Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO.22……SERONOK MELANCONG KE GENIANG


MEMOIR SEORANG PESARA—-NO.22……SERONOK MELANCONG KE GENIANG

2017/10/26

SUBMITTED BY NGINAPSRENGENGE
Waktu itu umurku baru melangkah ke 7 tahun.
Satu hari aku mintak pada mak aku seringgit . Dia tanya nak buat apa ? Aku kata nak gi Jeniang .Sebutan Jeniang pun aku belum betul lagi waktu itu . Aku sebut ‘Geniang’ . Nak buat apa kat sana ? Nak buat latihan globe trekker . Aku jawab bermaksud begitu la . Nak ikut Pak pilus . Pilus ialah dreber bas . Mak senang hati membenarkan aku pergi . Tapi dia pesan jangan mandi di sungai jeniang , kerana banyak buaya kat situ .
Pagi itu suasana jaong saja . Berbekal seringgit aku mula globe trekker ku . 15 sen tambang ke jeniang , bermakna aku perlu habiskan 30 sen untuk tambang bas pergi-balik . Aku rasa gembira macam anak Afrika dapat menaiki bas . Hebat macam orang boleh pi ke Mekah menaiki kapalterbang . Penumpang tak banyak . Perut bas Pak Pilus tak pun penuh . Aku dah tak perak ( bodoh) lagi . Bila sampai di Kuala Begia, aku turun . Disitu lah terminal bas . Berhenti dekat warong kecil kepunyaan Pak Mat Sampan . Pak Mat kenal aku , aku berkawan dengan anak2nya yang bernama Rais , Hijazz dan Ahmat . Pak Mat asal orang seberang .
Di warong Pak Mat aku minum kopi O (kopi asli) dan sebiji cucur kembong . Perutku berasa lega kerana tadi aku cuma makan sebiji cucur kodok . Aku dapati anak2 Pak Mat tiada di kedai . Cuma aku boleh berbual sekali sekala dengan Pak Mat . Dia sibok melayani tetamu . 15 sen aku bayar kat Pak Mat untuk kopi dan cucur kembong .
Lepas tu aku melangkah kaki ku ke Pekan Jeniang . Kena naik feri ( rakit) . Sampai di seberang sana aku rasa macam miami beach . Pantainya luas berpasir , dan di tepinya terletak sebuah sekolah rakyat . Bangunan kayu bulat . Dekat situ ialah pekan Jeniang . Di sungai penuh dengan feri ( rakit ) . Berpuluh-puluh . Rakit kehulu ke hilir membawa penumpang dari jauh . Rakit yang dijual di ponggah naik ke atas lori entak kemana di bawanya . Aku tak tahu ,kerana ilmu geografi ku belum sempurna . Aku lupa nak habar tambang naik feri . 5 sen sehala .
Di pekan Jeniang aku kehulu ke hilir . Bila berasa haus aku order ais kepai . Dua biji ais kepai aku balon . Sebiji 5 sen , jadi aku bayar 10 sen . Untuk mak di rumah aku beli 10 sen ikan tamban kering . Harganya murah dari Sik . Aku hitong2 ada 21 ekor tamban kering . Murah . Sedap digoreng , makan dengan pulut kukus dan kelapa parut . Orang Sik kata ‘nyor kuko’ . Aku juga beli roti akar nyior , warna merah macam akar nyior di lumur dengan gula . Keras . Aku juga beli rojak . Dibubuh dalam tin susu cap junjung . Diikat dengan tali buat macam tangkai . Harganya juga 10 sen . Aku kira duit ku . Aku cuma tinggal 5 sen selepas di tolak harga tambang bas dan feri , bila balik nanti . Lepas tu aku stopped membeli .

Di hujung senja baru sampai ke rumah , mak menunggu penuh cemas……..syukur
Rumah ku di jungle-city
SAM_0872

No comments: