Thursday, April 15, 2010

SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI


Dengan nama Allah , 99 semuanya


SEBUAH UNIVERSITI @ SEBATANG KALI
Dato’SN Shahnon Ahmad telah menulis panjang tentang tajuk di atas . Kupasannya cukup menarik dan aku begitu tertarik membacanya sepertimana aku tertarik membaca SHIT dan novel2nya yang lain . Begitu juga aku tertarik dengan tulisan anak-didiknya Azizi Abdullah . Dan aku pun bila menulis terpengaruh dengan gaya kedua mereka . Gaya ulang-ulangan ataupun pengulangan memang dah jadi pilihan ku juga . Begitulah orang tua bila bercakap atau menulis akan bersimpang-siur . Bagai angin malam boleh bertiup ke sana- sini , lepas bebas . Sesekejap mendatar , sesekejap menjunam dan sesekejap mendongak . Macam burung murai gila .
Nukilan Dato’ Shahnon tu panjang , aku anggar melebihi 50 mukasurat . Orang cerdik pandai harus membacanya . Ia bukan novel , tapi sebuah rencana . Aku tak mahu ceritakan di sini .Buat suspense sikit . Cuma aku nak ambil intipatinya untuk aku buat kupasan dari sudut kepala hotak aku .Mula membaca tajuknya ,aku sangka Dato’ Shahnon nak tuleh pasai UPSI kerana dekat Tanjung Malaim ada sebuah kampong ,iaitu Batang Kali . Dulu sebuah kampong yang cukup indah dengan alam semulajadinya . Penuh dengan dusun buah2an , dan air kalinya putih jernih . Bisa diminum dengan dua telapak tangan . Sejuknya menyegarkan . Tapi sekarang dah lama aku tak ke Batang Kali . Dan dekat Batang Kali lah Sir Henry Gurney dibunuh .


17 April hingga 25 April ni Hulu Selangor akan mula rioh-rendahnya.Kawasan ni aku cukup mahir.Dari Rawang hingga ke Ulu Bernam dah aku terjah,dan dah lumat jalannya.Pernah mengajar di Rawang,di Kuala Kubu Bharu,dan pernah bermastautin sekejap kat Kelompang.Dan sokmo keluar masok Ulu Bernam-Tanjung Malim,Bandar bersempadan Perak/Selangor.Serendah,Rasa,Ulu Yam,Sungai Buaya,dllnya masih lagi dalam ingatan ku.



Kalau ke Kyell (KL) pun dah tak lalu melalui Batang Kali . Dah ada lebuhraya dan pokok cerita Dato’ Shahnon ialah perbandingan sebuah universiti dengan sebatang sungai. Sungai semua dah mengalir lesu , begitu lah juga hidup di sekitar universiti . Pernah juga BA Hamzah menulis dalam the Straits Times ( tarikhnya aku dah lupa ) bahawa universiti tempatan cuma boleh melahirkan jagoh2 kampong . BA Hamzah ( Prof. Dr. Hamzah ) ialah Director Global Studies di UPSI satu ketika dulu .
Aku dapat paham bukan saja universiti dah jadi seumpama sebatang kali , tapi banyak benda dah jadi macam kali ( sungai ) . Dah berapa banyak batang kali menjadi kotor,berlumut dan airnya mengalir liat. Airnya pula busuk dan tak ada sesapa lagi mendapat manfaat dari sungai . Ikan pun dah tak dapat hidup di dalamnya . Budaya kita dah jadi sungai , masyarakat kita dah jadi sungai , akhlak muda-mudi dah jadi sungai . Rata-rata dipenuhi sungai . Dah jadi kali. Rata2 kita dapat melihat sungai @ kali mengalir lesu .
Masyarakat cuma boleh bersorak-sorai , rioh-rendah dan gamat hanya di pesta2 lagu dan di majlis anugerah para bintang dan artis2 muda dan comel . Bagaikan syok tiada bertempat . Syok sendiri-sendiri . Dengan gaya yang berbagai dan fesyen2 pakaian yang entah dari mana depa impot . Mudah meniru dari sungai-sungai yang dah lesu dek zaman .


Kita dah tak jaga sungai.Kita dah tak jaga bangsa.Dah tak jaga agama.Negara kita pun tak terjaga.Habeh 1Malaysia.1Malaysia pun @ sebatang kali.

7 comments:

atuk said...

Assalamaualaikum Ayahanda

hanya satu yg tidak menjadi kali
bulan dan bintang

Wassalam

atuk said...

Assalamaualaikum Ayahanda

hanya satu yg tidak menjadi kali
bulan dan bintang

Wassalam

khairyn said...

Salam ayahanda

Inilah yang terjadi kalau kerajaan mahu mengawal minda pelajar2 untuk mengikut telunjuk mereka. Ada sejuta pensyarah punya PhD sekalipun sekiranya pelajaran dipolitikkan, kita tak akan ke mana. Baca dlm akhbar lepas, kerajaan labur lebih dari 1billion utk hantar pelajar excellent belajar ke luar negara. Kenapa? apakah sebab kualiti pembelajaran dlm negeri rendah? atau terlalu banyak politik dalaman yang mengekang?

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom ayahda.

bagus N3 kali ini. ia semua tokok pemerintahan, jika islam yang di ikut, maka islam yang di junjung. Jika barat yang di ikut, maka islam itu dijadikan sebagai simbolik. semua terletak pada diri dan kesedaran iman.

Salam.

S said...

salam,

ayah,
tepuk dada tanya selera....

9w2azx said...

salam Pak Cha & Mak Wan...

lamaa tak baca blog ni, rindu rasanya...

9w2azx

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

lama tak datang umah ayahanda ni. Masih cantik dan bertenaga. Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali bangsa itu sendiri