MEMOIR SEORANG PESARA 2.SATU PERINGATAN
2017/04/25MEMOIR SEORANG PESARA
2.SATU PERINGATAN
Aku besara awal………besara option ……belum sampai ke tahap 55 tahun…………yang mendorong aku besara secara option ialah kerana kemelut kerjaya masa itu……..bila SSB dilaksanakan ,bermulalah nak rebut tangga-gaji menegak dan melintang………….suasana mengampu pun bermula dari sini………..kerana nak merebut , sanggup pula menjijak kepala kawan se professyen………….aku cuba lari dari suasana ini………..dah jadi macam ahli2 politik………kawan boleh jadi lawan dan sebaliknya……………aku isi permohonan besara……….mula-mula ditolak , kerana ketua jabatan tak sokong………….aku isi kali keduanya………….kali ini aku tak memberi sebab2 rasional……………cuma aku gunakan satu perkataan saja……..JEMU…………..dan aku minta ketua jabatanku juga mengisi satu perkataan…….DISOKONG………alhamdulillah akhirnya berjaya.
Aku cukup sayang meninggalkan professyen ku……….mengajar sastera memberikan ku input yang banyak dalam memanusiakan pelajar………..bentuk2 seni dalam bahasa cukup manis dan berbisa……….ada seni yang menyenangkan , ada seni yang boleh menghentapkan segala urat-saraf……….seni-sempurna dan seni-goyangan……………walau apa-pun , jodoh dah sampai ke perhentiannya………..aku rela hati berpisah.
Aku igau mengigau dengan watak2 sastera yang pernah aku bergelumang selama 15 tahun mengajar sastera………..Lahuma Jeha Kinto Pak Ya……..dan beratus lagi watak2 yang bermesra dengan alam………gunung-ganang bukit-bukau sungai pacat lintah pokok air kemarau hujan embun tanah langit guruh halilintar angin ………….dan segala perasaan manis cinta ketawa dan tangis………….aku jadi rindu serindunya , dan tanpa sadar air memenuhi kelopak mata berkumpul menjadi bebola mengalir ke pipi terus menitik hilang lenyap ke bumi…………..
No comments:
Post a Comment