Saturday, December 30, 2017

Bersastera kerana Allah , untuk manusia






Banggol Derdap menjadi sepi sekembalinya arwah Shahnon Ahmad menemui Allah Azzawajala.........arwah menempahkan diri dalam dunia sastera yang penuh dengan liku2 hidup masyarakat yang bergelimpang puang dengan duri2 dan ranjau menghimpit ruang rongga dari hujung kaki ke hujung rambut.
Walaupun bukan hasrat arwah nak terjun dalam dunia kesusasteraan , tapi itulah pilihan Allah sejak azali lagi.Mengikut Tan Sri Hanafiah ,anak saudara arwah ,Shahnon memilih perjawatan dalam bidang ketenteraan.Tapi kata anaknda Tan sri ,Shafaruddin Hanafiah QUOTE :...
"Menurut ayah saya, perkara yg ramai org tak tahu, sebenarnya bidang sastera, menjadi novelis malahan menjadi guru/pensyarah bukan cita2 asal beliau selepas Senior Cambridge. Selepas lulus Senior Cambridge arwah telah ke Port Dickson menjalani latihan tentera utk menjadi Potential Officer dlm tentera British. Selepas latihan 6 bulan beliau akan ke England utk jadi pegawai dlm British Army. Tapi beliau terpaksa membatalkan hasrat ini sebab tercedera patah kaki semasa latihan di PD. Maka selepas itu beliau balik semula ke Kedah dan kemudian ke Kuala Trengganu tinggal bersama abang beliau Hj Mohd Noh Ahmad (arwah) yg baru jadi Inspektor Polis di sana. Tak lama beliau d sana, kurang setahun dan mengajar sbg guru inggeris di Grammar School, KT.
Beliau telah kembali ke Alor Setar dan mengajar bahasa inggeris di Gunung Keriang Malay School, Alor Setar. Semasa di sinilah beliau mula menulis di Utusan Zaman, Utusan Melayu, Mastika... permulaannya dlm dunia sastera.
Walaupun aspirasi arwah selepas mendapat pendidikan sekolah inggeris utk menjadi pegawai tentera British tapi perancangan Allah lebih besar dan mulia, menjadi sasterawan n pendidik sambil memurtabatkn bahasa Melayu."


Friday, December 29, 2017

Belasungkawa: Mengenang karyawan berani Shahnon Ahmad




Suasana hening di hari Pak Shahnon dijemput oleh kekasih sejati Allah Azzawajala...........doa semoga arwah mendapat sepenuh kecintaan dan kesayanganNya........aamiinnn
Gambar bersama Kak Wan ,isteri arwah dan saudara mara dan sahabat2 di majlis sembahyang jenazah di Bangi,Seksyen 3

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 90...INGATAN CEPAT PUPUS




Tanggal 5 Mei 2015 ......tak aku melupainya......aku diserang minor stroke,belah kiri..........sejak itu kesihatan ku dah tak stable.......alhamdulillah,aku cepat semboh diatas nasihat kekawan........terutama melawan emosi.........3 hari pertama,memori ku banyak yang hilang.......bacaan dalam sembahyang aku lupa di banyak tempatnya........sekarang aku hilang ingatan pada kekawan ku sejak sekolah dulu......aku tak boleh maintain lagi hampir2 10% dalam ingatan.......aku sebagai kena mental torture macam orang kena tahanan ISA........cuma nama ku saja ISA,diberi oleh ayahku sejak aku lahir.
Di hari Pak Shahnon meninggal dunia seorang kawan baik Zainol Din datang ke Banggol Derdap.......dia mai jauh dari Kuala Lumpur........aku langsung tak kenai dia.....56 tahun kami berpisah.........selama lebih sejam aku menggagau dalam memori.......tak juga kesampaian.......dia memberi maklumat begitu begini , tak juga aku menemuinya........nasib baik isterinya menghulurkan gambar semasa dia muda dulu.........baru aku dapat pengecaman.........tapi mengambil masa yang lama..........
Pada malamnya aku kerobek sana sini mencari gambar2 lama...........aku jumpai beberapa keping gambarnya ,masih clear dan belum rosak...........alhamdulillah,barulah jerubu menghilang dan aku dapat flashback di masa aku bersama dia di sekolah dulu...........aku pohon moga ingatan ku puleh semula.........maaf Zainol Din , itu bukanlah kehendak ku.
Gambar nya cukup berbeza antara muda dan tua

Thursday, December 28, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA...NO. 89....NOVEL PERTAMA RENTONG OLEH SHAHNON AHMAD




Novel pertamanya Rentong
Sambil berkenalan dengan bapa cikgu Shahnon
Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran sehariannya Pak Mat adalah berasal dari Medan, Sumatera dan telah meninggal dunia pada tahun 1981.Nama asalnya Mohamad Nasharuddin. Waktu muda, Haji Ahmad telah mengembara dari tempat asalnya dan berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di Sik. Pada mulanya, dia bekerja di Jabatan Ukur dan kemudian menjadi posmen. Pada masa Perang Dunia Kedua, dia menjadi perisikkepada pihak British bagi mencari maklumat-maklumat rahsia tentang gerakan-gerakan pihak Jepun. Sesuai dengan tugasnya sebagai posmen, dia bebas masuk ke kubu-kubu[1] tentera Jepun untuk membantu pihak British ketika itu. Kubu-kubu pihak Jepun ketika itu terletak di Gurun dan Guar Chempedak.
Sebagai orang yang agak berpelajaran, Haji Ahmad sedar akan kepentingan menyekolahkan anak-anaknya. Haji Ahmad adalah golongan yang berpendidikan kerana telah banyak merantau sebelum sampai dan bermastautin di kampong tersebut. Justeru itu, Shahnon Ahmad mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik pada tahun 1941. Tindakan menyekolahkan kedua-dua[2] anaknya ke sekolah Inggeris di Alor Setar yang jauhnya 72 kilometer dari kampungnya telah dipandang serong oleh orang-orang kampung. Mereka menganggap perbuatannya itu agak luar biasa kerana sebelum ini belum ada lagi orang yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris. Biasanya, seseorang anak di Kampung Banggul Derdap yang tamat sekolah Melayu akan diserah untuk melanjutkan pelajaran di sekolah agama pondok[3].
Pak Mat menggunakan wang hadiah perkhidmatannya yang diterima daripada kerajaaan British untuk perbelanjaan sekolah kedua-dua orang anaknya. Ini kerana apabila pihak Inggeris berkuasa semula pada tahun 1945, telah menawarkan wang hadiah kepadanya atas perkhidmatannya sebagai perisik. Oleh kerana dia tidak mampu menyediakan wang untuk anak-anak bersekolah di luar daerah, Pak Mat mahukan wang hadiah itu ditukar dalam bentuk biasiswa untuk anak-anaknya. Dia berjaya dalam permohonan itu dan kedua-dua orang anaknya merupakan anak Kampung Banggul Derdap yang pertama sekali mendapat pendidikan Inggeris. Pak Mat meninggal dunia pada 1981.

MEMOIR SEORANG PESARA...NO. 88.......MEMOIR SHAHNON AHMAD MEMEMOIRKAN AKU




SEKARANG SHAHNON SENDIRI MENJADI GEMULAH
“SEMALAM, rumahku didatangi dua orang tetamu; gemulah bapa dan gemulah emak.” Begitulah ayat pembukaan memoir Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Detik-detik Diri di Daerah Daif (DBP, 2005). Kematian merupakan tema menonjol dalam memoir ini. Yang mati kembali menemui yang hidup. Terdapat suatu gambaran yang dikarang, menampilkan bentuk kehidupan, amalan, dan pengalaman yang menemui pengakhiran. Kampung dan sungainya menemui kepupusan dan perubahan. Adat tradisi menghilang. Amalan kampung melenyap. Shahnon seperti mengiakan frasa ajaran Islam bahawa “yang hidup pasti akan mati”.
Pembaca dapat menyimpulkan bahawa memoir ini menekuni kisah pengalaman Shahnon Ahmad sewaktu kecil di Banggul Derdap, kisah yang mempengaruhi kepengarangannya, kritikan sosial tentang pembangunan kota yang membunuh kampungnya, serta isu kemusnahan alam sekitar. Namun begitu, memoir ini lebih dalam daripada itu. Shahnon juga bercerita tentang perubahan ruang dan latar. Kisah dan pengalaman yang mula menghilang kerana tidak dapat lagi diingati. Sedikit demi sedikit beliau menyesali, pengalaman dan dunia kepengarangannya akan ditinggalkan dan dilupakan. Seperti dalam prasedar, beliau reda, teks karya yang mewakili zamannya akan pudar dan digantikan dengan teks karya yang baharu. Namun begitu, Shahnon tidak menyedari, teks karyanya akan sentiasa dipandang dan ditelaah dalam renungan pembaca masa hadapan.
“Dia pun menangis sama tanpa mengetahui sebab-sebabnya kerana waktu dia dilahirkan, kampungku itu telah lama menjadi Gemulah. Kampungku telah lama meninggal dunia.” (Shahnon Ahmad, 2005: 191)
Gambar mullah2 keluarga Shahnon Ahmad
1. Tok Kesong (khalsom)
2. Tok Kesong dan Kakak Shahnon ...Tok Esah
3. Lebai Saad sepupu Shahnon ,yang banyak memberi ide2 dalam penulisan Shahnon
4. Tok Liah mak saudara Shahnon ....beliau turut berlakon dalam RSJalan

Wednesday, December 27, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 87.....ME & MYSELF




Borned from a poor and rural family in the disrict of Sik , Kedah. Life was then very harsh for the family as I was born at the time when the Japanese invaded Malaya . My poor mother and father had to work hard as food was scarce . As everybody knows the Japanese confiscated anything for their own use ……..especially rice . My family had no choice but to eat tapioca cooked with leaves collected from the forest . Since small my diet was either mashed roasted bananas or ubi torak rebus . And I presumed most of the babies in the village ate that too.Yeah, I was brought-up in that kampong , far in the jungle . The jungle life I got made me more or less like “ Kunta-Kinte” . The jungle was a “city” by itself . The experience of jungle life made me experts in certain fields . I can collect leaves , roots , shoots of trees that can be eaten .I could trap pelandok easily , I was able to catch them alive through a special method of drumming the ground. The pelandok will come jumping and dancing ,thinking that it was King Solomon’s beating the drum . Nowadays no way I can catch them . There are no more pelandoks . Everyday climbing up trees wasa must . Then jumping down using the akar kayu like what the Tarzan used to do . Most fathers and mothers never bothered their children daily activities . The jungle was our playground . We too played football . We kicked pameloes all over through shrubs and bushes . Of course barefooted..I cannot remember how the hell I was sent to school . I was a good scholar . I never skip attending school. I liked attending school. It was here that I learned to ‘love’ school teachers . And teachers ‘love’ me too . I often brought presents to my teachers . Mostly fruits of the jungle . Petai is no acceptional . My teachers also like buah lemba . It is a magic fruit : If you eat buah lemba , the plain water that you drink gets sweeter . Daily I walked about 2 kilometers to school , through the deep jungle.....half-way naked because I had to cross through padi fields.After which I had to wash myself at he river........from mud and what not.....at that time we had no books , only slate ( komputer zaman dulu)
scenerio of my village......padi fields and jungles

Tuesday, December 26, 2017

PROF EMERITUS DATO' SHAHNON AHMAD



KUALA LUMPUR: Negara hari ini kehilangan tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada kesusasteraan negara apabila Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Dato' Shahnon Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital KPJ, Kajang, pagi tadi.
Anak bongsunya, Asrulsani Shahnon berkata, bapanya yang sudah hampir enam bulan tinggal bersamanya di Bandar Baru Bangi, meninggal dunia akibat paru-paru berair kira-kira jam 7.30 pagi.
"Bapa saya dimasukkan ke Hospital KPJ, Kajang sejak beberapa hari lalu dan jenazahnya akan diuruskan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada selepas Zuhur sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi.
Shahnon yang dilahirkan di Sik, Kedah, meninggalkan isterinya, Datin Wan Fatimah Wan Salleh serta empat orang anak.
Shahnon bukanlah satu sosok biasa kerana ketokohannya tidak hanya diperlihatkan dalam bidang kesusasteraan malah turut terpamer sebagai seorang ahli akademik hingga melangkaui kepada arena politik negara.
Shahnon yang disebut sebagai identiti dunia kesusasteraan Melayu moden dan bahasa Melayu menjadi penerima kedua penobatan Anugerah Sastera Negara (ASN), iaitu pengiktirafan sastera tertinggi dalam negara yang membawa gelaran SN pada tahun 1982.
Ketokohannya menyebabkan Shahnon disamakan dengan penulis barat paling berpengaruh abad ke-19, Victor Hugo, pada penganugerahan ASN itu.
Sebagai pengarang, Shahnon kritis dan lantang dalam memaparkan pemikirannya melalui karya yang tidak sekadar mengungkapkan perihal kehidupan masyarakat kota dan mereka di desa tetapi rencam dengan perihal kehidupan serta sosio ekonomi orang Melayu hingga mencakupi kepada isu politik dan agama.
Kewibawaannya sebagai seorang novelis tidak dapat disangkal dengan kelahiran pelbagai karya daripada Rentung yang diterbitkan pada 1965, Menteri (1967), Srengenge (1973), Seluang Menodak Baung (1978), Tunggul-Tunggul Gerigis (1988), Tivi (1995) dan Igauan Dan Cerita-Cerita Lain (1996).
Novel Ranjau Sepanjang Jalan yang diterbitkan pada tahun 1966 menandakan puncak kejayaan Shahnon dalam penulisan malah novel itu bukan saja diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul No Harvest But A Thorn malah ia juga turut dipilih The Sydney Morning Herald sebagai satu antara 10 novel yang terpenting bagi tahun 1972.
Shahnon terampil sebagai seorang yang tersendiri, pemikir serta pengkritik yang kritis. Uniknya, beliau bukan saja memiliki perspektif terhadap karya penulis sezamannya malah pada karya beliau sendiri.
Buktinya, Shahnon tidak malu menolak Ranjau Sepanjang Jalan selepas ramai pengulas sastera beranggapan novel itu menyimpang daripada nilai Islam.
Sebagai seorang sarjana, Shahnon juga merakam sejarah tersendiri apabila beliau menjadi ahli akademik pertama negara yang diberi gelaran Prof Emeritus pada 1993.
Tidak sekadar menggoncang dunia sastera dan menonjolkan sumbangan tersendiri dalam dunia akademik, Shahnon juga mula diberi perhatian mereka di luar lingkungan sastera apabila menghasilkan novel satira politik, Shit.

Novel yang diterbitkan pada tahun 1999 itu memaparkan ketahanannya yang tersendiri ketika politik negara berkecamuk dengan aliran pemikiran dua tokoh pemimpin kanan negara pada ketika itu.
Tidak hanya menjadi pengarang paling banyak dihimpit kontroversi, Shahnon juga berkebolehan dalam politik dan pembabitannya dalam dunia siasah menyaksikan beliau pernah menyertai PAS bertanding dan kemudian memenangi pilihan raya kawasan Parlimen Sik.
1121 dibaca
SASTERAWAN Negara (SN), Prof Emeritus Dato' Shahnon Ahmad. -Foto Zuhainy Zulkifli

NUKILAN SAUDARA Yahaya Ismail MENGIRINGI ARWAH DATUK SHAHNON AHMAD



NUKILAN SAUDARA Yahaya Ismail MENGIRINGI ARWAH DATUK SHAHNON AHMAD
SAHABATKU
DATO' PROF SHAHNON AHMAD
Bila sampai waktu kata-kata hilang makna, nafas berhenti, mata tutup hanya bisikan ucapan dua kalimah syahadat, lalu kembali pada Yang Maha Kuasa. Tinggallah harta dunia, kaum keluarga, sahabat handai. Di alam barzah lain pula kisahnya. Pengembaraan hidup masih belum tamat. Menunggu kehakiman Maha Kuasa menentukan nasib abadi syurga atau neraka.
Shahnon Ahmad sahabat karibku sejak kami sama-sama bergelut dalam marah dan cinta, melontar kata dan buah fikiran menggegar dunia sastera di tahun 60n sampai 80n. Aku masih ingat novelnya RENTONG, RANJAU SEPANJANG JALAN, SERENGENGE, TERDEDAH, MENTERI, kumpulan cerpennya DEBU MERAH dan berbagai eseinya yang bertebaran.
Dia pernah melanjutkan pengajian serta bekerja di Australian National University (ANU), Canberra aku di Monash, Melbourne. Aku pernah makan dan tidur di rumahnya. Aku juga pernah memberi ceramah politik budaya Malaysia di ANU sewaktu mengikuti pengajian pasca-siswazah di Monash. Lagi sekali kami berjumpa waktu aku menjadi pensyarah di USM, dan Shahnon sedang menyiapkan thesis MAnya.
Shahnon dengan aku banyak persamaan dan banyak juga perbedzaan dalam perjuangan sastera dan politik. Dia pernah menyertai PAS dan pernah menjadi ahli Parlimen atas tiket PAS.Cintakasih dan bakti Shahnon bukan dalam politik tapi sastera. Ini dunianya lahir batin. Ini dunia yang mengharumkan namanya. Ini sumbangan buah fikirannyan yang besar memperkayakan sastera bangsa. Dia wajar mendapat gelaran Sasterawan Negara. Hari ini Shahnon Ahmad menemui Al-khaliq. Marilah kita,para sahabatnya dan para peminat sastera sedekah alfatihah kepadanya. Moga-moga Allah menempatkannya bersama para syuhada dan mereka yang dikasihiNya di syurga.
Gambar rumah Lahuma dan Jeha

KEMBALINYA SEORANG SASTERAWAN NEGARA


Shahnon Ahmad yang dijemput Allah pada hari ini .........moga Allah cucuri rahmat padanya dalam perjuangan memertabatkan rakyat miskin dan tertindas yang tak sudah-sudah......aku anak Ranjau Sepanjang Jalan.......aku mengerti apa itu rakyat ,aku mengerti apa miskin , aku mengerti apa itu ranjau dan segala mak-nenek yang di ketengahan Shahnon.........aku bergelumang dalam selut , dalam belantara yang sama pernah diharungi oleh arwah......biar srengenge tersergam huduh macam hantu , rakyat perlu di beri sedikit kesenangan , bukan banyak.......yang banyak tu ambik lah wahai yang memupuk demokrasi yang penuh penipuan dan masih membawa the road to nowhere.

Sunday, December 24, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 86........PUCUK PAKU / SIPUT KECO TANJUNG PARI




Sampai Bendang Man jumpa rimba,jalan mati.......bila kerajaan buat jalan menuju ke Weng orang tak berani lagi melaluinya sehingga sesuatu ketika.........harimau masih berkeliaran , gajah tak ada........sehari demi sehari pemburu mula beroperasi.........hasil cukup lumayan : pelanduk landak kijang dan burung punai dan sebagainya.
Waktu itu aku ada sebuah motor honda 50cc PB 92 ......kuat motor orang jepun ni.........aku pakat dengan kekawan berkonvoi ke Tanjung Pari.......mencari keco dan pucuk paku.........di Chepir pun banyak benda2 ni.......tapi Tanjung Pari mempunyai surplus supply.......bawa bersama guni tepong gandum sebagai bekas keco........
Pagi2 lagi dah sampai...........memang surplusnya keco dan tak terkira banyaknya pucuk paku.......sekejap saja kami memungut dan mengutip.........benda2 ni dulu tak lagi mempunyai nilai ekonomi........lani keco saja 8 ringgit sekilo ,pucuk paku sebesar lengan kanak2 dah 2 ringgit............
Semacam juga dengan balak...la ni balak diangkut oleh orang2 ternama........di'rogol'nya gunung-ganang bukit bukau.........sehingga kering air masyarakat.........di musim hujan air menjadi keroh berselut..........padan muka,pilih depa lagi.............esok mengundi lagi , dan depa akan menang lagi.........kerana demokrasi ialah sebuah penipuan.

GENG 66 REUNION 2017 SEK KEB HIGH CHAPPARAL ( CHEPIR)




Dah cukup seminggu nostalgiaku bersama geng 66 SKC berkisar di alam nyata.......bermacam2 perencah dah ku muatkan untuk tatapan bersama.......dari dulu-dulu semasa geng 66 masih kecil sehingga memcecah umur remaja.......kini geng 66 sudah menjadi bapa dan ibu dan ada yang qualify sebagai datuk ,dah bercucu....alhamdulillah........
Orang2 lama dah menjadi mullah , masih termuat di ingatan ,melekat sampai bila2.........banyak lagi cerita menarik bersama mereka.........mereka mencantikkan suasana di alam maya......hidup mereka dulu bahagia , walaupun tiada berharta tapi jiwa mereka suci bersih sebagai kaca.......
Sedikit cerita dengan arwah Pak Su Hussain di Bendang Tebal ,di belakang rumah Mahani Zakaria .........kerap aku bersantai di jemorang rumahnya ........cuma untuk menggobek sireh-pinang.......sekali-sekali cuba try bergendang dengan gendang-silat...........Pak Su ialah seorang ahli silat..........aku silat keling boleh sikit2.....moga arwahnya dan arwah maksu diampuni dosa2 mereka.
Semoga jumpa lagi kalau umurku panjang.......buatlah perjumpaan 2 atau 3 tahun sekali,kerana menjalinkan salitulrahim memang disukai Allah........ia penawar bagi rohani dan jasmani.........bagai dikata 'kita semua adek-badek'.
Wassalam...disudahi dengan nama Allah 99 semuanya.

Friday, December 22, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 84.....MULLAH ORANG LAMA




Mullah2 orang dulu bisa saja dikenali.......kerana asal dari satu keturunan.......dengan loghat bahasa yang sama ,kita adalah dari satu rumpun.......rumpun Pattani.....pada tahun 2006 rumpun Pattani telah membuat satu reunion secara besaran di Banggol Derdap ....dari keturunan Wan Ibrahim Mekong ........buat kenuri 6 ekor lembu di Persekitaran rumah Tuan Haji Ahmad Haji Musa .....yang hadzir dari Sik Baling Gerik Taiping kukurho dlain2...........kompuak kita jadi pelarian dari kekejaman pemertintah yang misgoverned.........semacam yang berlaku sekarang ini kepada Rohingya Palestin Kemboja di zaman Polpot dulu.........banyak kaum keluarga kita yang baru saya temui melalui Bang Wie dari Batu Kurau.......bahasa ulu dema lebih pekat dari kita di Sik.........Bang Wie telah mengarang dua buah buku cerita dalam loghat bahasa ulu kita........Keresing Kerenyeh dan Heirot Piethok........kalu lama tak bercakap ulu ,jenoh merakak nak baca....lamat.Di kedai Anak Yatim Sik masih ada lagi 2 buah Keresing Kerenyeh yang masih tak terjual.
Ku senaraikan mullah orang lama kita yang masih dalam ingatan Haji Che Ad,Haji Muda ,Haji Senawi ,Pak Da Harun kg jelutong, Tok Siak Kg Jering (suami Tok Piah) , Tok Imam Hj.Umar ,Haji A Hamid ,Md Suji , A Hamid (bapa Md Isa Jawi),Haji Ismail kelantan ,Haji A Rahman ( bapa Yub Chepir),Tok Walong Kg Jerai , Pak Jab ( suami mak Teh Miah,sekarang tinggal di Bendang Man .
,Saad Che Lah Bendang Man Haji Shafie (bapak Abd Moin Shafie dll. dll.dll........ada yang terlupa, maaf tak tersebut

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 83.....CHEPIR THE UNKNOWN STORIES Igauan dan ngelamunan ku masih berkisar di rantau High Chapparal.........memori sekali hinggap di ranting yang kukuh , susah nak melepaskan cengkamannya....... Zaman dulu musim kemarau memakan masa dari 3 atau 4 bulan lamanya.Lima tahun sekali kemaraunya lebih panjang........pekan koboi Chepir berdiri teguh walaupun diselimuti oleh debu.........sekali lori balak Haji Salim melintasi , lemas berhabok memakan masa kalau tidak ada angin yang mengangkutnya membawa lari ke arah tertentu.......di musim kemaraulah rancaknya pergi mari lori balak.......musim hujan tiadak ada laluan,sebab lincin........saputangan kami gunakan untuk menutup hidung........diikat sepertimana digunakan koboi2 dulu. Taik hidung tebal melekat kerana tapisan debu tak keupayaan disekat oleh bulu hidung........sokmo kena basuh muka ,supaya debu dibersihkan.........pemakanan yang disediakan di kedai Tok Pin pun di selimuti oleh kain .......dihamparkan diatas tudung2 saji.........sekali sekali Tok Pin akan menjuruskan air di atas jalan supaya basah...........di dedaunan pokok2 ,dan atap rumah di tepi jalan semua merah kemerahan dengan debu tanah........kata Arwah ust Man , boleh buat untuk tayamum debu tu semua........menunggu sedikit hujan boleh meringankan beban pernafasan......... Bila tiba musim hujan kami beraya sakan......kami guru2 yang berulang dari Sik.......sebuah Hillman untuk lelaki dan sebuah untuk guru pompuan.......harus dipandu cermat ,kalau tidak terhumban dalam parit..........pemandunya dah mahir ,tak boleh guna brake,kereta akan terbabas.......bergerak perlahan2...guna gear 1 dan dua....tak sempat masok gear 3.......masaalah debu dah OK........bila turun bukit ,kereta menggelungsur dalam gear 1...........kami masing2 beryeah-yeah , menunggu saja kalau terjadi kemalangan..........kalau mati tentu jadi ahli syahid........ Kalau hujan masih mencurah ,pukul 9 pagi sekolah kekadangnya tak boleh bermula........murid2 pun belum sampai.........perjalanan mereka lebih sukar dari perjalanan cikgu2..........kampong mereka jauh dari sekolah.........mereka berjalan kaki , kekadang basah kuyub..........kerana payung mereka cuma daun pisang atau daun keladi kemahang.Mereka diberi minum kopi panas dan diberi persalinan baju jersey bola / bola jaring..........waktu lepas rehat baru kami mulakan tugas........orang jabatan tak tau apa yang berlaku.......... Di hari2 tertentu kami diberi makan buah nangka masak di bilik guru.......Pak Lang Derani , tukang kebun akan melayan kami ..........bau aroma buah nangka masak menyelubungi seluruh sekolah..........sekolah kami kecik .......keluarga kami cukup harmoni........Gurubesar tak kisahkan kami,dia buat kerjanya dalam pejabat..........dia orang tua,kami semua muda2....... Di musim buah2an kami tak larat makan buah2 kayu.....moktan langsat durian ........pisang tu sokmo ada.........bluuuurrr terasa kenyang. Foto Nginap Srengenge.




Igauan dan ngelamunan ku masih berkisar di rantau High Chapparal.........memori sekali hinggap di ranting yang kukuh , susah nak melepaskan cengkamannya.......
Zaman dulu musim kemarau memakan masa dari 3 atau 4 bulan lamanya.Lima tahun sekali kemaraunya lebih panjang........pekan koboi Chepir berdiri teguh walaupun diselimuti oleh debu.........sekali lori balak Haji Salim melintasi , lemas berhabok memakan masa kalau tidak ada angin yang mengangkutnya membawa lari ke arah tertentu.......di musim kemaraulah rancaknya pergi mari lori balak.......musim hujan tiadak ada laluan,sebab lincin........saputangan kami gunakan untuk menutup hidung........diikat sepertimana digunakan koboi2 dulu.
Taik hidung tebal melekat kerana tapisan debu tak keupayaan disekat oleh bulu hidung........sokmo kena basuh muka ,supaya debu dibersihkan.........pemakanan yang disediakan di kedai Tok Pin pun di selimuti oleh kain .......dihamparkan diatas tudung2 saji.........sekali sekali Tok Pin akan menjuruskan air di atas jalan supaya basah...........di dedaunan pokok2 ,dan atap rumah di tepi jalan semua merah kemerahan dengan debu tanah........kata Arwah ust Man , boleh buat untuk tayamum debu tu semua........menunggu sedikit hujan boleh meringankan beban pernafasan.........
Bila tiba musim hujan kami beraya sakan......kami guru2 yang berulang dari Sik.......sebuah Hillman untuk lelaki dan sebuah untuk guru pompuan.......harus dipandu cermat ,kalau tidak terhumban dalam parit..........pemandunya dah mahir ,tak boleh guna brake,kereta akan terbabas.......bergerak perlahan2...guna gear 1 dan dua....tak sempat masok gear 3.......masaalah debu dah OK........bila turun bukit ,kereta menggelungsur dalam gear 1...........kami masing2 beryeah-yeah , menunggu saja kalau terjadi kemalangan..........kalau mati tentu jadi ahli syahid........
Kalau hujan masih mencurah ,pukul 9 pagi sekolah kekadangnya tak boleh bermula........murid2 pun belum sampai.........perjalanan mereka lebih sukar dari perjalanan cikgu2..........kampong mereka jauh dari sekolah.........mereka berjalan kaki , kekadang basah kuyub..........kerana payung mereka cuma daun pisang atau daun keladi kemahang.Mereka diberi minum kopi panas dan diberi persalinan baju jersey bola / bola jaring..........waktu lepas rehat baru kami mulakan tugas........orang jabatan tak tau apa yang berlaku..........
Di hari2 tertentu kami diberi makan buah nangka masak di bilik guru.......Pak Lang Derani , tukang kebun akan melayan kami ..........bau aroma buah nangka masak menyelubungi seluruh sekolah..........sekolah kami kecik .......keluarga kami cukup harmoni........Gurubesar tak kisahkan kami,dia buat kerjanya dalam pejabat..........dia orang tua,kami semua muda2.......
Di musim buah2an kami tak larat makan buah2 kayu.....moktan langsat durian ........pisang tu sokmo ada.........bluuuurrr terasa kenyang.

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 82........PEKAN KOBOI HIGH CHAPPARAL (CHEPIR) MENJELMA KEMBALI




SELEPAS bersama dengan Geng 66 ,bekas2 pelajar ku tempoh hari membuat ingatan ku terpaut kembali kepada Pekan Chepir.......sebuah pekan koboi .Malahan bekas2 pelajar pun tak tau,kerana iklimnya sebelum mereka lahir lagi, tahun 50an/60an.
Dulu tahun 60an Chepir terkenal dengan nama High Chapperal.Jalan masih lagi bertanah merah , berdebu bila musim kering.Becak di musim hujan .Transport mudah waktu itu.Banyak kereta private sapu ( ganti kuda yang digunakan di High Chapparal)….kebanyakannya kereta Hillman….kepunyaan Pak Long Harun,Pak Mid Jelutong,Pak Chik Heng Bendang Man, Chik , Pak Teh Kho,Ismail Muda dan beberapa lagi nama aku dah lupa.Lalu-lintas waktu tu sibok,kerana penduduk belum mempunyai kenderaan motosikal…..basikal ada tapi tak sesuai panas dan bila hujan selut melekat dicelah mudguard.
Cikgu2 yang berulang dari Sik mendapat kemudahan yang diberi oleh arwah2 seperti tersebut di atas……….guru2 semua terkenal sebagai cikgu ‘peace corps’…….pasai rambut semua merah berdebu……..turun kereta semua berkibas2 menanggalkan debu…
Memori menjelajah dan hinggap bila bertemu reranting yang masih kukuh , pokok kerinduan berputik kembali di celah dedaunan yang rimbun , keharuman bunganya semerbak dilarikan angin yang bertiup lembut….aku merasa terawang2 di angkasa , menggamit nostalgia yang masih tersangkut di minda tua ku…..igauan dulu datang lagi…….ia bukan misteri,tapi in realiti.Ingin terjun kembali ke detik silam.
Pekan Chepir meriah dengan penduduknya....ada dua
deretan rumah kedai.......ada kedai getah,kedai runcit,kedai gunting rambut, sebuah restoran kepunyaan Tok Pin ( Ariffin )........ada makanan mee,bihun,nasi dan minuman kopi dan teh,ada minuman sejuk (ais).....ais bata yang dibeli dari Sik........Air menet dalam botol bertong2 ada depan kedai Tok Pin.....
Musim buah2an adalah lebih meriah.........buah2an di kumpul dan lori2 kecil datang membeli......buah keranji yang paling laris......ubi keling ,labu , kacang poi ,petai ,genuak dan jering dan bebagai lagi diekspot keluar Chepir..........sekali sekala ada ayam hutan,pelandok dan landak.......
Aku tersenyum lebar mengingati semua itu ,ada tersimpan di kotak memori ku.

LIFE MUST GO ON



LIFE MUST GO ON
Bila dah lama
Mudah jadi tua
Bila dah tua
Mudah jadi pelupa
Mudah2 saja tak ingat
Garam dikata gula
Umoq tinggal sedikit
Mula mai macam2 penyakit
Rambut jadi silver
Dalam darah ada gula
Ada batu tersorok dihempedu
Mata dah lama kelabu
Telinga dah tuli
Dalam mulut tinggal gusi
Kulit keredut sana-sini
Nak makan semua tak sedap lagi
Mula hirup kanji
Setiap pagi
Tau lah tu
Rumah kata pi
Kubur kata mari
Tak lama lagi
Istigfar lagi dan lagi