MEMOIR SEORANG PESARA——-NO.16…ZAMAN SEKOLAH INGGERIS
2017/10/13MEMOIR SEORANG PESARA——-NO.16…….BERSEKOLAH DI ZAMAN INGGERIS
Zaman persekolahan di waktu penjajahan Inggeris dulu kami dilatih menjadi manusia rasional . Di sekolah inggeris murid2 dgn pelbagai cara keinggerisan . English-oriented katakan. Sokmo bercakap inggeris . Dalam tempoh setahun saja kami telah boleh bertutur dengan faseh , walaupun ada broken sikit sana-sini. But well-conversed . Majoriti ada semangat berhijrah ke negeri orang putih . Sekurang2nya ke London . Ada yang sudah kesampaian dan ada yang masih meneruskan cita-cita tersebut. Md.Pak Choh , salah seorang kawan aku cukup daring telah menyambut impian tersebut selepas Form Three . Dialah yang terulung diantara member2 aku . Dia pi ke Amerika Syarikat . Entah orang putih mana yang dia ampu untuk mensponsor dirinya. Kami yang lainnya ,buat marking-time biar selepas peperiksaan senior cambridge. Guru2 kami juga selalunya menceritakan tentang kehebatan di negeri Barat . Kebanyakan guru2 dulu banyak mendapat latihan perguruan di England . Ada yang ke Brindford Lodge dan ada yang ke Kirkby . Mereka semua hebat , kekadang hebat dari orang putih. Lain2nya adalah guru2 luar yang mendapat didikan barat . Depa punya english were very strong . Aku masih ingat lagi mereka , terutamanya V.S.Tupper , Noronna dan TS Nayar . Mereka pandai mengajar sebab itu murid2 mereka gemar belajar inggeris . Dan memang pun dasar inggeris nak memakmurkan bahasa ibunda dia . Tak macam kita , bahasa sendiri dipercecekan. Jepun dan Cina tak macam kita . Depa megah dengan bahasa mereka. Tapi bahasa lain depa belajar juga .
Kawan2 senior ku juga ada yang terpilih ke England .Kebanyakannya depa ke Brindsford atau Kirkby . Dan depa juga mendapat jodoh di sana , bukan kawin dgn mem inggeris , tapi orang Malaya juga. Maklumlah kami dulu tak dak sekolah campur lelaki pompuan. Yang lelaki masing2 di Boys’ School dan yang pompuan di Girls’ School . Jadi di England baru dapat bercampur lelaki pompuan.
Pic: Mr V S Tupper (duduk sebelah kanan) bersama pedebat2 sekolah
No comments:
Post a Comment