Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 54……..SEKILAS PENDIDIKAN ISLAM DI SEKITAR SIK



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 54……..SEKILAS PENDIDIKAN ISLAM DI SEKITAR SIK

2017/11/22


submitted by nginapsrengenge
Tak tercatit dalam sejarah untuk mengikuti detik2 masa dan perkembangan pendidikan Islam di Sik……..cuma dapat di andaikan melalui pendapat orang2 tua……
Sejak awal dalam hidup saya cuma dapat tahu bahawa sudah ada anak2 tempatan yang pergi belajar ke Makkah dan Mesir,menunjukkan syiar Islam sudah bermula lebih dulu lagi.Anak tempatan seperti Haji Hussain dan Haji salleh Musa menuntut di Makkah lebih dari 20 tahun.Haji Hussain kemudiannya sambung ke Mesir pula.Angkatan berikutnya pergi belajar dipondok2 dan lebih termaklum ialah pondak Pak Man di Bukit Besar………seterusnya sambung belajar ke Kolej Islam.
Ada tiga buah pondok pengajian yang tersohor di Sik……pondok Haji Musa (Banggol Kiat),pondok Haji Yaakob (Kemelong)dan pondok Haji Abdul Halim (Batu Lapan).Pondok Haji Musa kekal dan di ambil aleh oleh anaknya Haji Salleh .Akhirnya Pondok Haji Musa diberi nama Madrashah ar-Rahmaniah………
Pondok Haji Yaakob diasaskan oleh Tok Guru Haji Othman Jalaini , tetapi terkenal dengan pondok Haji Yaakob,kerana beliau ialah ketua matalaah (headboy)……tauliah ditarik kerana masaalah fekah………kemudian pondok Haji A Halim pula ditarik tauliah,oleh kerana masaalah makan dhab .Mereka sebut ajaran baru……masyarakat dulu menganggapkan dhab itu biawak………ke belakangan ini pula pondok Ar-Rahmaniah juga digangu-gugat ,kerana ajaran sifat20…….pekuasa,pekata,pedengar,pelihat di pertikaikan dalam erti istilah2 yang masyarakat yang hanya mahir dalam ilmu tajuwid dan taranum.Hujjah yang diketengahkan oleh Tok Guru Haji Salleh dapat menangkis unsur kejahilan kita dalam bahasa Arab.
Terkini ujud lagi pebalahan tentang ahli bida’ah dan wahabi……..masalah furuj pula dijadiakn isu……….syaitan senantiasa menjalankan tugas memecah-belahkan kita……itu perlu kita ambil tahu.
Kekinian Islam dah masuk dalam kurikulum sekolah .diajar pada semua peringkat dan Maktab Mahmud pun di dirikan di tapak sekolah Arab di Batu Lapan.Tersergam indah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sik Dalam. Dan banyak lagi institusi pengajian agama rakyat ( secara private dan kepunyaan pertubuhan politik) didirikan di sini.
Gambar Tuan Guru Haji Salleh Musa
ULAMAK PEWARIS PARA NABI

No comments: