Dengan nama Allah , 99 semuanya
Susah nak didik orang jadi cerdik.Ia perlu ada give and take.Macam kawan ku Pak Non tuleh dalam blognya bahawa cara mengaji dulu tak sama dengan ngaji la ni . Dulu cikgu kita macam bapak kita.La ni no way.Cikgu dulu pun anggap anak murid macam anak sendiri.La ni pun no way.Hilang berkat.Dasar pun dah tak berkat , kerana orang yang buat dasar tak buat kontek dengan Allah.Semua guna perasaan dan andai2an yang cuma ada di kepala hotak.Berapa banyak yang cuba bermunajat kepada Allah memohon restu dari segala kerja buat kita.Masing2 menerajang,menerjah,membadek dan memberasakan apa saja yang lalu di minda yang tak kostan.Semua itu dijadikan ukuran tali tape mengikut sukatan yang memang terhad.Tanpa nusroh dari Allah kerja buat kita dah tentu tak sempurna.PimpinanNya adalah penting dalam setiap apa saja kerja buat.Jadi bermula dengan tak di pimpin,mudahlah kita tergeleceh.Mudahlah gagalnya.Mudahlah dapat ruginya.Mudahlah syaitan memesongkan kemurnian hidup.Mudahlah kita tertipu.Mudahlah kita rugi.Bangkrup lah kita sejak di dunia lagi.Muflislah kita di akhirat……nauzubillah
3 comments:
Assalamualaikum Ayahanda
memang betul kata Ayahanda
nur guru sudah tiada
nur murid sudah tiada
nur ibubapa pun sudah tiada
nauzubillah
Wassalam
Salam ayahanda,
Betul kata ayh tu... Guru dahulu lebih dihormati oleh mak bapak dan murid berbanding sekarang...
Salam ayahanda
mana depa nak hormat guru lagi. Depa pergi sekolah naik merc, BMW, estima. Cikgu depa naik motor atau proton. Dulu kita naik bas, cikgu pula naik iskura...
Seperkara lagi ibubapa pulak suka bincang kelemahan guru depan anak. Jadi anak kuatlah komplen guru...
Wallahuaklam
Post a Comment