SUBMITTED BY NGINAPSRENGENGE
Bila tiba musim mengapit tebu……aku turun padang memberi khidmat…………..banyak kerja2 yang perlu , walaupun tanpa pengalaman…………………bau harum semerbak di kawasan pengapit………………bau air tebu sedang mendidih memberi aroma yang tersendiri……………….3 ekor kerbau ditugaskan membuat jentera pengapit beroperasi…………..perlu dipelihara dengan rapi…..cukup rumputnya , dan harus di mandikan………..biar mereka berendam dalam air sungai 2 atau 3 jam selepas bertugas……………mereka ambil turn masing2………..ada shift.
Bahagian memasak ada tekongnya , mengkacau sepanjang masa…….di awasi supaya tidak berbau hangit………..api ada kalanya sederhana dan ada kalanya garang……mengikut keadaan………….di bahagian ini ada petugas2 mengangkut kayu api……………kayu2 yang tidak mengeluarkan abok…………kalau abok masuk dalam kawah,manisan kurang kualitinya………..mereka juga ada shift masing2…………….
Mengkrisek……iaitu membersihkan batang2 tebu dan mengikis kulit luar supaya bersih ……dibasuh dengar air dan biarkan ia kering ……….semua ini ialah kerja gotong royong…………….
Pekerja menyuapkan batang tebu ke pengapit juga ada petugas dan ada shiftnya…………kerja ni merbahaya,takut tangan termasok dalam pengapit………….kena ada kepandaiannya.
Bahagian genohok……..menyediakan makan untuk perkerja2 yang bertugas…………….nasik dan lauknya………..kami ada banyak beras dan belambaknya lauk………….ikan dari bendang dan sungai…………kopi sokmo ada ………kopi plus air tebu yang separuh masak………….sedap dan enak meminumnya………….
Kerani pun ada………..mencatit beberapa banyak seseorang tuanpunya tebu mengapit……………ikut berapa kawah yang dimasak……………..akhir sekali , semua dikutip berapa jumlah mengikut sukatan gantang ……………..hasil kutipan manisan tebu di agih2kan kepada semua petugas…………………termasuk tuan kerbau , ketiga2 tuan kerbau mendapat bahagian masing2.
Sepanjang masa aku berada dilokasi memasak manisan………..masa berjalan laju ,tidak merangkak seperti siput babi lagi…………..kami bagaikan bertemasya………..di lokasi yang kami panggil ‘Tanjung’………….tanjung dekat dengan rumah Chey Cik Hat Tok Mengasa…………..Kola Derdap .
No comments:
Post a Comment