MEMIOR SEORANG PESARA——NO.15…..BUKU TIGA LIMA
2017/10/13MEMIOR SEORANG PESARA——NO.15………BUKU TIGA LIMA
Dulu buku 555 ataupun dipanggil tiga-lima cukup popular. Di kedai mamak ada , di kantin2 sekolah ada , di kedai2 barang ada dan kekadang kat penjual2 kain yang menjaja ke kampong pun ada. Kita boleh beli barang dengan mudah menggunakan buku 555. Bukunya kecil selebar tapak tangan. Lepas makan kita tulis ,lepas mengambil barang kita tulis. Cukup bulan kita bereskan hutang.Urusan peniaga juga menjadi mudah , tak payah nak cari duit siling . Buku2 tersebut ada pemiliknya , dapat di kenali dengan warnanya dan juga nombor akaun tertulis besar di depannya. Masing2 mengenali buku masing2. Bila dah dekat dengan bulan penuh buku itu dah hilang warnanya . semuanya di lihat serupa kerana setiap hari di jamah oleh tangan pemiliknya beberapa kali dalam sehari. Dari situ kita dapat mengetahui berapa kotornya tangan manusia , kerana belum pun cukup sebulan buku yang mulanya cantik berwarna-warni dah nampak lusuh dan berkarat jadinya. Sebab tu lah kita nampak hari ini kemusnahan dunia ini adalah disebabkan oleh tangan manusia. Kejahatan tangan2 manusia memusnahkan berbagai2. Sungai jadi kotor , tandas awam jadi kotor , sebutkan apa saja semua jadi kotor.Perangai pun jadi kotor.Politik pun turut jadi kotor.
No comments:
Post a Comment