Tuesday, December 5, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA……….NO .10 FIRST HOME-COMING



MEMOIR SEORANG PESARA……….NO .10 FIRST HOME-COMING

2017/10/12

SAM_0872.JPG

Aku rasa cukup penat menjelajah kembali ke dunia tahun 1950an………..kurang stamina tapi cinta kasih yang dulu2 memberi ku semangat bermain di keyboard dalam speed yang paling minima.
Cuti penggal satu akan bermula………..dan aku tak pernah pulang ke kampong sejak masok ke sekolah Inggeris………British betul2 oriented kami……….hilang homesick , british menghendaki kami rugged dan tidak menjadi budak manja……….kami di bela dengan cukup baik………makanan cukup dan harga yang paling rendah………..hanya sekupang sehari……….
Sarapan pagi : 2 biji telor tiga-suku masak,roti kaya atau butter dan kopi atau teh…. Makan tenghari (Makan hingga kenyang) ,Minum petang teh dan kuih2,Makan malam ( makan sampai kenyang),selepas study malam its either tea or coffee.Boleh diibaratkan kami hidup bagai anak raja.
Balik bercuti………di kampong tiada ada kemudahan asas………Negara belum merdeka ,tiada air paip dan letrik dan jalan becak kalau hujan turun……Ibu-bapa kami menjadi ikatan………kasih-sayang tak dapat di ukur dengan yang lain2.
Kami pulang ikut kumpulan masing2……east south north west………….kumpulan kami bergerak ke timor……..diketuai oleh Mat Tongkol………menaiki bas dahi panjang UTC bus company……..di isi sedat , macam sardine ke destinasi Gurun………….dari Gurun kami bertolak ke Jeniang dengan bas Pak Salim seperti mana yang dikenali……………a bone-shaker dan kalau hujan semua penumpang akan basah kuyup………kalau panas,peluh mengalir ke betis kering……….bau macam2 ada……..semua busuk dan masam…….hidung mesti  matang……di Jeniang kena naik feri ( rakit buluh) ……..berhati di atas rakit ,buaya menanti mangsanya………..di masa dulu setiap tahun mesti ada mangsa yang di sambar buaya…….bila sampai di seberang , hati baru berasa lega………ada lagi satu journey ke Sik menaiki bas Pilus………tempat duduk bas Pilus sebelah menyebelah……….satu baris di kiri dan satu baris di kanan…….kalau Kona ke kanan,penduduk sebelah kiri akan terangkat punggung……..begitu juga kalau Pilus kona kiri,penumpang sebelah kanan terangkat punggung mereka…….payah nak jumpa macam ini

Sudah cukup satu hari perjalanan pulang ke kampong………..sebagai budak2 kami tak berasa penat…….tapi aku berasa penat menulis cerita ini………..Malam gelap baru sampai ke rumah……..Our home-coming trip.

No comments: