Monday, December 11, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA----NO. 78....AKU BERTUKAR KE SEKOLAH BARU



Pertukaran ku ke sekolah menengah bukan kenaikan pangkat , tapi kepentingan sekolah…………….ke sekolah baru aku dapat langsaikan kejemukan ku mengajar inggeris selama 15 tahun………..kalau2 hari makan ayam , akan tiba tahap jemunya………….aku akan sambut matapelajaran sastera yang aku belajar secara external degri……………..aku seronok di sekolah baru,kawan bertambah , ada guru tua dan ada guru fresh dari universiti dan maktab………………….sekolah luarbandar ni besar….Grade A…….mempunyai murid lebih dari 2 ribu……ada sessi pagi dan petang…………kakitangan berjumlah 116 orang……………kekawan sambut ku gembira ,kerana banyak dah kenali aku…………………yang baru aku cuba memesrakan diri dengan yang muda2………..cikgu dan cikgi………………ada juga bekas muridku di sekolah rendah dulu…………following teachers footsteps ,jadi cikgu juga mereka…………..
Aku mula aktifkan diri dalam sukan………..semestinya hoki yang ku lama tinggalkan…………..terpilih dalam pasukan guru………..setiap tahun hadziri karnival antara guru2 sekolah2 menengah…………aku masih lagi boleh bermain dengan baik , tapi kekurangan stamina………..jadi guru hoki selama 2 tahun , lepas tu berikan kepada guru2 muda pula……………..dalam ko-kurikulum lain panatia bahasa lantik ku sebagai setiausaha……….aku cuba membuat pembaharuan , pengetua berikan green-light…………….ujudkan hari bahasa dan sastera…………..pertandingan bahas,syarahan,deklamasi sajak,mengarang ,pidato ,bahas dan sebagainya berkait dengan bahasa dan sastera……………pertandingan liga antara rumah2 sukan berjalan berbulan…………..guru2 dan murid memberi kerjasama…………..akhirnya kami dapat mengcungkil bakat2 di peringkat sekolah……………..alhamdulillah sekolah mendapat johan dan naib dalam pidato dan perbahasan di peringkat negeri dan daerah………………dan aku pun dah tak ingat………………..
Masa berjalan terus,dari pagi hingga ke senja,dari malam hingga ke fajar…………dari cerah hingga ke gelap…………..hari2 pergi sekolah , hari2 mengajar sastera……………..masih beristerikan gadis dari Timbaktu……………..anak dah meningkat 4…………..dah besar semuanya , yang nak mai tak tentu lagi…………..lepas seorang pengetua, seorang pengetua baru datang mengganti diri………teachers come teachers go,students come students go, sekolah masih berjalan terus……………….ada kekawan di tawarkan pangkat ,mereka pergi jauh2 ke tempat lain……………….aku juga dapat 2 kali tawaran,tapi aku tolak…..tak mau……..nak kena tinggal rumah ku yang ku sayangi , dan nak kena uruskan pertukaran sekolah anak2………….dan bebagai lagi……….aku tak mau mencari kepayahan lagi………………cukup setakat yang ada……….ayah ku pun dah meninggal……………dan harta yang ku pusakai perlu di jaga…………kalau aku mati nanti akan ku warisi harta kepada gadis Timbaktu dan anak2nya pula…………..
Malam tidor biar lena , ketika bangkit biar jiwa cergas………….hidup mesti bertauhid……………Allahuakbar
 

Gambar kekawan ku dan pelajar2 ku di sekolah baru

No comments: