Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 49…….PAK LAH RENJONG HIDUP SEIRING DENGAN SEKOLAH INGGERIS SIK



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 49…….PAK LAH RENJONG HIDUP SEIRING DENGAN SEKOLAH INGGERIS SIK

2017/11/18

submitted by nginapsrengenge
Semasa berterbangan di alam maya aku bersua dengan sahabat lama Pak Lah Renjong (PLR)……..cukup lama aku pergi-mari nak bertemu dengan PLR…………sudah cukup banyak aku tulis pasal dirinya dalam beberapa laman web…….dalam fbook dalam Alumnisirsik , dalam Newsletter The Kirkbyites (terbitan Guru2 Lepasan kirkby) dan bercerita kepada kekawan dan bekas pelajar Sik English School dalam setiap kali diadakan reunion.
Di sini aku cuba nukilkan semula setakat yang aku ingat pasal diri PLR.
Semasa Pak Tuan Syed Bakar mula2 membuka Sekolah Inggeris Sik,ada satu watak yang cukup istemewa . Istemewa pada Pak Tuan dan keseluruhan keluarga anak murid di sekolah. Murid2 cukup menghormatinya ,malahan akan patuh semua arahannya. Kekadang melangkahi power Pak Tuan. Dan pak Tuan pun tak pernah ambil kisah dengan peribadi ini.
Dia bebas dalam apa saja urusan.Dan kekadang Pak Tuan sendiri memanggilnya Pengarah pelajaran Sik….
Langkah pertama membuka SES begitu sukar….Syed Abu Bakar (SAB) bermula dari kosong…….tiada sekolah,tiada guru,tiada kerusi/meja,tiada murid,tiada papan hitam dan tiada kapor………semua tiada.Tapi Allah memberinya PLR sebagai pembantunya………PLR bukan seorang pakar dalam pendidikan,tapi kebolehan semulajadi PLR cukup membantu lebih dari siapa saja…………..
Di peringkat awal PLR bersama SAB masuk kampung bersama kalok kerbau memberi penerangan tentang SES….masyarakat di masa itu bukan berminat dengan pengajian inggeris………berminggu juga usaha mereka,cuma berjaya mendapat 9 orang murid.Di masa itu dah ada belasan orang yang pergi belajar ke sekolah inggeris di Sungai Petani dan Alor Setar ……….dan mereka dicemoh kerana mengaji sekolah orang kafir.
Kerja2 lain yang berat2 dibantu oleh PLR………secara kebetulan PLR akrab dengan Tuan DO Syed Osman Idid,pejabat daerah memberi kerjasama , tapi penat juganya.Lebih susah dari membuka sebuah universiti di zaman sekarang……….jadi termaklumlah…….dan menjadi ringan apabila pekerja2 pejabat daerah turut membantu SAB dan PLR.Ringkasnya mereka berjaya membuka sebuah kelas di sebuah bangunan berkongsi dengan pejabat wakil pejabat pos……di masa tu Pak Mahmud Ismail mengendalikannya.
Pak Lah Renjong PLR istemiwa orangnya :——–
Dia juga seorang manusia yang cukup ceria. Semua menjadi kawan pada nya.Dia tak ada musuh pun walau sekerat inci. Pegawai2 Pejabat daerah pun menghormatinya. Dia mudah memberi pertolongan kepada sesapa saja,lebih2 lagi kalau seseorang itu ada urusan dengan Pak Tuan.Dan bila Pak Tuan tak ada dia yang menyeliakan sekolah.Dan mengajar murid2 sekolah setakat yang dia mampu.Dia juga ada sikit kebolehan dalam bahasa inggeris. Manusia istemewa ini ialah Dollah Renjong. Tak pernah Dollah Renjong memasamkan muka.Always smile.All work and always smile.
Kami doakan PLR sihat ,dan kami dari Alumnisri Sikkedah berhasrat bertemu tuan PLR di satu hari di masa depan,insyaallah.

No comments: