IGAUAN KU………..PART ONE
Dengan nama Allah , 99 semuanya
Ada kalanya mengigau itu benar
Ku mulai dengan senyum dan tawa
( aku tulis igauan ini dalam 'tidur'....satu eksperimen DI ‘TEATER SRENGENGE’)
Asap putih menjulang tinggi mencecah setinggi pokok durian,pokok rambutan ,nangka dan cempedak . Malah turut juga mencecah pokok kelapa . Segala dedaunan yang kering di musim kemarau ini dikumpul bersama reranting kering mudah dibakar . Dan dah menjadi kelaziman penduduk setempat Banggol Derdap membuat kerja ini semenjak datuk-nenek lagi. Membersihkan kawasan , membunuh segala serangga2 yang berbisa dan lipan dan ular yang suka berselindong di sebalik semak-samun ini. Berkepul-kepul asap menujahkan diri di celah2 dedaunan dan reranting dan dapat dilihat sejauh kampung2 Namek, Sadu dan juga Banggol Kiat. Bau aroma dedaunan kering ini dapat dirasai oleh hidong2 yang sensitif. Ada rasa masam ,tengik yang boleh memberikan rasa loya kepada perempuan2 yang mengandung. Terdengar aku teranan tekak meluah kan muntah . Perempuan di kala ini mudah mengandung kerana musim kemarau rasa cukup sejuk di waktu malam.Anak2 kecil pula tidor awal kerana penat bermain bola dan sebagainya di waktu siang.Itu semua memudahkan orang jantan membuat operasi.
Asap tebal berselimut di segenap penjuru alam Banggol Derdap.Sekejap lagi apabila angin timur musim kemarau bertiup ia berlari berpintal2 menuju ke sana-sini , terlihat sebagai naga berekor panjang berkejar-kejaran , memintasi satu sama lain. Nyamuk2 membawa diri menyusup di mana-mana saja yang dapat dan ada kalanya tewas dan terkulai jatuh ke tanah kerana lemas , dan mengakhirnya hayat mereka di situ.
Haji Hammad memandang kejadian itu semua dari jauh di Bukit Srengenge.Bersamanya ialah Abdul Aziz yang baru pulang dari England.Dia asyik mendengar cerita2 kemajuan di negeri orang putih itu. Aziz juga memberitau Haji Hammad supaya jangan mudah tertipu oleh kemerdekaan.Kemerdekaan yang tidak di isi dengan ilmu tidak akan mendatangkan manfaat kepada bangsa.Bangsa akhirnya akan rugi.Bangsa tak dapat terbela., dan bangsa yang cerdik akan membunuh bangsa yang lalai dengan khayalan dan semangat membuta-tuli.

Merdeka perlu di isi sebaik2nya supaya dalam tempoh yang terdekat bangsa akan maju , jangan lagi lama merdeka lagi mudarat membaluti bangsa sendiri. Lebih2 lagi apabila masing2 membawa akhlak politik yang tidak baik.Politik bukan kotor , tapi akhlak politik yang dibawa oleh penganut2nya yang akan mengkotori politik itu. Ia seperti makanan yang tercemar , kalau dimakan ia akan menmudaratkan diri orang yang memakannya. Di masa inilah musuh2 akan mengambil peluang yang ada kerana kita sakit. Orang sakit tidak akan berupaya melakukan kerja dengan sempurna. Lama juga Haji Hammad berbincang dengan A.Aziz di kebunnya. Tak lama lagi Aziz akan ke Singapura kerana ada jawatan yang ditawarkan kepadanya.Dia adalah antara hasil pertama yang dipelopori oleh Pak Nor dengan menghantar anak2 muridnya ke sekolah Inggeris.
Akan bersambung in part two.
7 comments:
Assallamualaikum Bapa,
Merdeka..Merdeka ..Merdeka
dah 53 tahun Merdeka..makin banyak kedai Cina..makin banyak tulisan Cina..
Assalamualaikum Ayahanda
betul ke
kebun kalau tak di asapkan
hasil buah nya tak menjadi
Wassalam
Assalamualaikum ayahanda,
Dulu ayahanda sasterawan juga ke?
Sedapnya bila berbicara....
salam nadz,
kita jauh ketinggalan dalam serba-serbi.
terimakasih kerana bertandang ke laman saya.
wassalam.
salam Rozali,
asap membunuh ulat2 di pepohon,itu saja.Bila pokok sihat,buahnya pun menjadi.
Wassalam.
salam mama ju,
saya cuma belajar sastera.
Kemudian jadi guru sastera.
Wassalam.
Salam tuan,
Good effort dan tak sabar menanti kemunculan part two.
Post a Comment