Friday, April 2, 2010

BERAPA USIA MU ?,,,KU RE-NEW N3 KU


Berapa usia mu ?.......ku re-new N3 ku
Dengan nama Allah,99 semuanya


Usia ku dah mencecah 70 tahun ikut calendar hijrah , sudah pasti kalau anda terdiri kelompok aku , maknanya kita sudah cukup tua . Kita dipenghujung hayat , bila2 masa saja maut akan tiba . Tapi Alhamdulillah kita masih ada kesempatan membuat persediaan untuk mati . Walaupun kesempatan itu hanya sedikit untuk menyadari kita tentang maut dan apa yang terjadi sesudahnya , untuk melakukan kebaikan di bahagian hujung penghidupan kita . Kita ambil kesempatan itu sebelum ia menjelang tiba . Jadi sebelum ia datang masih tersedia kita luruskan yang mana bengkok dan yang salah . Kalau kita sudah membuat kesilapan , bahkan ada membuat jahat , kita perbaikinya . Apakala tidak juga mungkin , kita minta maaf saja kiranya sesama manusia dan kita bertaubat kepada Allah.


Manakala kita kurang beribadat kepada Allah , wah masih ada lagi masa sedikit untuk berbuat begitu . Lipatkan ganda usaha kita . Bukankah dalam permainan pun di saat2 terakhir bisa saja dong menjaring gol kemenangan .
Mengikut kaedah di saat ini maut akan datang dengan tiba2 . Kekadang datang tanpa diduga . Jadi sebelum itu kita masih dapat memberi sedikt makna pada penghidupan yang sependek ini.


BERAPAKAH USIA SAUDARA PULA ?

Wah , baru masih dalam lingkongan 40 tahun . Saudara masih termasuk dalam kawasan mujur . Berada di tingkat kematangan hidup . Pada usia inilah Nabi saw dilantik Allah sebagai Rasul . Selama 23 tahun Nabi saw menterjemahkan realisasi hidup dan mati . Oleh itu bangunlah untuk mengisikan pembangunan untuk kehidupan dan kematian . Beruntunglah saudara kerana tenaga masih ada . Binalah kehidupan yang salam . Kerana dengan salam didunia , saudara dapat mengharapkan salam di akhirat .Tapi perlu juga ingat bahawa maut juga masih dekat dengan saudara . Buah durian juga luruh masa berputik lagi .


BERAPAKAH USIA SAUDARI ?

Aduuuh , cantiknya saudari , masih dalam umur 20an . Kalau begitu saudari berada di dalam usia kecermelangan . Para lelaki sudah tentu mudah tertarik pada saudari , seperti semut tertarik pada gula . Banyak saja pemuda mengerlingkan saudari bila berselisih jalan . Keayuan saudari adalah modal besar , ia dapat memberi untung yang besar dan juga boleh memberi kecelakaan yang besar pada saudari . Saudari akan merasa bangga dengan buah dada yang lebar dan punggung yang mengiorkan . Setiap lelaki akan terpesona .Satu masa nanti saudari akan berkawin , dan tak lama slepas itu akan beranak dan beranak . Kecantikan akan melangkah surut dan surut dan surut hingga memusnahkan kecantikan . Buah dada tak mengior lagi . Goyangan punggong tak berselera lagi .Bibir tak sedelima merkah lagi .Saudari tak dapat mempertahankannya lagi , walaupun habis wang diguna membeli ubat, saudari tak mengiorkan lagi . Mungkin suami pun sudah mula miang dengan gadis muda yang lain .Ciri2 tua sudah mula menghampiri saudari . Akhirnya saudari kalah dan maut memusnahkan keseluruhan tubuh badan yang dipuja dan dipuji .
Bila mati , tidak ada mayat yang molek . oleh itu dengan segera kaum kerabat akan uruskan pengkebumian .Selepas itu seluruh jasad yang dulu cantik dan seksi di makan oleh ulat dan cacing.


BERAPAKAH USIA KITA ? HISAB BAIK2 & BUATLAH PERSEDIAAN

9 comments:

YB said...

Salam ayahanda

Usiaku di kawasan mujur. Di kws itu nabi dilantik menjadi rasul. Besarnya peranannya kpd ugama. Tetapi perananku.....aahhhh teramat halusnya jika dinisbahkan. Lebih ngeri dgn tempoh yg semakin singkat apabila kematian semakin menghambat....insafnya dgn n3 ini.

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Di doakan agar Allah mengurniakan kesihatan sihat kpd Ayahanda dan Bonda agar dapat mengukuti perintah Mu dan mengikut sunah kekasih Mu, Muhammada SAW
amin

Wassalam

KAMATO said...

Salam Ayahanda, semoga terus dikurniakan kesihatan dan dapat terus menulis kata2 nasihat dan semangat ini

mama ju said...

salam ayahanda

Insaf bila baca N3 ayahanda.

Selalu sedar tapi kenapa kdg2 buat2 lupa...

Mama pun dah tua, 20 th kebawah dr ayahanda..Harap mama sedar diri!

Mama dan suami baru membawa ayah dan ibu mertua ke sini, Kami ingin menikmati hari2 tua kami bersama org2 tersayang.Bapa sudah 94, masih boleh kira.

Moga kita sama2 selamat dunia akhirat.Mati tak kira usia,hari ni Din Beramboi meninggal dunia dlm usia 43 th. Alfatihah buat gemulah.

Ayah Zain said...

Salam ayahanda,

saya dah masuk usia senja. terima kasih mengingatkan usia saya ni ayahanda

Kak Sidah said...

Salam Ayahanda,

Di pagi Jumaat yang mulia ini, tersedar seketika apabila membaca N3 ayahanda, sungguh menginsafkan, semoga kita didalam peliharaan Allah, dijauhkan dari segala yang tak diingini...perbetulkan dan pertingkatkan amalan kepada nya...insyaallah...untuk persediaan mengadapnya..moga2 allah merahmati kita semua yer ayahanda.

Anonymous said...

Salam Ayahanda,

semoga terus dikurniakan kesihatan

Terima kasih atas kata2 nasihat dan ingatan ini.

Wassalam

Atikah said...

Salam Ayah,

Terima kasih ayah...
Saya pun bukan semakin muda... semakin juga menghampiri kematiaan..
kematian dijemput tanpa mengira usia... hari ini sihat, mungkin esok sudah dipanggil mengadapNya...

Semoga Ayah n mak diberikan kesihatan yang baik hendaknya...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam...

kak nab di usia senja...bila2 masa akan dipanggilNYA.