Saturday, December 30, 2017

Bersastera kerana Allah , untuk manusia






Banggol Derdap menjadi sepi sekembalinya arwah Shahnon Ahmad menemui Allah Azzawajala.........arwah menempahkan diri dalam dunia sastera yang penuh dengan liku2 hidup masyarakat yang bergelimpang puang dengan duri2 dan ranjau menghimpit ruang rongga dari hujung kaki ke hujung rambut.
Walaupun bukan hasrat arwah nak terjun dalam dunia kesusasteraan , tapi itulah pilihan Allah sejak azali lagi.Mengikut Tan Sri Hanafiah ,anak saudara arwah ,Shahnon memilih perjawatan dalam bidang ketenteraan.Tapi kata anaknda Tan sri ,Shafaruddin Hanafiah QUOTE :...
"Menurut ayah saya, perkara yg ramai org tak tahu, sebenarnya bidang sastera, menjadi novelis malahan menjadi guru/pensyarah bukan cita2 asal beliau selepas Senior Cambridge. Selepas lulus Senior Cambridge arwah telah ke Port Dickson menjalani latihan tentera utk menjadi Potential Officer dlm tentera British. Selepas latihan 6 bulan beliau akan ke England utk jadi pegawai dlm British Army. Tapi beliau terpaksa membatalkan hasrat ini sebab tercedera patah kaki semasa latihan di PD. Maka selepas itu beliau balik semula ke Kedah dan kemudian ke Kuala Trengganu tinggal bersama abang beliau Hj Mohd Noh Ahmad (arwah) yg baru jadi Inspektor Polis di sana. Tak lama beliau d sana, kurang setahun dan mengajar sbg guru inggeris di Grammar School, KT.
Beliau telah kembali ke Alor Setar dan mengajar bahasa inggeris di Gunung Keriang Malay School, Alor Setar. Semasa di sinilah beliau mula menulis di Utusan Zaman, Utusan Melayu, Mastika... permulaannya dlm dunia sastera.
Walaupun aspirasi arwah selepas mendapat pendidikan sekolah inggeris utk menjadi pegawai tentera British tapi perancangan Allah lebih besar dan mulia, menjadi sasterawan n pendidik sambil memurtabatkn bahasa Melayu."


No comments: