Sunday, April 18, 2010

SAPA NAK JADI ORANG BESAR




SAPA NAK JADI ORANG BESAR


Dengan nama Allah , 99 semuanya

Orang besar tak dipandang Allah , kecuali ia beriman . Apa nak dipandangkan besarnya , besar kelentong , besar menipu , besar mengikut nafsu , besar-besar saja. Mungkin juga ia besar kerana bakanya bermula besar . Baka Firaun cukup besar , pernah jadi raja besar,kuasa besar,Negara pun besar. Baka Darwin juga cukup besar,kerana dia mengaku dari keturunan kera.Kera pun banyak di dunia la ni.Kera tiada istimewanya ,kecuali sang hanuman dalam epik hindu.Qarun besar kerana kekayaannya,dan dia juga tiada istemiwanya kerana setiap hari ditelan oleh bumi .Kuasa2 besar dulu pun habis musnah,kerana tanpa iman catatan sejarah mereka cukup sedih.Kuasa2 Namrud,Samud,Rom,dan tak terhitong banyaknya di telan zaman.Tak banyak manfaat yang diambil pedoman oleh orang terkemudiannya.
Tak dak manusia pun teringin nak namakan anak2 sendiri dengan nama Firaun , Qarun, Namrud atau Samud dan sekategori dengannya. Bukan saja orang Islam , malah orang bukan Islam pun tak sudi nama yang berkenaan. Lebih baik beri nama Tiger Woods, Carpenter, Green , Rose , dan lain2nya . Nama cucur cekodok adalah lebih glamour dari nama2 yang telah dilaknatkan Allah.
Manusia kini terkhekeng , lalai dan maknga kerana berpenyakit jiwa . Penyakit jiwa tak boleh diubati oleh otak manusia.Otak hanya boleh mengubati penyakit tubuh-badan manusia. Allah turunkan Para Nabi untuk memberi penawar pada jiwa manusia.Melalui ajaran dan petua2 dari para Nabi umat dapat keuntungan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Jiwa yang tenang mudah menjawab soalan Rabb tentang nikmat umur,sihat , ilmu dan harta.Kalau tidak manusia akan jadi macam ikan dalam belat , mudah ditangkap dimasukkan dalam belanga.Walaupun digerpak dan di pujuk,mereka dah berada dalam belat.
Serabut berpikiaq manusia akhir zaman.

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

orang besar yg sombong boleh kta kenal
jauhilah drp kami

orang besar yg beriman lagi boleh kita kenal
dampingilah dgn kami

Wassalam

kak su said...

Salam ayahanda ..salam perkenalan..boleh anakanda kak su tumpang bermanja dan menuntut ilmu yg ayahanda curahkan di sini..terimakasih diatas peringatan2 yg diberi...wslm

Rusyaini Food Industries said...

Salam Ayahanda,
Baru malam tadi, masa tazkirah keluarga wan, kami keluarkan tajuk sabar. Cerita pasal Tha'labah, yg tak sabar, nak kaya. Bila Rasulullah saw tanya berulang kali, betul ke dia nak kaya? Knp Dia nak kaya? kesimpulannya, tak guna kalau kaya tapi tak tunduk pd perintah Allah. Itulah pentingnye sabar. kalau susah, kita sabar, kalau sakit kita sabar. Pendek kata, kalau sabar, tak akan lari dr jalan yg telah Allah tetapkan. Insyallah.

Takut nak jadi orang besar yang lalai.