Sehari sebelum hari temuduga aku sudah berada di Alor Setar……………aku bermalam di Alor Setar………..kerana masa temuduga diadakan seawal pagi ,8 pagi…………masa dulu kenderaan susah nak ada…………….8 pagi , Pak Yamin mungkin belum bersedia nak ke Jeniang ataupun Gurun…………..Goban pun sama juga………….dan bas dari gurun ke Alor setar pun belum tentu bergerak ikut masa…………….aku takut terlewat……………di Alor setar aku menyewa sebuah bilik single , hotel dekat dengan Pekan Rabu……………4 ringgit semalam………..
Aku bangun seawal pagi ,dan lepas sembahyang subuh aku kemaskan diri ………….pakai cara orang hadzir temuduga di masa dulu………….baju tangan panjang bernecktie………….kasut kulit hitam……..berstoking hitam……………..di poket baju ada pen merah dan pen biru………….lambang kecikguan zaman itu……….
Sebelum melangkah kaki ke Balai Besar ( tempat diadakan temuduga) aku bersarapan dulu di Ali Nasi Ganja …………dulu top nasik ni …………….dengan secawan kopi…………………rasa nak tambah se piring lagi…………tapi aku bimbang nak berberak dan berkencing pula…………so just enough……………ada beberapa orang berjalan ke Balai Besar , mungkin mereka pun calon2 guru seperti aku……………..tapi aku bukan cikgu , kerana semuanya aku serahkan kepada ibuku………………..aku cuma nak ngajar , dan pahalanya untuk ibuku……………aku bukan cikgu , berulangkali ku kata aku bukan cikgu…………….
Aku mendaftarkan diri ………….seorang kerani ditugaskan di situ……………..dia memeriksa semua sijil2 dan dokumen2 yang aku bawa………………lama dia memerhati dan membaca strong recommendations dari guru besar Ibrahim School………tersenyum dia,itu petanda baik buat diriku……………………..aku diberi nombor giliran …………nombor lapan (8) ,……….aku suka nombor lapan,kerana pinggangnya ramping……….dan bila aku nak cari isteri,aku akan cari yang berpinggang ramping…………….
No comments:
Post a Comment