Saturday, December 9, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA-----NO. 72.....MALAM AKHIR DI MAKTAB PERGURUAN



Malam akhir di maktab juga peristiwa penting dalam hidup…………besok kami akan berpisah dan mungkin bila pula dapat bertemu……………bila bekerja nanti , masa untuk bertemu sukar diduga………….kerja dengan gomen,kerja dengan masyarakat,kerja dengan ahli keluarga juga bersilih-ganti………..where got time to spare………….24 jam sehari , not more and not less…………..
Malam itu tak sapa pun tidor lagi……masing2 menulis dan bertukar buku otogeraf…………..memasang gambar,menulis alamat kampong dan mencatat sesuatu yang memberi erti tersendiri……………..aku cuba siapkan permohonan kekawan menulis dalam otogeraf mereka…………..disamping tu mencari2 surat Pak Ya Posmen yang kedua dia kirimkan padaku semasa junior dulu……………aku ingat surat tu penting bagi ku…………ada cerita pasai pertunjukan silat di hari kenduri perkahwinan Mezah yang aku miss , kerana kena melaporkan diri ke maktab…………….sambil mencari sambil menulis……………suasana sekeliling gamat…………..macam2 cerita , macam2 berbagai macam…………….
Kantin dah tutup………..perut jadi lapar………..apa nak makan………..disyorkan buat kutipan,dan salah seorang ditugaskan keluar ke bandar beli apa yang patut…………..malam tu bebas , guard tak kisah lagi sapa nak keluar………………mudahan selepas tu perut akan berisi.
Besok kami akan bertolak balik berperingkat-peringkat…………..ke utara bermula 11 pagi terus ke Padang Besar,Perlis……………buat transit sekejap di Bukit Mertajam , sebelum ke Perlis…………..ke Pantai Timur bertolak malam besok terus ke Gemas………….tukar tren ke Tumpat,Kelantan……………..Penuntut dari selatan akan terus ke Johor Baru………Singapura…….Lain2 tempat kena balik dengan bas ke destinasi masing2………tak ada tikar terbang zam-zam ala kazam , syarikat P Ramlee………..
Dah hampir subuh ,embun jantan dah berintik kasar……………sebahagian dah lena ………dan masih ada juga masih tak tidor , berchit-chat dengan kisah2 yang tak habis2nya……………
Mata dah cukup layu , bisa saja lena kalau di surungkan bantal…………ZZZZZZZZZZZZZZ



GAMBAR SRENGENGE BERSAMA ZAINOL MOHAMAD ....KAMI PESARA GURU

No comments: