Saturday, April 17, 2010

P.RAMLEE

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ku petik dan ku ubahsuai dari tulisan ku yang dulu2.


P.RAMLEE DIPUJA , YANG BERKUASA DIKEJI..............PART ONE


Sejak kecik lagi aku dah kenal P.Ramlee.Dia dipuji dan dipuja .Dan sekarang aku dah tua bangka status P.Ramlee masih tak berubah.Di kaca TV filem2nya masih laris.Lagu2nya masih unggul.Jasadnya dah lama pergi . Dia tetap dikenang .Dia tetap berada sama di sisi masyarakat Melayu.Isu2 yang dibawanya dalam filem cukup menarik.Hanya P.Ramlee yang kenai betul2 ibu mertuanya , yang tau benar2 hidup bermadu.Dia kenai lagak Haji Bakhil dan dia tahu peranan cikgu Murni.Dia juga berperanan menonjolkan perihatinan terhadap anak2 yatim.Pandai tonjolkan rakyat miskin.


Lagu2nya penuh dengan ilmu tajwid.Lagu dan irama tak dapat dipisahkan.Dalam filem Panggilan Pulau lagu ‘ BULAN DAN JUGA ANGIN’, penuh dengan ilmu tajwid. ‘ba-wau-lam-nun’ , ‘nun’ pada bulan bertemu dengan ‘dal’ , itu ikfak,keluar dengung. Kalau tak dak dengung tak sedap jadinya. Senikta “ TELAH KU RENUNG DALAM KITAB’ , itu qolkolah. Bukankah itu menarik .Cukup menarik sekali.


Terbalik jadinya pada orang2 berkuasa,semakin hari semakin dicemuh dan di caci.Suharto diheret ke mahkamah .Takshin di hukum oleh mahkamah negerinya.Banyak lagi contoh2 dunia yang sedemikian.Malah Tun Mahathir,bekas PM kita pun begitu.Kesian juga tengok dia tak dihormati oleh anak2 buahnya dulu.Yang dulu dok bodek dia , kini tak sikit pun kenang budinya.Mereka pernah dapat pangkat dan harta melaluinya.Dia dihalang bertemu orang2nya,dia dihalang untuk bertanding di Kubang Pasu .Dia juga pernah di simbah dengan ‘apa asid tak tau’.Projek2nya dbatalkan.Yang dia cukup terkilan ialah pembatalan jambatan bengkok.Flip-flop Pak Lah membuatnya hidup tak senang.Fed-up punya fed-up isytihar keluar umno.Disanggah kiri dan kanan.


Rupanya begini lah bila hilang kuasa.Berhati2lah bila berkuasa.Kalau tidak benda yang sama akan jadi.Di keji,dicaci,dicela.
Tengok dan perhati apa yang akan berlaku di Hulu Selangor.Hari ni hari penamaan calon PRK.


P.RAMLEE DI KENANG DAN DI PUJI,PEMIMPIN KINI DICELA DAN DIKEJI

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Saidina Abu Bakar
Saidina Omar
Saidina Osman
Saidina Ali

mereka semua menjalankan hidup di muka bumi ini kerana Allah
maka dikenang sehingga sekarang dan hari khimat

mengapa pemimpin yg agung suatu kita dahulu dihina
mereka ada jawabpan nya sendiri

Wassalam

مسافر اسلام said...

Salam ayahda...
manusia akhir zaman memang begitu ayahda. Mereka fikir kuasa la segalanya. Sudah tidak takutkan akan hari akhirat. Semua mereka rasa mereka boleh miliki dengan kekayaan.
Tidak pernah redo dengan ketentuan ilahi dan syukur atas nikmat Allah s.w.t.

Jadilah insan yang Allah sayang bukan mahluk yang tidak punya kuasa menyagi mu.

Salam

S said...

salam,

ayah,
sebutir pasir
dibuang kelaut
menjadi pulau......