Wednesday, November 12, 2008

CHECKING POINT AHEAD

NEGARAKU

Masa aku bersekolah dulu ,ialah zaman negara dijajah oleh omputih.Dulu pun omputih jamu susu di sekolah2.Aku tak suka susu depa.Sebab aku di kampong minum susu lembu dan kerbau.Lebih sedap dari susu omputih.Lebih segar dari omputih punya.Susu aku makan bersama pulut.Dalam kopi pun kami bubuh susu.

Kami buat teh sendiri.Teh kami buat dari daun kopi.Orang la ni dah tak tau nak buat teh dari daun kopi.Kopi pun depa tak tau buat.Orang la beli kopi yang dicampur dengan berbagai bahan.Ada jagung.Ada kacang hijau.Ada tempurung.Ada dicampor arang kayu.Sebab tu kita jadi bodoh.Orang dulu cerdik2 .Boleh lawan british tuntut kemerdekaan.Orang la nak jaga kemerdekaan pun tak pandai.

50 tahun merdeka,Negara masih lagi terkebelakang.Dulu boleh menang Piala Thomas senang2 saja.Lani tercorot.Bolasepak ,kita raja padang.Jepun dan Korea pun takut kat Malaya.Lani macam jaguh kampong saja.Leceh betoi.Semuanya kerana pemimpin tak pandai.Terlalu cintakan pangkat,cinta duit,cinta rasuah.Cuba tengok apa dok jadi dengan proses pemilihan calon ameno.Kelam-kabut jadinya.Rosak maruah,rosak jati-diri,malu dah tak dak.Semua jadi bejadah.Rasuah berlaku terang2an.Tak tau haram-halal.Bejadah sungguh.

Hina tak hina kita ni , pada tahun sudah seorang pelajar Malaysia di Taiwan mempermainkan lagu Negaraku.Semua marah2 termasuk ameno.Nak dengar lagu tu ,cuba klik di sini http://www.youtube.com/watch?v=M-z2XOPeUWY . Tapi pada 9/11/08 bila BERSIH membuat perhimpunan,PDRM pula gasak dan pukoi dan mengganasi peserta sedang menyanyi Negaraku.Cuba renung sekejap,apa relevennya.Sekali ni ameno tak marah lagi.Sepatutnya berdiri tegak dulu menghormati lagu kebangsan.Lepas tu pukoilah ,biar semua mampuih.Apa nak kisahkan,kerana Allah juga memerhati kita di waktu itu,kini dan selamanya.

Menanti keadilan di padang masyhar.Di masa tu baru kenai sapa kita.Habeh kecut.Teloq pun kecut.Kita kenai semua menteri.Kita kenai semua exco.Depa pun kenai kita juga.Depa kenai kita dulu miskin melarat.Depa kenai kerana pernah menipu kita.Baru nak mintak balik ke dunia sekejap.Nak buat kebajikan.Nak bertaubat.Mana boleh,NO WAY.

PLEASE CHECK YOUR MATE.

No comments: