DAH LAMA KITA MERDEKA
Dengan nama Allah,99 semuanya
Umur menunjukkan kedewasaan negara kita . Bila dah dewasa itu maknanya kita dah matang . Matang dari segala segi . Pembangunannya , ekonominyanya , sosialnya , pendidikannya , bahasanya & sasteranya , muda-mudinya , ....nya ,.....nya , dan sebagainya , termasuk juga bolasepaknya . Tapi nampaknya kita masih meraba-raba dalam bentuk pelaksanaan kepelbagaiannya . Nampak macam dah jadi bercelaruan di sana-sini .
Kerosakan moral muda-mudi cukup parah kerana kita ketepikan ajaran agama . Rakyat pula rasa macam terpinga2 dengan unsur2 semarak,hadhari,1Malaysia,rakyat diutamakan yang kita tonjolkan . Dulu tak dak pun penasihat agama , dan bila ada penasihat agama kita bertambah celaru . Macam2 mazhab tercetus , dan ajaran salah tumbuh sana-sini . Dan 'ayah pin' pun dah hilang begitu saja dalam kekejaran kita.Timbul pula ajaran wahabi . Nampak macam tak dak tindakan dan tak dak pemulihan . Sekolah agama pun dah banyak gulung tikar kerana tarikan bantuan . Sapa yang bertanggung-jawab ? Kita tak akan terlepas dari habuan di akhirat nanti . Sebelum tu akhbar tulisan jawi pernah gulung tikar . Banyak yang buta jawi . Bila buta jawi ,butalah Al-quran jawabnya .
Kita hilang lepas satu , satu . Bahasa Melayu juga dah jadi macam anak-tiri . Bila kita dah nampak banyak anak2 Melayu berjaya menjadi doktor ( anak blogger kita Rozali atuk pun pi belajar medic kat indon guna bahasa melayu) dan jurutera melalui pendidikan bahasa Melayu , kita alih haluan belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris . Kalau nak mantapkan bahasa Inggeris , tambahkan saja masa pengajaran bahasa Inggeris . Tak perlu ubah sukatan matematik dan sains . Awat , China ,Korea , Jepun , Russia , Sepanyol , Perancis dan yang negara2 maju yang lain semuanya guna bahasa Inggeris ?
Cara kita semua bercelaru kerana otak kita bercelaru . Sentimen dan ego kita memusnahkan segala . Kita terlampau nak short-cut dalam semua hal . Aku cukup terharu apabila Tan Sri Dr. M berkata dia kecewa tak dapat mengubah pemikiran orang Melayu , walaupun memimpin selama 22 tahun . Itu adalah kegagalannya , bukan kegagalan orang Melayu . 22 tahun adalah masa yang lama untuk dia buat . Aku nampak itulah kegagalannya . Di masanya juga Ghaffar Baba,Tengku Li,Musa Hitam dan Anwar Ibrahim tersungkur lepas sorang,sorang.Pak Lah terselamat,tapi bagaikan telor di hujung tandok.

5 comments:
salam ayahnda
ramai yg kurang menghayati kemerdekaan...
Salam From Makkah..
salam ayah..
ADAKAH KITA SENDIRI MEMERDEKA KAN JIWA KITA..?
satu tanda persoalan yang harus kita renungi..
waslam
Salam Ayah,
Merdeka pada nama... hakikatnya kita masih dijelajah...
salam,
merdeka pada saya adalah berfikiran fositif. selamat dunia akhirat.
Salam ayahanda,
Dasar kita yg terlalu banyak membuat ujikaji. Ujikaji kepada nasib bangsa. Ujikaji kepada otak anak kita. Ujikaji terhadap bahasa kita. Dan lebih malang ujikaji terhadap agama kita.
Post a Comment