Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA——NO. 19…….ZAMAN JEPUN / ZAMAN KOMINIS



MEMOIR SEORANG PESARA——NO. 19…….ZAMAN JEPUN / ZAMAN KOMINIS

2017/10/19
SUBMITTED BY NGINAPSRENGENGE
Tak upaya aku nak menukilkan detik2 pemerintahan Jepun dari perspektif pengalaman diri , cuma aku dapat dari sejarah dan cerita2 mulut orang tua2.Aku masih kecil masa itu dan tak tahu apa2 yang terjadi……..aku tak kenal takut , lapar dan dari keganasan tentera2 Jepun………….
Mengikut mulut ibu/bapa ku ,yang paling ganas ialah kumpulan penyamun yang dikenali sebagai ‘Hay-Ho’. Hay-ho terdiri dari orang2 tempatan yang menyebelahi Jepun.Kerja2 mereka menakut2kan rakyat dan apa yang mereka perlu patut dipatuhi…………sepak-terajang mereka ialah sepakan Jepun……kalau tidak dipatuhi barulah bermula tindakan ganas Jepun…………mereka kerap menyerang di waktu malam……….mengikut ibuku,arwah akan membawa ku tidor di dalam belukar.Kata arwah di dalam semak lebih selamat dari tinggal di rumah.Ular.lipan dan sebagainya tak pernah menggugat kami………..barang makanan habis dirampas oleh hay-ho…….pakaian juga paling susah diperolehi di masa itu…..arwah terpaksa sorok beras di tempat2 selamat……..terpaksa berjimat.Nasi dibuat bubur dicampuri dengan pucuk2 ubi dan sebagainya………kekadang anak2 dara orang pun diperkosakan mereka…………ikut cerita bapaku , di zaman itu Allah telah mencabutkan keberanian yang ada pada orang Melayu.3 orang hay-ho dah tak upaya dibenteraskan oleh penduduk sekampong………..teloq orang Melayu dah kecut di waktu itu.Kumpulan hay-ho telah mencabut lari ke tempat lain bila Jepun menyerah ……….Jepun surrender.
Kemudian katanya 3 hari sebelum British mengambil alih ,kominis mula nak memegang kuasa……….pembunuhan berlaku kepada sesapa yang pernah menzalimni kumpulan kominis………hay-ho ialah sasaran utama….dan yang teriniaya ialah bila kumpulan keluarga yang tak bersalah pun dibunuh.Nasib baik British berkuasa semula………kalau tidak lagi banyak yang terkorban………British terpaksa menentang kominis pula…………
Bermusuh2an dan bunuh-membunuh ialah agenda Setan.Kalau mengikut pengajian Hadis ,Headquarters Setan terletak di atas air (laut)……….di kawasan Bermuda Triangle………wallahuaklam

No comments: