Tuesday, December 12, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA----NO. 80....SEKOLAH KAMI UMPAMA SEKOLAH SUKAN WAKTU ITU



submitted by nginapsrengenge

Guru lelaki dan pompuan kuat bersukan……………………pengetua setiap petang kalau tak ada di pejabat,mesti berada di astaka menonton cikgu dan pelajar bersukan……………………ada hoki ,ada bolasepak, ada volleyball , ada badminton ( main open-air,kerana kami tiada dewan)……………….ada latihan olahraga…………….kalau ada game , pelajar2 petang turun jadi kumpulan sorak………….kalau duduk dalam kelas pun tak boleh belajar……………lebih baik jadi kumpulan sorak……………..guru2 tak menipu ,nak tunjuk rajin………..pengetua pun tak suka orang2 bawahannya jadi hypocrite……………semangat yang mungkin berbeza dengan sekolah2 lain.
Setiap tahun pasukan bolasepak guru masok liga Kedah Tengah……………pasukan yang digeruni oleh pasukan lawan………..susah nak dipilih masuk team guru…………….kerana banyak hero bolasepak…………..masa itu Hijau-kuning lambang kemegahan bolasepak kebangsaan…………………dan 3 orang anak2 Sik terpilih dalam team Hijau-Kuning…………….zaman Adigun…..
semua perlawanan liga di adakan di Sungai Petani………………makan masa berbulan2 baru tammat…………..berpuluh kali pasukan turun padang , mengguna ongkos sendiri……………..berkongsi2 kenderaan dan bayar duit minyak secara cash…………….makan-minum lagi…………..semua kerana sukan…………kekadang isteri membawa anak2 pergi menonton bersama……………….sehari selepas perlawanan tiada cerita lain ,bola , bola ,bola………………masing2 menjadi pengulas sukan………….
Dalam bilik guru ada satu papan carta pertandingan liga tersebut……………dapat melihat mata , dan boleh buat unjuran antara pasukan yang bertanding………………….dan ada satu sudut untuk melukis gambaq kartun……………kalau ada peristiwa2 yang lucu dalam perlawanan,………………itu tugas guru lukisan…………..pengetua sering datang melihat carta tersebut……….dan sentiasa tersenyum melihat lukisan2 lucu yang dipamerkan………………….
Setiap tahun di hari Keputeraan Agong…………….guru2 memasuki Karnival Guru Daerah Baling……………sekolah memasuki pertandingan dalam semua game………………..bermula dari pagi hingga ke petang…………….Guru2 ERT membawa bekalan makan dan minum…………kami tak pernah bercuti beberapa tahun kerana memasuki karnival tersebut………..sebegitu lah pengetua dan guru turun sebagai kumpulan sorak…………….game tammat baru semua balik……………….hari bersekolah besok ada perhimpunan ringkas untuk umun kejayaan sekolah untuk memaklumkan kepada pelajar2…………………..letih tapi puas-hati……………selalunya dapat cuti sekerat hari…………..aliran pagi sekerat hari ,aliran petang pun sekerat hati…………maknanya mengaji macam biasa……………
Tahun depan buat strategi baru…………..buat posmortem……….masa rehat ada kekawan yang baik hati belanja kepada penjaring gol dalam permainan tertentu………….hilai-ketawa memuncak …………..pengetua pun mai tumpang sekaki…………….berseloroh , semuanya menjadi nostalgik dan memelancolikkan bila teringat suasana yang jauh terpisah.
Gambar:
Bekas pelajar 1965....1971
Bekas Setiausaha Sukan.....Maulana A Bakar Awang
Bekas guru 1980...cg A Rashid ,Ishak Said dan Harun Putih

No comments: