MEMOIR SEORANG PESARA —-NO. 42…..IOBA ( IBRAHIM OLD BOYS ASSOC.) MEMBANTU KAMI BERSUA SEMULA
2017/11/12SUBMITTED BY NGINAPSRENGENGE
Selepas 57 tahun terpisah kami bersua kembali di srengenge pada 2 september,2012………misi IOBA ( mencari harta karun) membawa banyak kenangan manis kepada kami berdua………….walaupun kami kekinian,tapi kami dibawa ke masa lampau……….banyak sejarahnya , banyak suka-dukanya dan banyak kenangannya…………dan banyak dah kami lupa………..kekawan kami dah banyak kembali menemui Illahi………moga dosa2 mereka diampuni Illahi.
Di Sungai Petani,di Ibrahim School,di Hostel EASM dan GH,di padang sama bermain………sama2 syuru mee kuah teloq taroh ataih,sama2 tambah nasi tampok di kantin …….seram sejuk diusek hantu Jepun……..bugle Gurkha jam 10 malam dan seruling gembala lembu anak hindu di Kampong Benggali,masih terngiang2 di lubang telinga yang sudah lusuh.
Masa dulu dah lama pergi , pergi semakin menjauh………sudah tak mungkin kembali lagi……bygone bygone……kekenangan menghubungkan memories……yang manis mencuit sanubari , yang pahit ada geli-hatinya.
No comments:
Post a Comment