MEMOIR SEORANG PESARA——NO. 13 WAKTU SEBELUM KE SEKOLAH INGGERIS
2017/10/12MEMOIR SEORANG PESARA—–NO. 13 WAKTU SEBELUM KE SEKOLAH IBRAHIM SG. PETANI
Waktu petang bolasepak menjadi agenda utama di Banggol Derdap.Bendang kering menjadi stadium utama mereka.Ketua pasukan Ali Debasa sekaligus menjadi jurulatih dan pengurus pasukan. Petang besok mereka akan adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Bendang Man. Mat Din ialah ketua Bendang Man.Dia ambil Zeming dari kampung Sadu menjadi pemainnya sebagai penjaga gol , sebab Zeming tinggi orangnya.
Pasukan Banggol Derdap beramai2 kayoh basikal ke bendang Man. Satu basikal boleh naik 4 orang,seorang di atas besi galang dan dua orang lagi di pelantar belakang. Yang jadi pengayuh utamanya ada 4 orang saja.Jadi 16 orang naik basikal . Yang lain2 akan berjalan kaki. Lepas zohor mereka dah mula , kekadang berjalan dan kekadangnya berlari pula. Mereka semua muda2 remaja, dan mereka tak pernah kenali apa itu keletihan. Yang berbasikal pun kekadangnya perpaksa turun berjalan bila sampai di Bendang Temingat , kerana batas-batas bendang tu putus-putus.Basikal pula terpaksa di pikul.Bergilir2 pula mereka memikul basikal mereka.Begitu pula bila mereka nak melangkah sungai chepir sebelum sampai ke Bendang Man.Sampai kat Serendah mereka mandi-mandi dulu , sambil pula mencari buah lemba , supaya air sungai chepir rasa manis bila diminum.
No comments:
Post a Comment