KAMI DULU2 TAK DAK APA
Aku ialah hasil dari sekolah atap , berlantai tanah . Tiada ada buku tulis , Cuma yang ku ada ialah sekeping papan batu dan sebatang kalam.Sebuah buku teks tulisan jawi.Itu saja.Lain tiada.Ku isikan semua itu dalam beg buatan mengkuang.Hari2 itulah yang ku bawa bila ke sekolah.
Aku tak pernah pakai neck-tie ,aku ke sekolah berkaki ayam .Aku berjalan merentas belukar.Kalau hujan aku gunakan pelepah pisang sebagai payung.Kadang2 guna daun keladi kemahang,ia lebih lebar dari daun pisang.
Setiap hari aku berbekalkan ubi rebus .Sekali-sekali aku bawa nasi sejuk berlauk haruan bakar dan sedikit garam. Nasi emak ku bungkus dengan upeh pinang . Masa tu tak dak apa .Kalau ada Tupperware , itu satu benda yang ajaib. Tak pernah dengar nama Tupperware . Tak pernah terlintas di kepala aku .Hidup ku laksana KUNTA_KINTE .

Cikgu cedok air telaga untuk murid2 minum.Minum dalam gelok .Kami cerdik , kami bergabong menuntut kemerdekaan . Kami tak berpecah-belah . Pemimpin kami tak tamak-haloba , tak himpun harta bertimbun . Tak pernah dengar duit berjuta-juta . Kalau ada pun habis dinafkah untuk rakyat . Sahabat2 Nabi saw lebih hebat lagi.Saidina Bakar korban semua harta untuk agama . CT Khatijah pun sama . Tak berbangga dengan dunia kerana akhirat Abadan-abada .
9 comments:
Assalamualaikum Ayahanda
itu keberkatan hidup sederhana
pabila ada kemewahan
maka tanda2 kiamat akan menjelma
kirim salam kat Bonda
Wassalam
Salam Ayahanda,
az terlupa benda-benda ni kerana kemewahan. Teringat segar kembali:
1.masa mula-mula g sekolah berkaki ayam juga
2. bila hujan gun a pepelpah pisang buat payung. keladi tu tak berapa guna
3. bawa bekal nasi daun upih juga
4. kadang2 bekal nasi bungkus daun pisang
4. bawa duit poke 5 sen kalau mak tak sempat bekalkan nasi
5. makan nasi berlaukna majern sahaja
Salam Ayah & mak...
Sekarang nie, semuanya berubah kerana harta dan pangkat...
Assalamualaikum,
Semoga Ayah & Mak senantiasa berada dlm lindungan Allah SWT sentiasa..AMIN.
Betol ayah..manusia skrg berlumba2 mngejar kemewahan dunia yg fana ini..Seolah2 semua itu akan dibawa bersama ke akhirat kelak..
Syukur dan bersderhana itulah yg lebih baik..semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan yg mementingkan keduniaan..InsyaAllah..AMIN
Salam buat bonda dan adik2..
Wassalam
salam ayahanda
Nampaknya ayahanda boleh bukukan tulisan2 ni buat tatapan rakyat malaysia.!Cara penyampaian tu menariklah..
Salam tuan,
Menonton filem"Pendekar Bujang Lapok"teringat saya kepada sekolah saya dulu diTelok Pasu Kuala Terengganu.Nasi berlaukkan keropok keping,budu dan kadang kadang minyak ikan goreng.Anehnya anak anak tidak mahu mendengar kesengsaran kita dulu dulu.Wassalam
salam ayahanda
maaf tumpang lalu, lari tajuk..
CP ke alor setar naik flight aritu, x dpt singgah.. InsyaAllah, nanti CP bawa geng2 GKB hanis, atikah, syima n afeezz terjah ke utara ye ayah..
salam from Makkah..
salam ayah..
budak budak zaman skg tak reti nak hargai budi pekerti dan adab..tu lah pasal skg banyak masalah perangai dan huru hara..
waslam
salam ayahanda
anakanda faham apa yg ayahanda kiaskan sehingga menjadi kerisauan
itulah realiti politik masa kini
Post a Comment