Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 61….ANTARA HANG TUAH ,RAMAYANA DAN MAHABRATA



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 61….ANTARA HANG TUAH ,RAMAYANA DAN MAHABRATA

2017/12/01

submitted by nginapsrengenge
Aku mengaji kitab Ramayana dan Mahabrata dulu tak habis.Mengaji untuk ambik periksa saja.Sekarang salor-galor ceritanya nama2 wataknya pun aku dah lupa……….Rama,Sang Hanuman dan Sita Dewi dengan kesaktian2 dapat menguasai bumi ini………..Dewi dengan kejelitaannya ,Rama dengan kepewiraannya dan Hanuman sebagai penyelamat…………itu kitab suci orang Hindu.
Orang Melayu pun ada kitab kepewiraan tersendiri…….Kitab Hang Tuah ………dan kitab ini menjadi rujukan para pemimpin Melayu untuk menonjolkan hebatnya orang kita.Aku telah disogokkan cerita Hang Tuah sejak di sekolah rendah lagi……masih budak lagi HTuah berlima sahabat sudah boleh mempertahankan Melaka dan kesultanannya.Kalau sungguh hebat mengapa kesultanan Melaka hilang lenyap hingga kini.Arwah Kassim Ahmad tidak menerima Hang Tuah sebagai wira dalam bukunya Ketokohan Dalam Hikayat Hang Tuah.Wira sebenarnya ialah Hang Jebat.Jebat menderhaka dikatakan menentang sultan kerana kezaliman membunuh Hang Tuah………Jebat berang kerana Bendahara menipu Hang Tuah sudah mati………..
Berbohong dan menipu rakyat bukanlah perkara baru , menurun sejak zaman berzaman.Hang Tuah dijulang kerana taat setia.Sanggup membawa lari anak Temengong.Sanggup terjun dalam lubang najis dan banyak lagi.Taat setianya menyelamatkan negeri Melaka. Satu sifat penyebab Melayu takkan hilang di dunia.Yang perlu diwarisi supaya kekuasaan tidak jatuh ke tangan pihak lain.
Sekarang pun kita beretorika Takkan Melayu Hilang Di dunia……….dengan keris terhunus ,di gesekkan ke batang hidung dan menyalak dengan penuh emosi………tapi Pak Kadok dan Lebai Belalang tetap menempelak ; Menang Sorak, Kampong Tergadai.Si Luncai pula menyindir ;Biarkan ,Biarkan………..Pak Pandir pula masih mundar-mandir di KLCC sebelum mandarat di Rumah Parlimen.
Ada sebuah lagu Rock oleh Jack Halley : Let Us Twist Again

No comments: