Saturday, November 8, 2008

BERKEMUTANLAH KEJUTANNYA

MINGGU KEJUTAN BERKEMUT2AN

Khianat dan tamak membikin kentutan tak sama.Berleret-leret keciciran prĂȘt-pet-pet.Lubang jadi tak lawas.Gitulah kita lihat kepelbagaian insiden yang berlaku.Kekadang rasa juga tak menentu.Padahal seperti yang semua tau,semua itu ketentuan Allah.Orang cerdek pandai cukup bimbang berkhianat dan bertamak.Tak payah tunggu lama,balasan Allah akan tiba bila sampai masanya.Pabila sampai ketikanya.Qadar dan Qado’ Allah .Jadi tak payah kita bimbang ,tak payah kita susah-hati,kerana semuanya ada masanyaMasa itu tepat.Seperti tepatnya perjalanan bulan dan matahari dan seluruh bintang dan seluruh cakerawala.Hayat ada masanya.Hidup mati ada masanya.Balasan akan tiba bila sampai masanya.Kekadang masanya tiba lebih awal.Kalau tidak masanya akan ditentukan diakhirat.Tak boleh lari juga.Jangan rasa selesa wahai yang berjaya mengkhianat dan bertamak-tamak.

Dalam larian hidup minggu ini ada kejutan2 yang boleh kita ambil iktibar.Obama membuat kejutan ke setiap penjuru alam.Kita perlu ingat Amerika tetap juga Amerika.Aku tak mengharapkan sangat,tapi itulah kita kena juga tunggu ketentuan Allah.

Raja Putera juga turut membuat kejutan.RPK dibebaskan dari tahanan ISA.Mahkamah kata tahanannya di bawah Isa itu illegal.Kini masih ada 65 lagi tahanan.Apakah tahanan mereka itu legal ? Obama kata ‘the time for change is here’.Hanya masa menentukan bilakah ‘time’nya dan dimanakah ‘change’nya.

Kuman dan virus dalam umno juga cukup ketara.Rasuah politik melarat ke segenap cawangan dan bahagian.Rasuah tetap rasuah.Dosa juga tetap dosa.Nabi saw juga telah memberi pesanan.Tapi depa tak takut.Tunggulah masanya ,ketentuan akan datang.Why take time to change ?

Razak Baginda dibebaskan . Sapa pula yang membunuh Altantuya ? Tak dak sapa boleh hidup lega.Lepas ni RPK akan kerosek lagi.Bakal pi em dan big mem tak boleh selesa walaupun dah dapat undi terbanyak dan tak dak sapa yang boleh challengenya.Ketentuan Allah akan membongkar segala rahsia yang selama ini terselindung.

Kes liwat Anwar pula kekal di mahkamah sesyen.Sijil yang ditandatangani Gani Patail jadi tak sah.Itulah ketentuan Allah.Kerana beliau juga sedang disiasat BPR.

VC Universiti Malaya ditamatkan kontraknya.Rafiah berkata kesan pimpinannya akan dapat dilihat dalam masa 2 tahun lagi.Nasi dah setengah masak , biarlah ia masak.Baru tau nasi itu hangit atau tidak.Tapi itulah kentetuan Allah.

Abby dan Norman Hakim turut membuat kejutan di lokasi penggambaran filem.Yang real bertambah real.Rumahtangga boleh berkecai kalau kurang sabar.Pokok pangkalnya semua di tangan Allah.Manusia akan mengutip hasilnya dari sifat kegelojohan dan sifat kemurnian rohnya.

Semuanya menunggu masa.

No comments: