Monday, November 3, 2008

NOSTALGIA : RANJAU SEPANJANG JALAN

NOVEL RSJ TERNGIANG-NGIANG

Dah dekat 50 tahun RSJ di pasaran,dan baru2 ini dicetak semula sebagai novel nostalgia.Dulu beribu2 membacanya kerana ia teks wajib sastera.Banyak juga yang bolos masuk universiti kerana membacanya.Juga depa memahaminya.Dan depa lulus universiti,dan bila jadi pegawai2 besar depa boleh menghayati begitu susahnya orang susah.Begitu miskinnya orang miskin.Depa jadi pegawai yang perihatin.Didikan RSJ menyuburkan bumi yang baru merdeka.Bung2 besar tidaklah sombong.Tidak penting diri.Tak amalkan rasuah.Semuanya kerana RSJ memahatkan rasa rendah diri.Memujuk untuk bertanggungjawab.Membimbing kesejahteraan penduduk.Depa taklah kelam-kabut.Mereka tak ego.Mereka nak berkhidmat untuk bangsa,agama dan Negara.

Begitulah berkesannya didikan sastera.Memupuk minda dan budaya supaya berperihatin.Watak utama Lahuma dan Jeha mewakili penduduk miskin di Negara yang baru merdeka.Dari titik peluh mereka,terhasil makanan utama pada semua rakyat.Yang sesama miskin makannya.Yang berada dan kaya juga makannya.Dan mereka sedar yang mereka makan bukan nasi,tapi mereka makan peluh Lahuma dan Jeha.Sedarlah semua mereka bahawa jangan besar diri kerana suapan harian mereka ialah hasil dari peluh pak tani yang miskin.Tanpa mereka seluruh massa tak dapat merasai kekenyangan.Justeru mereka boleh berak,kencing dan kentut .Percikan peluh pak tani membikin masyarakat banyak kekenyangan.Berbelahak puas dan perut sendat dengan nasi berlauk serba mak-nenek.Ada keli,haruan,sepat.Dan yang paling sedap ialah belut .Mereka hargai makanan rakyat.Mereka hargai jasa rakyat.Mereka hargai titik peluh rakyat.Mereka hargai lambang Lahuma .Mereka hargai watak Jeha .Mereka simpati dengan anak2 Lahuma/Jeha.

Tiba2 Lahuma sakit busung.Semua pikiaq nak selamatkan Luhama .Tiba2 Lahuma mati.Tak boleh diselamatkan,kerana ajal.Tiba2 Jeha jadi gila.Semua pikiaq nak sembohkan Jeha .Jeha diselamatkan di Tanjung Rambutan .Tiba2 semua anak2 Jeha jadi anak yatim.Tiba2 mereka makin susah.Tiba2 suasana keluarga kucar-kacir.Tiba2 negara yang baru merdeka turut merasa masaalah2 yang akan menimpa mereka.Mereka pikiaq nak menyelamatkan anak2 yatim .Mereka tak pikiaq nak bina banglo besar.Mereka tak pikiaq nak tukar Mercedes baru.Mereka tak pikiaq nak adakan temasya2 yang besar2.Mereka tak goblok.Mereka tak haprak.Perkataan haprak pun mereka tak mau sebut.Perkataan busuk biar jangan keluar kat mulut.Cukup sejahtera.Cukup aman.Cukup segala seri2 hidup.Tidak ada kecelakaan.Semua senang berkentut,berberak dan berkencing.

Kini RSJ terngiang2 di celuping telinga.Hingar bingar berpuing2 bergelimpangan kesetiap penjuru ,ke setiap carok,kesetiap becah,ke setiap arah 8 mata-angin.Ke seluruh dunia srengenge.Dengungnya dibawa lari angin ke sana-sini ,ke merata. Desas-desusnya berkecamok pecah berderai-derai…….RSJ sini…….RSJ sana,kemudian terus ke sini.Alam gelap zulumat .Tiada berbintang,tiada kerdipan.Yang ada cuma busuk dan hanyir.Hanyir taik,busuk taik.Hilang entah segala kewangian.Rosak habis segala keharuman.Lubang hidung jadi kembung-kempis.Lubang ajaib hilang fungsinya berkemut-kemut.Yang lazat terhalang dan hilang.Yang ada racun di serata-rata penjuru.Berak jadi racun.Kencing jadi racun.Kentut pun jadi racun.

Thank you Pak Shahnon…you did it……but now there are more SHIT. Biarkan mereka terjun bersama ‘luncai’ demo …..let it be.
Moga sihat bersama Chu Wan.

Banggol Derdap jadi sepi.Sidik dah mati.Jusoh dah mati.Jenab dah mati.Hindon pu dah tiada lagi.Yang lain2 pun semua dah pergi.Yang masih dok tongkat langit cuma Haji Hamad.Aku pun tak berani gerenti.Bila2 jam boleh pi.Srengenge tetap terseregam hudoh macam hantu.Tetap gagah.Tetap perkasa.Sekali-sekala bunyi sahutan gagak di rimba.Rimau kumbang dan rimau akar jarang ku temui.Mereka semua merindui Lahuma.Begitu juga Jeha,janda beranak tujuh.Semuanya dah jadi mullah.Mullah Lahuma.Mullah Jeha.Mullah anak2 mereka.

Tinggallah sepi sesepi-sepinya.Angin tidak lagi membawa hembusannya.Bunyi percikan air pun hilang entah ke mana.Hening dan dingin.

1 comment:

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Dalam komen saya yang lalu saya banyak menyebut nama-nama dalam "Rentung" kerana tidak ingat nama-nama dalam "Ranjau Sepanjang Jalan", cuma yang saya ingat nama Lahuma tetapi tidak ingat nama Jeha, sebab tu dua-dua nama itu tidak disebut di situ. mesej kedua-dua buku itu pun dah tidak berapa ingat dengan tepat, sebab dah lama membacanya.

Konsep lebai dalam buku tu pada masa tu masih konsep lebai Melayu. Bukan lebai " labbaikallahumma labbaik", selepas itu baru Pak Shanon menyerabkan nilai-nilai Islam di dalam bukunya terkemudian sehinggalah sekarang.

Bagi saya kedua-dua buku itu sangat bernilai dan berharga, sangat bermanfaat kalau didiskusikan atau dikupaskan, Di dalamnya banyak nilai-nilai atau adat-adat Melayu yang tidak selari degan ajaran Islam dan masih boleh diislamkan.

Wallahu aa'lam bissowab. WASSALAM.