MEMOIR SEORANG PESARA---NO. 74..........SEPETANG DI BUKIT SRENGENGE ,SERAMNYA,BULU ROMA BERDIRI
Hangpa Jangan Buat Tak Senonoh di Bukit Srengenge .
Srengenge gondol segondolnya . Jarang2 anak-anak getah yang hidup .Habis dimusnahkan babi . Aku mengelamun sendirian . Aku dengar rioh-rendah suara arwah2
Lahuma,Jeha,Keresung,Awang Che Teh ,Debasa,Semaun,Saad Chik Lah . Aku tersedar , aku tak boleh berlama dalam alam misteri ini , kerana srengenge bukan sebarang tempatnya . Dulu pernah Mail Tok Hamat seminggu tak pulang ke rumah , disorok oleh penghuni rimba . Rioh-rendah seminggu pakat cari ,tak jumpa. Akhirnya dia pulang tersenyum simpul . Dia beritau bahawa dia pergi buat kenduri besar bersama dengan penghundi srengenge . Kenduri 7 hari ,7 malam . Pesta besar ,sembelih 10 ekor kerbau . Aku beristigfar dan melangkahkan kaki ku perlahan2 turun bukit . Aku harus berhati2 kerana turun bukit lebih bahayanya dari naik bukit . Kalau tergeleceh, lutut ku akan musnah . Kera dan lutong rioh-rendah bersorak melihat aku menjejaki langkah turun bukit . Depa mungkin memerli aku, kerana aku adalah manusia . Mereka paham bahawa manusia moden lazimnya terdiri dari manusia durjana . Berperang sesama sendiri . Jatuh menjatuh sesama sendiri . Depa tau manusia dah hilang kemanusiaan , dan mereka tau satu hari nanti, binatang akan menguasai dunia . Di masa itu manusia akan bertukar menjadi binatang pula . Mereka berazam memakmurkan alam dunia . Mereka akan mendemokrasikan semula . menstabilkan politik . Menukarkan Nuri2 yang dah buruk , Mereka akan beramai-ramai memburu bangkai yang zalim . Yang suka berrasuah depa akan sula sampai mampuih .
Selepas suara azan maghrib baru aku sampai di rumah . Isteri ku dah bersedia dengan lampu suluh untuk pergi minta tolong mencari aku . Malam itu aku tidor nyenyak kerana keletihan .

Buat peringatan kepada pencuri2 balak.
No comments:
Post a Comment