Saturday, December 9, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA---NO.70....DUA TAHUN DI MAKTAB



submitted by nginapsrengenge
2 tahun di maktab , tak lama……………malahan nak jalin ke akraban pun susah…..masing2 ada tugas untuk masa depan………….pelajaran harus di utamakan , gagal bermakna gelap masa depan………..setiap tahun 4 atau 5 orang akan gagal , kena repeat setahun lagi ……….repeat pun gagal , kena expel……………kekadang cuma gagal dalam teaching practice , kena expel………..akhlak mempengaruhi semua aspek perguruan……….kerana guru ialah matahari menyuluh bangsa.
Di peringkat ini juga , peringkat remaja tua………….masing2 sedang mencari pasangan……………mula merancang nak membentuk kekeluargaan……………..yang dah ada pilihan ,menanti masa cukup terseksa…………..duit tak ada , takut pula dikebaskan orang……………setiap masa menulis surat cinta , dulu bukan ada handset……….habis allowance beli setem , nasib baik postage masa tu cuma sekupang……….posmen menjadi teman ,menanti mereka setiap hari………….kalau tak ada surat frust lagi………boleh jatuh gila babi , diperli kawan……….bodoh punya cikgu……….tak rindu pun kat bidadari………..lebih jelita tak terperi.
Nasib baik aku tak ada penyakit sebegini…………aku macam aku,tak gila nak berbini………….aku nak bekerja cari duit untuk ibubapa ku………..kami golongan orang kampong yang tak berduit………..tapi kami sedia maklum tak lapar,kerana makanan kami jenoh…………….duit allowance ku tak habis beli setem………….cuma sebulan sekali aku tulis surat kat ibubapa……………aku bukan jenis lelaki lembek………….aku kuat bersukan sejak di sekolah lagi…………main kriket setiap minggu , hingga badan naik hitam……….depa panggil aku pun , pak itam…..
Di maktab aku tak tunjuk keheroan ku , berlagak bodoh saja…..……………celah2 tu ada juga orang calon aku sebagai ketua kumpulan kuliah……………dan aku terpilih sebagai pemain hoki maktab…………….rugby aku tak main lagi , kerana bahaya,takut terpelecoh dagu………….posisi aku sebagai hooker merbahaya…………….lebih baik aku buat bodoh………….ketua kumpulan banyak yang mahu jawatan itu , kerana setiap waktu berdepan dengan pengetua , bila ahli kumpulan bermasaalah…………..macam2 masaalah , masing2 ganas …………..……….ha ha ha…….ketawa deras aku.
Gambar : old teachers of Sek Men.Sik

No comments: