Monday, November 10, 2008

THE X-FILES

X-FILES

Masa kecik2 dulu lagi aku tak berminat dengan kerja2 ganas . Aku juga tak suka baca cerita2 yang ada sangkutan dengannya.Aku mula mengekori cerita jenis ini bila Altantuya dibunuh .Semua dah maklum dia di tembak kemudian di bom.Sampai satu ketika aku langsung tak baca.Bahkan meluat nak baca ceritanya bila dibicara di mahkamah. Aku tinggal terus .Malas nak baca , walaupun ada satu slot dalam blog aku.Cerita2 RPK tentang big mem dan altantuya juga tak memikat hatiku.Kerana kerja bunuh membunub kerja leceh.Jadi berasa leceh nak membacanya.Lebih baik baca tentang desiran angin.Baca tentang sepak terajang ombak di pantai . Dan siulan beburung bercinta di reranting adalah lebih enak dari segala kekejaman sesama manusia.

Awat manusia ni kejam ? Berpuing2 seninangpokang berlegar di kepalaku.Membuat otak mendidih-didih.Menambahkan beban dan menaikkan darah marah.Nasib baik tak dak darah tinggi.Kecelaruan manusia mencelarukan fe’el2 dan ekoran itu menjadi alam ini tak sedap dihuni.Alam ini bukan lagi tempat berseronok-suka dengan anak-bini dan kawan-polan.Alam dah jadi medan tempor sesama manusia.Alam bukan lagi tempat beribadat mencari bekal akhirat.Alam dah mula dinerakakan oleh tangan2 jahat manusia .Tangan durjana.Tangan haram bejadah.

Tiba2 Altantuya berlegar semula di kepalaku.Aku terbaca bahawa kerajaan Mongolia akan membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa.Wah akan membuka seluruh jendela keganasan ke mata dunia.Mungkin sekali lagi dunia mengecap kita sebagai negara pengganas.Kita bertikam sejak zaman hang tuah dan hang jebat.Kalau itulah tempat mulanya.Kemudian kita bermusuh lepas satu,satu.Kita pernah bermusuh dengan Singapura.Kita pernah bermusuh dengan Indonesia.Apakah kali ni kita akan bermusuh pula dengan Monggolia ? Dan negara2 yang bersimpati dengan Monggolia mula pula bermusuh dengan kita. Mungkin negara yang menjual dan membuat ‘deal’ projek kapal selam dan sukhoi juga akan terlibat.Kalau itulah kemungkinan Altantuya ada kaitan dengan kapal selam dan sukhoi.Dalam pembicaraan nanti adakah Azilah dan Sirul azhar perlu juga menutup muka.Itu semua adalah kemungkinan.Apakah Najib,Raja Petra Kamaruddin,Balasubramaniam dan segala surat2 sumpah akan dipanggil menjadi saksi ? Biar Allah menentukan semuanya,kerana Dialah yang mengetahui di atas segalanya.

Akhirnya apa akan jadi ? Perlukah Malaysia mencari seorang “Obama” ala Malaysia untuk ‘time for change’ ?......aku Cuma menaroh harapan pada TG Nik A.Aziz…..hanya dia yang boleh melengkapkan teori RAHMAN.

No comments: