MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 17………KEKAWAN LAMA KU
2017/10/18submitted by nginapsrengenge
Kalau nak dihitung memang ramai kawan-kawan ku . Ada dua orang tinggal di luar-negara . Ajalmi di London , Mad Pak Choh di Minessota , Amerika . Depa dah jadi rakyat di sana . Berkahwin pun dengan mem mat salleh . Aku dulu kalau pasai mak aku tak meninggal , dah tentu aku ikut depa hijrah . Tapi selera aku berubah sejak peninggalan ibu . Aku jadi sedih selepas itu . Aku jadi sayu selepas itu . Hati kecik ku jadi lemah . Aku kehilangan seorang ibu tersayang . Aku terperok dalam rumah . Tak gi kemana2 . Kesunyian dan kesayuan . Ingin menyendiri . Bila dah habis edahnya , cita2ku nak berhijrah keluar-negara hilang lenyap , habis tumpas-lampus berkecai-kecai jadinya . Ku tutup cita2ku dan ku kuburinya sedalam2nya . Tak ingin lagi mengenangkannya .
Kawan-kawanku juga dah banyak yang meninggal dunia .Akhir2 ini lepas sorang , sorang pula yang meninggal . Semua baik2 , semua ceria2 . Dulu kalau bergebang tu sampai berjam-jam . Seloro sana , seloro sini . Melawak sana , melawak sini .
Baru ni 4 orang kawanku meninggal . Haiii . Semuanya di tangan Allah . Pak Sharp meninggal genap sebulan selepas kami berborak . Begitu jugalah dengan Suid . Zeming Suseh juga pun sama . Sebulan selepas bertemu dengan ku . Pak Yi pula seminggu selepas melawak-lawak dengan ku . Cuma Non Lateh saja yang lama sikit . 2 bulan belepas bertemu dengannya .
Pak Sharp nak bawa aku pi ke Penang . Dia nak belanja aku makan kat sana . Hajatnya tak dapat ku penuhi kerana aku tak sihat . Kesian kat dia .
Suid pula jemputku ke rumahnya . Hajatnya juga tak dapat ku tunaikan . Tiba2 dapat telefon dia dah meninggal .
Zeming Suseh pula ajak ku pi ziarah kawan-kawan lama yang ada di Kedah . Itu juga tak kesampaian . Last-last dia juga balik ke alam baqa’ .
Yang ku paling sedih ialah kat Pak Yi . Di kedai dia , dia ada jual batu nisan . Aku kata kat dia ,” Pasai apa hang juai batu nissan ? Baik guna untuk diri sendiri ” . Kami berdua ketawa berdekah2 . Cuma ayiak lior saja tak meleleh keluar . Lepas seminggu dia pun pi juga . Cukup sedih .
Non Lateh mai tengok aku sakit lutut ( arthritis) . Dia pun sakit juga : ada kencing manis , ada darah tinggi , ada sakit jantung . Ded dan Jid juga mai hari tu . Depa pun ada penyakit juga . Ded tu macam Non Lateh juga . Jid ni dia tak boleh silap makan . Allergic saja . Empat orang kami berbual panjang . Banyak topik kami sentuh. Aku dan Jid buat kesimpulan bahawa sakit lutut dan allergic jarang dengar orang mati . Kami tuju kat Non dan Ded . “Hangpa dua ni ada penyakit mudah mati ” . Rupa2nya Non pi dulu . Ded masih boleh bernafas lega . Ded liat sikit . Det cukup sihat sekarang,alhamdulillah
No comments:
Post a Comment