadek dan memberasakan apa saja yang lalu di minda yang tak kostan.Semua itu dijadikan ukuran tali tape mengikut sukatan yang memang terhad.Tanpa nusroh dari Allah kerja buat kita dah tentu tak sempurna.PimpinanNya adalah penting dalam setiap apa saja kerja buat.Jadi bermula dengan tak di pimpin,mudahlah kita tergeleceh.Mudahlah gagalnya.Mudahlah dapat ruginya.Mudahlah syaitan memesongkan kemurnian hidup.Mudahlah kita tertipu.Mudahlah kita rugi.Bangkrup lah kita sejak di dunia lagi.Muflislah kita di akhirat……nauzubillah.

3 comments:
Polotiking can't stop pak cha.
Politik itu tidak kotor tapi masyarakat yang mengkotorkannya.
Rasul juga berpolitik.
So pak cha, dont stop politiking. What ever, still keep moving as a bloooger.
Thanx for writing!
Betul Pak Cha berpolitik tidak boleh berhenti selagi manusia berada di atas muka bumi. Habil denga qabil pun berpolitik sehingga bercakaran seperti termaklum.
Tetapi dan tetapi.
Kenalah islamkan minda, islamkan mata, telinga, lidah, hati dan seluruhnya,
Masuk tandas pun kenalah Islam, jangan keluar tanpa beristinjak, di mana- mana pun kita berada kenalah Islam, berpolitik ke, berniaga ke dan semuanya, semuanya, semuanya. Jangan hantam kromo sahaja, kalau tidak mampu buat begitu, pergilah cari sebidang tanah ternak lintah atau belut lagi baik.
Maaf ya Pak Cha, hari ini terkasak sikit, kasak tak pa noo asalkan bersih dan suci.
Wassalam.
dalam post aku terdahulu pun aku kata politik Islam perlu.politik sekular ni yang kotor,dikotori oleh budayanya, jadi politaik.
Dok belemoih dengan rasuah pun depa rasa tak berdosa .Bukan kecilnya dosa berasuah ni.
Habeh apa tugasnya islam hadhari depa.Boleh sekat mungkar,boleh makmur yang makruf.Semua dok diam saja.
Post a Comment