Thursday, December 28, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA...NO. 88.......MEMOIR SHAHNON AHMAD MEMEMOIRKAN AKU




SEKARANG SHAHNON SENDIRI MENJADI GEMULAH
“SEMALAM, rumahku didatangi dua orang tetamu; gemulah bapa dan gemulah emak.” Begitulah ayat pembukaan memoir Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Detik-detik Diri di Daerah Daif (DBP, 2005). Kematian merupakan tema menonjol dalam memoir ini. Yang mati kembali menemui yang hidup. Terdapat suatu gambaran yang dikarang, menampilkan bentuk kehidupan, amalan, dan pengalaman yang menemui pengakhiran. Kampung dan sungainya menemui kepupusan dan perubahan. Adat tradisi menghilang. Amalan kampung melenyap. Shahnon seperti mengiakan frasa ajaran Islam bahawa “yang hidup pasti akan mati”.
Pembaca dapat menyimpulkan bahawa memoir ini menekuni kisah pengalaman Shahnon Ahmad sewaktu kecil di Banggul Derdap, kisah yang mempengaruhi kepengarangannya, kritikan sosial tentang pembangunan kota yang membunuh kampungnya, serta isu kemusnahan alam sekitar. Namun begitu, memoir ini lebih dalam daripada itu. Shahnon juga bercerita tentang perubahan ruang dan latar. Kisah dan pengalaman yang mula menghilang kerana tidak dapat lagi diingati. Sedikit demi sedikit beliau menyesali, pengalaman dan dunia kepengarangannya akan ditinggalkan dan dilupakan. Seperti dalam prasedar, beliau reda, teks karya yang mewakili zamannya akan pudar dan digantikan dengan teks karya yang baharu. Namun begitu, Shahnon tidak menyedari, teks karyanya akan sentiasa dipandang dan ditelaah dalam renungan pembaca masa hadapan.
“Dia pun menangis sama tanpa mengetahui sebab-sebabnya kerana waktu dia dilahirkan, kampungku itu telah lama menjadi Gemulah. Kampungku telah lama meninggal dunia.” (Shahnon Ahmad, 2005: 191)
Gambar mullah2 keluarga Shahnon Ahmad
1. Tok Kesong (khalsom)
2. Tok Kesong dan Kakak Shahnon ...Tok Esah
3. Lebai Saad sepupu Shahnon ,yang banyak memberi ide2 dalam penulisan Shahnon
4. Tok Liah mak saudara Shahnon ....beliau turut berlakon dalam RSJalan

No comments: