Thursday, April 22, 2010

SAPA SOKONG THAT TONY BLAIR ?

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA ( MAPIM ) 24-3-2, Tingkat 3, Jln 4/50, Diamond Square Off Jln. Gombak, 53000, Kuala Lumpur Hotline : 019 4747141 / 012 3333825 Pejabat : 03-4023 5155 Fax : 03-4023 4155

SEGERA DAN PENTING
Kepada semua Pengerusi dan Imam Qariah
Kepada semua Khatib
Kepada semua Penda’wah Assalamualaikum wr.wb.

MEMOHON AGAR DIBACA PENGUMUMAN BERIKUT KEPADA AHLI JAMAAH DI SEMUA QARIAH

Pada 24 hb April 2010 sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapore dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 di Sunway Pyr amid Convention Center , Petaling Jaya. Tony Blair sudah dikenali dan dicop sebagai penjenayah dan pembunuh kemanusiaan yang bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , Presiden Bush .
Dengan menjemput Blair, mereka yang menganjurkan Kongres itu telah menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya, dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Sebagai ganti diberikan penghormatan sebagai penceramah, beliau sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya.

Tony Blair adalah seorang yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq melalui penghantaran tentera UK bersama dengan tentera Amerika.
Perang pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.

Oleh sebab itu, tidak dapat difahami bagaimana sebuah syarikat Malaysia memilih untuk menjemput penjenayah perang Tony Blair sebagai penceramah utama di Kongres itu apabila begitu ramai pemimpin terkemuka dalam perniagaan dan politik yang dari segi moral dan perundangan belum lagi tercemar untuk dipilih.

Sehubungan itu, kami menggesa:
• Pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia.
• Orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair. • Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan.
• Pihak berkuasa hendaklah mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.
ATAS NAMA ISLAM , MARI KITA BANGKIT MEMBANTAH DAN JANGAN BENARKAN SEORANG PEMBUNUH DAN PENJENAYAH KE ATAS UMAT ISLAM DAN KEMANUSIAAN BERNAMA TONY BLAIR UNTUK MENJEJAK KAKI DI MALAYSIA

Kerjasama tuan-tuan semua di dahului dengan jazakallahu khair

Ditanda-tangani oleh:
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

Disokong dan ditandatangani:
1. Nusantara Initiative for Justice and Peace 2. Citizens International 3. Salimah (Muslima Movement of Malaysia) 4. Secretariate for the Ulama Assembly of Asia (SHURA) 5. TERAS Pengupayaan Melayu 6. Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) 7. National Muslim Students Federation 8. Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia 9. Persatuan Ulama Malaysia 10. Persatuan Ulama Kedah 11. Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY) 12. Majlis Permuafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH) 13. Angkatan Pemuda Islam , Penang 14. Forum Umat Islam , Penang 15. Instittut Penyeledikan dan Pengenbangan Syariah Malaysia (ISRA’) 16. Gabungan NGO Islam Pahang (Barakah) 17. Gabungan NGO Islam Kelantan (NGK) 18. Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia 19. Institut Masyarakat Madani 20. Institut Penyelidikan dan Pengemblengan Masyarakat (IMPAK) 21. Forum Komunikasi Masyarakat Indonesia (FORKUMI) 22. Pusat Perkhidmatan Pelarian Rohingya –TERAS 23. Wadah Pencerdesan Umat Kedah (WADAH Kedah) 24. Gerakan Qariah Malaysia 25. Ummah Aid , Malaysia 26. Persatauan Kebajikan Rakyat Desa Malaysia (Rural Citizen)

SUMBER : http://anakfelda09.blogspot.com/

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

terima kasih atas info itu

masyaallah

mana pemimpin memerintah yg kata dia menegakan Islam
mana rakyat yg memilih pemimpin yg berjanji hendak mengikut ajaran Islam

Wassalam

Azima said...

Salam Ayahanda,

MasyaAllah...nasib baik anakanda dah tak join National Achieves Congress ni..dulu ada la pi,last 2001...kat PWTC..company hantar.Time tu speaker2 pun mostly omputih..tapi tak la sampai dijemput pengkhianat mcm ni..

Kalau mcm ni..program motivasi dah jadi satu program nak menjahanamkan bangsa kita dah ni..!!!

Mekasih ayahanda atas info ni..Semoga seluruh umat Islam terus bersatu meskipun stgh pemimpin dah jadi hantu!!

Wassalam

Anonymous said...

Salam tuan,

"Lulus jarum luluslah kelindannya."Terimakasih kerana menyiarkan info ini.