Wednesday, November 5, 2008

DOSA DIPERJODOHKAN & RASUAH DIPINANG

DOSA DIPERJODOHKAN , RASUAH DIPINANG

Akhir2 ini orang dah tak gentar dengan rasuah.Depa tak takut akan dosa.Dan ada yang cuba nak duga undang2 Allah.Tak ambik hairan langsung.Macam tak akan mati.Dan macam tak dak hari akhirat.Gitulah gelagat kekita-kitaan yang ujud dalam alam Malaysia kini.Alam yang lain pun lebih terok lagi.Dan kita pun menuju keterokan itu.

Di kekinian ini umno sedang ghairah membuat pemilihan pemimpin..Secara terang2an mereka mengujudkan institusi rasuah.Di sana-sini bercakap pasai duit dan habuan2 yang lain.Dari peringkat cawangan hingga ke kebangsaan.Dan mereka juga mendedahkan rasuah politik ni.Kalau kawasan utara ni di masa lampau ada yang dibawa melancung ke Phuket . Di sana ,sambil melancung boleh juga melacur.Bukankah Phuket terkenal dengan maksiat lacur ? Boleh buat 2 dosa besar.Yang buat tu mereka tak takut.Lebih baik bertaubat sebelum sampai ke masyhar .

Ikut Tun M , perwakilan boleh dapat RM 20 ribu hingga RM 50 ribu. Sudah tentu kita percaya kerana Tun bekas ketua depa.Dan Ku Li pula mendedahkan bahawa sesetengah bahagian meminta dari RM 1 juta hngga ke RM 2 juta.Kita juga percaya Ku Li,kerana dah berapa kali dok bertanding,tak pernah menang.Dia baru dapat satu percalonan.Kalau nak menang dah tentu ratusan juta yang perlu habis.Kalau ada duit banyak tu,lebih baik cari pahala cara yang Allah perkenan.Ngapa habis duit buat dosa.Itu kerja bodoh namanya.Tok sah lah berjodoh dengan dosa dan janganlah cuba nak pinangkan rasuah.

Pak Lah bertekad sangat nak memerangi rasuah.Tapi pi mai , pa mai ,dok tang tu juga.Beban tanggungjawabnya di akhirat cukup berat.Lepas ni Najid pula akan gendong bewak hidup.

No comments: