Monday, November 24, 2008

TULEH APA NI..?

TULEH APA NI ?


Sambil2 makan bini ku selalu tanya tuleh apa hari ni . Aku kata tak tau apa yang ku tuleh.Macam2 ada.Macam astro.Aku pun tak tau apa isinya pada tajuk ni dan ini.Kena baca kembali baru tau apa dia isinya. Kadang2 tu tak dak isinya.Tuleh merapu saja.Ikut dan saja.Maklumlah kerja sendiri.tak dak sapa yang paksa,tak dak sapa yang upah.Nak makan cari rezeki sendiri.Pasai apa orang nak kacau bloggers.Kalau tak tuleh orang tak tau hasrat hati kita,isi hati kita,apa impian kita.Kekadang yang kita tuleh itu memberi berita terbaru pada si pembaca.Kekadang orang sakit hati.Kena atas hidung sendiri.Padan muka baru.Kalau tidak sapa nak berani tegoq beradap.Sekurang2nya boleh perbaiki diri sendiri.Boleh sapu batang hidong yang tercalar.


Tadi aku membaca tulisan Mufti Asri , mufti dari negeri yang kecik dari daerah ku.Dia tuleh pasai orang mudah berzina dari berkahwin.Betoi tok mufti,kat Perlis tu orang semua tau.Senang sangat ,pi saja lintas sempadan.Nak kawin pun senang di sana.Lintas sempadan dan kawin.Bawa balik surat nikah kepejabat agama.Kemudian bayar denda.Pasai apa nak susah2.Tak tau lah pak mufti oi.Hang pun nak kena berenti jadi mufti.Aku ingat pasai tok mufti kata,aku makan gaji bukan untuk mengampu.Memang kerja mengampu aku pun tak suka.Kekadang kerja ampu-mengampu boleh jijak kepala kawan2 yang tak berdosa.


Banyak ketua2 suka diampu.Baru pungkoq depa kembang-kempis.Kalau tidak lepiar daging punggong,nak ketut pun tak sedap.Kalau tak pandai ampu rosak habeh.Pasai tu kena tau cara.Pasai tu tok mufti tak mau mengampu.Nak ampu apa ? Allah dok ada.Ampu Allah saja dah cukup.Dia yang menentukan segala2nya.Waima hang bos besaq atau bos kecik hangpa tak boleh buat apa2 kalau Allah tak izin.Don’t talk big.SHIT.Politik kita pun banyak rosak ekoran dari ampu mengampu.Tak silap hari bulan habeh punah..Rosak terbekanglai.Tersungkur.tak dak misai nak tongkat dagu.Orang yang suka ampu dan yang nak diampu,kedua2nya lemah.Bukan jantan,bukan betina , bukan pondan.Depa ni tak dak harga diri.Busuk .


Busuk bukan sebarang busuk.Busuk belacan ada harga.Mahai dari sekerap busuk.Busuk belancan orang telan makan kedarah.Biar pun dah sengau lubang hidong , jumpa belacan telan juga.

3 comments:

Unknown said...

Aku pun meluat dengan ampu mengampu ni. Puak2 mengampu ni bukannya ada prinsip, janji dapat hasil untuk diri sendiri.

Jenis2 ni yang memusnahkan negara. Haprak sungguh!!!

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Bila Pak Cha sebut mengenai belacan. Saya teringat belacan Telok Tempoyak dan belacan Pulau Aman, kedua-dua jenis belacan itu kalau guna buat laksa utara, laksa jadi nombor wahid.

Bukan semua yang busuk tidak berharga atau bernilai, biasanya benda yang busuk-busuk inilah yang disukai sampai ketagih, mana ada benda wangi disukai sampai ketagih.
Itulah Maha Kuasanya Allah Taala membuat sesuatu supaya manusia berfikir dan tidak sombong diri atau ego sebab kita ini busuk sahaja.

Kata orang mulut kita lebih busuk dan lebih banyak kuman dari lain tempat di badan kita,Saya rasa betul juga kenyataan tersebut,

cuba perhatikan kalau cebisan daging melekat di celah gigi dalam beberapa jam sahaja baunya seperti... ( enggan sebut ).

Wallahu aklam. Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Waalaikomsalam,

Jadi pengampu ni ialah sebusuk2 perangai.

Pada yang baru kawin,kentut dalam kelambu pun tak busuk.

wallahua'lam.