Tuesday, November 25, 2008

RIOH TAK TENTU PASAI

RIOH TAK TENTU PASAI


Ish,ish,ish apa nak jadi ni.Macam ayam,bertelor sebiji rioh sekampong.Itu cerita ayam kampong dulu2.Lani ayam yang dibela dalam penoh stress.Di kurung seumur hidupDepa tak rioh dah.Depa takdak kebebasan,tidak ada demokrasi .Pasai tu orang yang makan ayam stress turut sama stress .Dulu lain ,sekarang lain.Setiap sudut rioh tak tentu pasai.Ada bermacam2 grandmother stories.Ada cerita tentang broken promises.Semuanya hanya just a waste of time.Wasted for nothing.Nasib jangan jadi malang macam atarturk.Dalam post aku dulu ada aku tuleh pasai atarturk.


Rioh pasai bela babi tak habis2.Yang dok bercakar tu sesama melayu.Sejak babi di Melaka,lepas tu pindah ke Selangor dan tak semena2 pindah pula ke Kedah.Di srengenge tempat aku babi berkeliaran tiap malam.Tak payah dok bela.Nak makan mai tembak,selori pun boleh angkut.Kami pun suka kalau ada orang nak mai tembak.Mudah kami tanam getah,ubi dan keladi.Babi najis berat dan yang berat lagi ialah dosa syirik.Babi tak masok neraka,yang masok neraka hanya manusia dan jin.


Nak tuleh nama jalan di Pulau Pinang dalam berbagai bahasa pun turut bercakaran.Pada aku nak tuleh tu baguih,sekurang2nya aku boleh belajar sehari satu bahasa.Learn a word a day.Dulu ada disiar melalui radio.Aku belajar banyak juga.Lani boleh kecek orang putih.Kan bagus kalau pandai ambil kesempatan.Jangan saja nama jalan perlu ditulis dalam pelbagai bahasa,tapi aku juga suka kalau Al-quran dan Hadis2 di terjemahkan dalam pelbagai bahasa.Tak semua orang faham arab.Kita pandai tajwid,pandai taranum tapi maknanya akullihal.Kita kena paham ,manusia ni berbagai.Bahasanya juga berbagai.Aduh bangkang tang,tang.Bila nak guna bahasa inggeris dalam sains dan matematik habeh sokong ,ceroi.Tak mentadun langsung.Janganlah jadi melayu haprak.


Pasai yoga juga dah sampai ke peringkat Sultan.Ngapa tak maklum pada Sultan .Diperharamkam kemudian ditarik balik.Buat senaman saja,jangan dok ucap mentara2 tu.Kalau betoi nak sihat jaga sembahyang 5 waktu dengan penuh tertib dan penuh dengan tokmakninahnya , insyaallah badan dan roh akan sihat.Tapi kita sembahyang tergesa2 ,nak cepat habis.Kekadang tak tentu nak tokmakninahnya.Jaga dari awai,betul berwuduknya,bersih badan ,pakaian dan hati.Jaga bacaan2nya dengan penuh kyusuk.Semolek2nya paham apa yang dibaca.Tapi angan2 kita melancong sampai ke langit ketujuh bila sembahyang.Ingat serba-serbi.


Tadi aku terbaca dalam blog Kadir Jasin tentang ham halal.Ham ialah daging babi.Babi lagi.Kalau buat ham halal dari daging lembu atau kambing,akan rioh lagi.Mana nak boleh bezakan .Hot dog pun aku tak makan.Sausages pun aku tak makan.Kalau dibuat dari daging lembu sekalipun.Kita ada banyak lagi pilihan makanan,ngapa dok cari jenis2 yang kita belum pasti.Ikan bakar cicah air belacan pun sedap tak terkira.Tinggalkan makanan yang curiga.Pikiaq baik2 kerana yang kita makan akan jadi daging dan darah.Kalau berpunca dari yang haram dah pasti kena dibakar dengan api neraka…..nauzubillah.

No comments: