KUCH KUCH HOTA HAI
Hari ni aku memang tak dak mood nak menulis dan membaca . Sepagi dan sepetang aku tak tempuh komputer ku . Langsung aku tak pegang . Sepagi sepetang aku asyik berasmara dengan alam.Aku jadi begitu mesra dengan alam . Aku merenung awan ,aku merenung jauh-jauh ke bukit srengenge . Aku melihat memutih guni-guni baja di pasang keliling anak-anak getah . Berbagai kaedah di reka oleh kontrektor untuk menakutkan babi yang cuba memusnahkan anak2 getah . Guni putih nampak dari jauh patuh bersenteri .
Sekarang dah hampir petang hari isnin .Biasanya aku akan buat satu nap ( tidoq sekejap). Dan mataku tak mau lelap . Aku paksakan diri online komputer ku . Ku layar web anak murid kawan ku . Melalui laman webnya aku dapat pasang banyak lagu2 nostalgik tahun 50 an. Pilih lepas satu , satu . Tak terpikat oleh hati . Ku cuba pilihlagu hindustan . Sebenarnya aku bukan berminat dengan lagu hindustan . Kalau dengar pun tak paham maknanya. Ku paksakan menilai seni rentaknya , seni muziknya dan seni suara penyanyinya. Berkali-kali aku dengar lagu KUCH KUCH HOTA HAI . Akhirnya aku dapat menikmati lagu itu dengan penuh syahdu .
Memang suara2 Alka Yagnik dan Udit Narayan cukup merdu . Aku pasang lagu non-stop . Dan sekarang ni aku sedang menulis di depan PC aku di temani oleh lagu KUCH KUCH HOTA HAI . Dan sekarang mood ku sudah kembali . Aku dapat bergedikkan kaki ku sambil menulis . Sebenarnya jiwa dan hati kita perlu diberi peransang untuk membuat sesuatu . Dan hari ini aku belajar satu cara mendidik diri . Bukan senang nak didik walaupun diri sendiri . Aku rasa terhibur bagaikan satu temasya . Rupanya jiwa inginkan hiburan . Bila hati terhibur terasa nak membuat kerja2 yang dirasai malas akan hilang . Dan akan ku kuch kuch hota hai ,bila rasa malas .
Cubalah sekali sekala ber kuch kuch hota hai , bila rasa tak dak mood .
Tum pas ke ai ye , kuch kuch hota hai .
6 comments:
salam ayahanda..
waa layan gak hindustan, hi hi.. CP dulu tgk citer ni kat rumah kawan, kat berek polis masa raya haji lepas SPM dulu.. sedih gak citer tu masa nak ending, hi hi
salam ayahanda...
masa mula2 kawin dulu hubby ummi memang berantu dgn lagu2 hindustan ni , sampai begitu banyak tape cerita2 gitu , tp sekarang ni dah turun minat pd si bujang tu plak.
salam ayahnda..
ayah layan juga lagu hindustan..
Salam Ayahanda,
Betul kata ayah, bila hati terhibur rasa malas tu akan hilang sikit demi sedikit...
salam from Makkah..
salam ayah..
the best movie tuh...bermula dng movie tuh lah Bollywood naik balik rating filem mereka di panggungwayang...1998...
waslam
Salam ayahanda
Bab paling atas bernada tulisan iras2 dlm novel Dato Shahnon...
Bab bawah lain pulak ceritanya...lagu tu memang bawa nostalgia..cerita tu sedih betul!OOh tersangat lama tak dgr lagu hindus!
Post a Comment