Wednesday, April 21, 2010

MAMPUIH TAK LETAK JAWATAN....SIRI BARU


MAMPUIH TAK LETAK JAWATAN

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Enaknya menikmati dunia,hingga lupakan diri.
Lazat rasanya dunia,hingga lupa akan mati.
Seronoknya kumpul dunia,hingga jadi hamba diri.


Apabila Allah menyerahkan kekuasaan pada manusia,manusia jadi goblok.Dihaprakkan dengan berbagai cara tanpa segan dan malu.Mengikut sejarahnya amatlah memalukan.Ia bermula dari Habil dan Qabil.Tapi manusia tak dak malu.Digomolnya dunia,dirogolnya dunia,sepuas2nya.
Untuk menjadi khalifah di dunia untuk sementara.Manusia lupa hidupnya terhad.Umurnya sengkat,tapi kehendaknya menyalar hingga lupa akan mati.Jawatan khalifah telah ditawar kepada makhluk2 lain.Semua mereka menolak,tapi manusialah menerima tawaran itu.Sesama sendiri manusia gadoh dan kacau.Sesama sendiri manusia buat apa saja ,yang akhirnya termusnah segala yang ada di bumi ini.Human Rights tak kita cantikkannya.Kita huduhkan nya.Tak sapa pun sedia defend human rights.
Yang menjadi kerajaan kekadangnya membuat neraka didunia.Rakyat ditindas dan ada kalanya dibunuh.Dan ada sesetengah kerajaan berlagak sebagai cold beasts looking out for their own interests.Cuba kita nilai diri kita sebagai khalifah.Adakah kita layak ? Kalau tidak kita harus letak jawatan.Orang Jepun dan Korea lebih memahaminya.Kalau berasa tak layak,terus letak jawatan.Orang kita mampuih tak letak.Nak berkhalifah lagi tu ada.Kita lupa diri.Kita tak dak hati.Walaupun dah dekat nak mati.


SALAM DARI SRENGENGE

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

Salam Dhuha

kita tak perlu jauh
bangsa cina di negara kita, mereka rasa tak layak, mereka letak jawatan

bangsa kita
walau dunia sudah tahu
dikorek
diumpil
dipahat
masih menggunakan kekuasaannya

Wallahualam

Wassalam

rezeki said...

salam ayahanda

dunia realiti politik hari ni, mrk tak kisah jika tak bermaruah, asalkan ada kuasa

Ummi Humaira said...

salam ayahanda..

lagi nk tambah kekebalan sampai sanggup jumpa bomoh yg merapu merepek ...

shami2 said...

Salam ayahanda

Takut mati...atau dah gelap hati
sebab tu tak sedar diri
kalau boleh nak jadik tunjang langit yang tinggi...
lupa ada yang lebih berkuasa
Duk perati...tunggu masa
Kalau masih macam tu lagi
Akan dihumban dalam api...