Tuesday, April 6, 2010

MENGAPA AKU PENCEN AWAL


MENGAPA AKU PENCEN AWAL

Dengan nama Allah,99 semuanya

Kalau paksa bekerja , mudah dapat tension . Pasai tu kena pilih kerja yang kita minat . Kita seronok bekerja atau membuat sesuatu yang kita minat . Kita tak rasa penat dan jiwa mendapat kepuasan . Yang dah tersilap pilih kerja ,ini saja caranya : Goodbye tension , hello pension.



Aku dulu tension juga . Aku tension kerana di masa tu aku meluat dengan gara-gara bekerja di bawah skim SSB . Skim Saraan Baru . Aku melihat skim tu langsung tak sesuai dengan tugas pendidik . Bila skim tu berjalan macam-macam kerenah baru tercetus . Budaya mengampu mula timbul . Ampu tu tak apa , tapi ampu jijak kepala kawan . Kerana nak dapat tanggagaji 'menegak' dan 'melintang' masing2 cuba mengampu boss . Ada yang cuba jijak kepala kawan . Aku rasa cukup jijik macam taik . Boss pun mula kembang pungkur bila hari2 kena kipas. Dia tak tau akibat yang akan menimpa .


Tak sampai setahun aku ambil tindakan buat option . Umur ku masa tu baru 51 tahun . Dah boleh buat option . Mula2 susah ku dibuatnya . Boss tak mau rekomen . Dua kali aku buat permohonan . Lepas tu aku sendiri paksa boss aku , dan aku hantar sendiri permohonan ku ,kerana bimbang tak sampai . Kemudian aku hubungi kawanku di kementerian supaya dia tengok permohonan ku . Permohonan ku memang dapat perhatian pegawai2 di sana . Pasainya aku kondem SSB .Seolah2 aku kondem depa yang dok di atas. Aku terus membuat rayuan pada Illahi , dan akhirnya aku dapat kelulusan bersara . ..............SSB ( Susah-Susah , Bersara ) .



Tak berapa lama SSB pun diganti dengan skim lain, kerana memang tak sesuai .........tak sampai 10 tahun dilaksanakan.........aku gembira kerana ku percayai pendapat aku di ambil kira oleh orang2 atasan. …alhamdulillah

9 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ayahanda,

SSB - susah susah bersara!
memang time tu...gitulah gayanya. yg pandai kipas2 bos, dapat menegak..melintang! tapi kak nab tawakkal kpd Allah SWT..kita buat keje kita..ada rezeki kita tak kemananya! sudahnya..kak nab dapat APC sebanyak 2 kali..alhamdulillah!

YB said...

Salam ayahanda

SSB-Saya Sayang Bos

tahun terakhir saya berkhidmat di sektor awam saya dapat merit. Nak pujuk kot...

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Saya masih dalam perkhimatan lagi
sudah alami 3 syistem dan mukin ada yg baru

Allah permudahkan urusan kami

Kirim salam kat Bonda
Wassalam

Atikah said...

Salam Ayah,

SSB cam tu ya... tak pernah tahu.. coz tak kerja tetap kat gomen...

mama ju said...

salam ayahanda

Ayah saya bersara pada umor 50 tahun.Masa tu dia gurubasar.rasanya dia tak tahan dgn kerenah...apa yg dia buat byk tak dipersetujui, ada pulak org nak cantas2...

Mama pulak berhenti kerja bila dapat anak.....sebelumnya bercuti 3 tahun...lepas tu sedap pulak duduk rumah....

Anonymous said...

Salam ayahanda,

ohh ada skim mcm tu.. ok gak dapat bersara awal :)

ijoi said...

Salam ayahanda

Pas ni skim apa pula tak tau. Ada 8 thn lagi nie

Rosma Majidee said...

Salam ayahanda,

Tentu seronok dpt pencen awal. Saya pun berdoa supaya mampu utk pencen pd umur 50 tahun. InsyaAllah.

Anonymous said...

salsm.....saya tengah berkira2 nk pencen awal, saya tension brkerja,perangai anak2 buah, progrm2 n lain2 lgi, ank dh krja senua...