Thursday, November 13, 2008

FROM PENNY TO PENNY

FROM PENNY TO PENNY

Kalau dalam bahasa kita maknanya : kais pagi makan pagi.Itulah hakikatnya pada banyak lagi rakyat kita.Aku cukup tau,lebih tau dari JKKK kampong ku.Dan aku lebih maklum bila terlibat dengan ADIK ( Asuhan dan Didikan Anak2 Yatim dan Miskin ).Semua anak2 yang kami pelihara datangnya dari keluarga dhoif.Aku cukup termaklum tentang susah-payah mereka dan keluarga.Banyak lagi yang perlu kami pelihara.Ikut bancian lebih dari 3 ribu orang , tapi yang kami mampu cuma 82 orang.Ada yang pernah tercicir tak bersekolah.Itu pun tiada JKKK yang tahu.Apa kerja JKKK buat aku tak tau.Zaman pemilihan ameno ni depa sibok.Hulu ke hilir mencari umpan.Dan politik wang menjadi tarikan.Bukan aku kata,tapi Tun M mantan ketua mereka kata.Ku Li seorang gurkha ameno juga kata begitu.Ada bahagian minta sampai 2 juta untuk memberi sokongan tanding presiden ameno.Dan aku juga dapat berita,entah betoi atau tidak,calon ketua bahagian tempat ku habeh sampai 500,000.00 ringgit.Eis,Eis kalau beri kat kami,berapa banyak lagi anak2 yatim dan miskin dapat kami bela.Pahala cukup besar kalau depa tau ganjaran di akhirat.Tapi depa ligan dunia.Tak payah dikejar,ligan pun jangan,kerana tiada sebarang kerana.Buat kerja biar ada berkerana yang baik2.Biarlah kerananya memberi kebajikan di akhirat.Bukan kerananya terhumban ke api neraka……..nauzubillah.

Duit haram pun aku terima,untuk nak buat jamban , tempat berkencing dan berberak.Itulah caranya Tok Guru ku ajar.

Duit yang nak berasuah tu sila hulur sebagai derma ke Rumah Gemilang.Masa hiduplah nak buat amal , bila mati nanti tak dak can dah.Carilah seberapa banyak bekal untuk akhirat.

Kepada yang bermurah hati ku dahului dengan ‘TERIMA KASIH ‘.

Kami guna gemilang lebih awai dari pi em.

RUMAH GEMILANG,
ADIK,
(Rumah Asuhan dan Didikan Anak Yatim dan Miskin Daerah Sik)
Kampong Banggol Derdap,
Sik,
Kedah Darulaman.
Telefon : 04-4693763
Fax : 04-4693763
(Sila rujuk : Warden Asrama…Kak Long )

3 comments:

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Bila saya baca parkataan Banggol Derdap saya pun terus teringat,Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentung.Teringat juga dengan Lebai Debasa, Pak Senik dan Dogol, agaknya depa ni dok dekat ghumah Pak Cha kot.

Depa kata Pak Senik pun dia kira buat keja ja, tak berapa peduli orang kampung, Lebai Debasa pun nama ja lebai, buat apa pakai hentam ja, kalau ada curi ka, apa ka, yang tidak baik depa kira nak tuduh Dogol, macam tak dak orang lain. Sebenarnya nak dapat lebai lebih susah dari dapat Haji, Kalau buat rukun dan wajib Haji dengan sempurna dapatlah Haji. Tapi nak dapat lebai kena berilmu dan warak baru boleh dapat.

Pak Cha tentu tau cerita ni. Maaf ya saja nak cerita kelebihan Kg.Banggol Derdap.

Syabas dan tahniah kepada Pak Cha kerana melibatkan diri dalam kerja kebajikan. Kalau Pak Cha lawati blog saya, cuba Pak Cha klik Masyarakat kini. nanti Pak Cha akan terkejut.

Wallahu aa'lam bissowab. WASSALAM.
Dogol

Unknown said...

Salam Pak cha,

Kenape kerajaan negeri kedah tak tukar je JKKK yang baru. Tak perlu simpan JKKK yang lama.

Rugi duit rakyat je bayar elaun.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Saudara leenoh dan sdr.najwa,

Saudara leenoh boleh baca post saya bertarikh 2 november bertajuk NOSTALGIA : RANJAU SEPANJANG JALAN.Itulah berita terkini RSJ.

najwa,

Saya pun tak tau.Dengar kata nak tambah elaun RM 200 untuk ketua wanita dan lagi RM 200 ketua puteri tiap cawangan.Lagi berebut la depa.