Friday, November 28, 2008

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI



Aku rasa tak mau menuleh hari ni.Nak rehat2 saja.Lagi pun cuaca mendung macam hari ni,syok kalau boleh baring2.Releks2 boleh membawa kearah kestabilan rohani dan jasmani turut menjadi berperanan .Peranan jasmani banyak terpengaroh dengan rohani.Kerana rohanilah berporak peranda masyarakat kita.Mereka kehilangan arah kerana sebab utamanya ialah tinggal agama.Agama perlu jadi driber untuk bimbingan yang sempurna.Bini yang comel tak menjamin keharmonian rumahtangga.Tapi bini yang pandai memasak,menggamit suami ke sudut dapor pada bila2 masa.Kalau makan sedap macam mana pun,dirumahlah yang lebih sedap.Tapi jarang orang la ni cari suri yang pandai memasak.Bini2 pun jarang mencari peluang memasak yang enak2 untuk menambat suami di rumah. Asyik2 nak ajak suami makan di luar.Pepatah China menyebut : tawan suami melalui makanan.

Cukup sekian hari ni,kerana memang hari ni hari untuk mendampingi diri pada Allah.Jumaat penghulu segala hari.Ada saat2 tertentu yang cukup baik untuk berdoa.Mungkin saudara leenooh boleh tulis tajuk ini kerana you lebih ariff dalam bidang agama.Insyaallah saudara leenooh saya tunggu nak membaca.Blognya : www.leewantam.blogspot.com



Wassalam.

2 comments:

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Pak Cha dan Mak Wan, Saya tadi terjaga jam 4.30 pagi, kemudian buka TV501, tonton sekejap kemudian buka laptop, buka melalui google terjumpa tulisan Pak Cha, terus saya pun baca dan terbaca permintaan Pak Cha supaya saya tulis mengenai " Jumaat Penghulu Segala Hari", sebenarnya saya pun tiada pengetahuan mengenai perkara ini yang ada pun hanya sedikit sahaja, maka tidak mampu hendak tunai hajat Pak Cha nampaknya.Kalau hendak tulis juga saya kena buat rujukan, dah malas nak baca buku, yang dok tulis lepas-lepas tu cuma rujuk sikit-sikit ja, kalau yang kita kurang pengetahuan mengenainya nak kena rujuk banyak-banyak.

tetapi setakat sembang-sembang bolehlah, Hari Jumaat memanglah mendapat jolokan Penghulu segala Hari, kerana merupakan Hari Raya Mingguan, Kita merayakan dengan pergi menunaikan solat jumaat, di masjid pada hari Jumaat pada waktu zohor kelihatan seperti hari raya, memang pun raya, sejak malamnya lagi orang islam beramai-ramai ke masjid atau surau, sekarang aktiviti seperti itu lebih makmur di Kedah dan Kelantan, (di trengganu saya tidak pasti) di dua negeri itu masih diberi penghormatan yang tinggi terhadap hari jumaat ini, hari tersebut diberi cuti am, di negeri lain terpaksa tidur awal kerana keesokan hari (Jumaat) adalah hari bekerja dan cuti am pada hari Sabtu dan Ahad ???.

Jadi aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancar seperti di dua negeri yang disebutkan tadi, pergi menunaikan solat pun terpaksa tergesa-gesa dan balik pun begitu juga.
Pak Cha saya bukan hendak komen sesiapa dalam hal ini cuma menceritakan hal sebenar sahaja.

Umat Nabi Muhammad hari utamanya Jumaat, Nabi Musa.a.s Sabtu dan Nabi Isa .a.s. Ahad. Jadi tempat saya tinggal sekarang Sabtu dan Ahad adalah hari cuti, kalau ke bandar tempat letak kereta yang berbayar itu, percumalah kedua-dua hari tersebut. Hari Jumaat kenalah bayar seperti hari-hari yang lain. ini pun saya tidak komen sesiapa.
saya pun masukkan duit ke dalam mesin itu dengan taatnya.

Semua hari yang dijadikan Allah adalah baik tetapi hari Jumaat lebih istimewa berbanding dengan hari-hari yang lain. Banyak sejarah istimewa direkaodkan pada Hari Jumaat ini, maaf saya pun tidak ingat.

Di dalam al.Quran ada menceritakan tentang hari jumaat ini, kalau hendak mengetahuinya kenalah rujuk Surah al.Jum-ah dan tafsirannya.

Wallahu aklam bissowab. wassalam.19

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

waalaikomsalam,

setakat tu pun cukup.termakasih banyak.

insyaallah,Allah bersama orang2 yang benar.

wassalam.