Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 28….MENGAJI SEKOLAH ‘KAPIAK’



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 28….MENGAJI SEKOLAH ‘KAPIAK’

2017/11/03

SUBMITTED BY NGINAPSRENGENGE
Aku budak kecik lagi di masa tu…….tak tau apa yang berlaku di sekeliling masyarakat…….tau main,makan dan tidoq bila keletihan……..
Bila aku tua baru aku dapat bandingkan bangsa ku…….Orang melayu dulu dan lani rupa fe’elnya sama…….gossip tinggi,jueh mulut setiap detik……….kata kat hang,hang kata kat aku……..dizaman orang berpelajaran pun serupa……..lebih2 lagi hijau pekat dan biru pekat tak boleh tidoq sebantal.
Back to the beginning……..kalau tidak aku akan merepek2…..
Sebelum aku ke sekolah ‘kapiak’ ( cap untuk anak2 mengaji di sekolah inggeris) cuma ada belasan orang pi ke sekolah inggeris…….time aku pun depa dok cap sebegitu…….begitu berat agaknya ibu/bapa kami nak menerima hakikat mereka…………kami tak thu apa2………….
Bila Sik English School di buka pada tahun 1955……….gurubesarnya bersusah payah masok kampong mencari murid………kelas pioneernya berjumlah boleh dibilang dengan jari (kurang dari 10)……tapi kesulitannya terungkai bila 2 orang ulamak menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.Lepas tu barulah fenomema penyakit ‘kapiak’ dapat dihapuskan ……….akhirnya beberapa orang kanak2 membuat ‘transit’ ke kelas program Special Malay ke sekolah inggeris.Bilangan ke sekolah ‘kapiak’ bertambah……..kerana kurang guru dan kelas sebahagiannya di hantar keluar daerah.
Di setengah tempat guru2 melayu tidak suka anak murid ke Special Malay Class……….yang cerdik2 dipilih melalui peperiksaan khas……..yang cerdik habeh sekolah ‘kapiak’ sapu……….British memandang ke depan……..penasihat2 mereka masih dikekalkan di sini………..depa sekat lagi untuk penghijrahan ke sekolah ‘kapiak’ ………di adakan Remove Class tanpa peperiksaan………banyak berhijrah ke English Medium.
Dulu mengaji pun ada kapiak-mengkapiak……….lani berpolitik pula ada kapiak-mengkapiak………aku cuma rujuk Amanat Haji Hadi

No comments: